Pages

Monday 17 April 2017

Petua nak Kaya dan Berjaya..di Jamin 100%

Aki tidak mahu cerita pasal bangsa lain.Aki nak sentuh bangsa Melayu.Dikatakan bangsa ini keturunan @ anak Katurah.Nasab nabi Ibrahim. Rupanya bangsa Melayu terpilih.Alhamdulillah.Gen yang kukuh sebelah nabi yang hebat.Manusia pilihan Allah.Kerana ituah bangsa melayu payah nak dipesongkan akidahnya.Benda lain tidak menjadi masalah.Jangan kata melayu kafir sudahlah.Mengamuk dia. MELAYU BAIK. Ramai yang marah apabila aki posting kat fb pasal hanya 17% orang Malaysia solat penuh 5 waktu sehari semalam.Termasuklah melayu.Dan ulamak dah kira hanya seorang daripada 1000 orang di dunia hari ini yang dapat masuk syurga.Nisbah manusia zaman ini! Aki nak bicara pasal kebaikan orang melayu.Ramai yang cakap. 'Baiknya anak engkau yer Timah" Puji jiran Timah. "Tunang anak awak tu sporting betul yer" puji Pak Akob. Kerajinan orang melayu dimajlis kenduri kendara juga amat memberansangkan.Kerja dua hari dua malam tanpa henti..tanpa solat walaupun satu waktu. Solat kadang2 semasa susah.Puasanya penuh.Sedekahnya banyak.Zakat tebal resitnya.Adab dan budayanya lemah lembut.Amat menarik untuk dikaji.Namun tabung dan tiang tiada. Nabi s.a.w dah nyatakan... Perkara pertama yang dihisab dan dilihat kelak ialah solatnya.Andai sempurna dan elok solatnya..akan eloklah amalan lainnya. Maknanya..kalau solat tidak sempurna..tidak solat..solat kadang2 bila suka..bila ada mood baik.. Maknanya tiadalah terpakai lain lain amalan tadi.Puasa ..zakat..sedekah..tolong orang..baca quran..zikir dll tiada nilai. Malang sungguh.Berapa ramai bangsa melayu begini.Adik beradik anak beranak serumah.Ditegur masam muka.Nak solat pun malu.Duduk dikalangan orang yg tidak solat amat seksa. Anak solat mak tidak.Ayah solat isteri tidak.Atuk solat mak tidak.cucu solat atuk tidak. Naik kereta sama2 ..makan sama2..berhenti di RnR solat...boleh kawan2 tgk sahaj ..tak solat.Ini biasa.. Seorang ulamak pernah cakap..apabila mak ayah ..adik beradik..saudara mati kelak..di buat tahlil dan baca quran.Nak bagi pahala kpd si mati di dalam kubur.Tapi bagi orang yang tidak solat...mereka tidak dapat@ tidak sampai pahala itu kepada mereka.Malang sungguh.Habis juga seribu dua buat makan kenduri tahlil..anak cucu riuh rendah makan makan sedap.Majlis bersuka ria..malam pertama tahlil arwah sahaja malam sedih..hari lainnya kenduri pesta makan dan riang ria anak cucu. Aki nak ajaklah rakan2.Baca dan ulang baca.Bagi paham.Nekad untuk jaga solat sehingga timbul rasa bersalah dan tak sedap badan bila tak solat.Baiki amalan harian.Solat dan doa sungguh2 sampai dapat tumpu 100%. Inilah rahsia kejayaan.Orang x solat..walau nampak kaya..bahagia dan bergaya.Mereka sebenarnya gelisah..kosong hati dan hidup lintang pukang.Penuh masalah.Kalau bukan masa muda atau remaja...saat susah itu akan sampai ketika tua kelak. Kes hidup sensara dan sakit pelik2 timbul ketika tua.Hidup merana di akhir usia. Jom ..mula hari ni..kita buat buat solat..slow slow...yang dah solat penuh baguslah.Tambah amalan lain banyak2.Sedekah setiap pagi petang..baca quran dan banyak zikir..istifar dan doa ..solat malam dan puasa..doa sungguh2.. Allah beri cash ..segera..cepat..kalau x percaya ..kena juga percaya..buat lah..lihat hasilnya.. DOAKAN agar aki dan bangsa aki terus dapat istiqomah dalam iman dan beramal.Amin