Pages

Tuesday 25 July 2017

Tak ingin aku Bersuka ria Lagi

Tapi aku juga x ingin menangis selamanya.Dimana harus aku mulakan dan dimana harus aku hentikan.Remuk hati bukan aku kecewa..bukan aku merana. Aku hanya inginkan TUHANku yang agung.Tiada tali hanya lah DIA. Namun aku insan lemah dikelilingi manusia durjana dan mulia.Aku harus mengorak langkahku sendiri walaupun longlai walaupun tersadung keletihan.Padanya aku serahkan agar dibawah arus yang lurus. Adakah aku zalim kpd mereka.Ya Bagi mereka aku memang zalim.Kerana Aku tidak menuruti jalan mereka.Aku punya jalan sendiri walau pahit harus ku gagahi. Hatiku berkata..bukan aku yang zalim..mereka menzalimi diri mereka sendiri.Aku lemas begini.Namun hidup pasti kuteruskan.Agar DIA bersamaku. Biarlah dunia ingin kata apa.nilailah sepuas hati kalian.Bawaklah fitnah dan sebarkanlah ia.Aku menanti disana untuk ku tuntutnya kelak. Ahli ku sendiri jauhkan diri kerana aku tidak tunduk pd mereka.Apakan daya.Aku tidak pernah paksa.Aku bawak mereka sejak hari pertama bersama..sejak hari pertama takdir mereka menjadi ahli keluarga..namun andai kalian tersadung..tersungkur..ketahuilah aku telah lakukan yg terbaik untuk dunia dan akhirat kalian. Andai aku bersalah aku mohon keampunan.Andai aku memaksa kalian..itu tanda aku sayang kalian.Aku tiada lain..hanya kerana DIA.Kerana itu aku yakin dan terus mara ikut hati dan rasa ini. Aku catatkan ini bukan utk tatapan kalian atau siapa jua.Aku hanya ingin lepaskan rasa Agar ia jadi saksiku disana kelak. YA ALLAH AMPUNI AKU AHLI KU matlamatku hanya MU.