Pages

Tuesday 31 January 2017

GURU ..tolak pun jatuh

..air tangan dan buah tangan lain rasanya.Maknanya tak pernah sama.Sesiapa dapat merasai berguru dan rasa buah tangan cikgu terasa diri bertuah.Itu juga respon dari orang ramai. Kalau tengok orangnya, tolak pun jatuh.Begitulah biasanya gerak laku seorang melayu yg berisi.Zaman dulu..bukan zaman lampau sangat pun.Zaman org silat berperang sama sendiri.Lain aliran dan gelanggang. Masuk lagi satu grup..geng bomoh..pawang dan gulang gulang.Masing2 nak tunjuk dan nak test power. "Haa..malam ni cikgu Anuar nak turun". Ada sesiapa nak sambut turun lah.Antara dialog biasa sebuah kawasan daerah utara.Suatu masa dulu dulu.Biasanya malam itu sepi..tak ada siapa nak hadap kelibatnya. Kalau cikgu tiup serunai silat..main lah lagu apa pun.Dikhabarkan anak dara pun ramai yg tak boleh lelap mata.Kalau nak dengar ada jugalah warisannya pada anak2 murid cikgu.Kalau tak sama pun ..jadilah.Ada hampirnya.Carilah cikgu Ramli.Lepas juga rindu. Di Rumah.Di Kajang cikgu melepaskan angin menyanyi dalam rumah.Cikgu main biola, isteri menyanyi.Kak Lah pandai nyanyi..Kak Mah juga pandai nyanyi. Kak Mah pandai main gendang.Siap mengajar budak2 bersilat lagi.Kak Lah pandai amat bab jahit menjahit.Mata lekat diTv..tangan menjahit pakaian.Banyaklah lagi kepakaran Kak Lah dan Kak Mah.Lambang orang melayu. Ini kena ada.list nak jadi melayu yang baik dan berkualiti.Orang dulu dulu begitu.Rupa2nya org sekarang pun kena begitu juga. Orang Melayu kena ada beberapa kepakaran.Kepandaian dlm keilmuan lain.Bab kemahiran lain.Ini yang cikgu gariskan. Nak hidup senang.Boleh berdikari dan boleh hidup kena pandai mengaji.Membaca dan tahu bab ugama.Kalau melayu tak tau ini...jangan jadi melayu. Kedua kena pandai mengajar mengaji.Hatta ajar alif ba ta pun jadi. Lepas tu kena pandai bertukang.Kemahiran lhidup.Pandai berkebun lagi baik.Pandai pegang parang dan cangkul. Al kisahnya orang melayu itu mesti berbahasa melayu dan berbudaya melayu.Beragama islam.Budaya berkait rapat dengan pakaian dan amalan@ budaya bangsa. Kata cikgu. Orang silat dulu dulu dipakai orang.Di hormati dan disanjung tinggi.Tapi orang yang macamana? Apabila dia berjalan, merantau ke suatu daerah.Berkenal kenalan dgn tuan rumah.Singgah di surau.Makan hidangan sebagai tetamu.Org berbudi kita berbahasa. Dari kenalan ke kenalan.Di surau ditanya orang.Suara merdu diangkat sebagai imam.Waktu senggang sebelum isyak diminta ajarkan kanak2 agar hilang hingar bingar. Siang yg terluang dijemput gotong royong naikkan tiang rumah org kampung.Menanam dan berkebun mengambil upah. sehari jadi seminggu dan sebulan.Di majlis keraian diminta bermain pencak.Terbuka lah rahsia tari yang molek.Berkira pula yang nak jadi murid.Dipinang untuk 3 bulan 10 hari. Anak dara kampung elok belaka.Dipilihkan dan disudikan kpd si musafir.Masakan tidak.Segala isi hati ibu ingin bermenantukan lelaki sejati.Buat jaga anaknya yg diserah menjadi isteri.Bukan saja bersilat bertari. Berbulan2 akhirnya tanah diteroka dan rumah disiapkan.Buat anak sulung yg bakal tiba.Sesekali rindunya pada isteri yg ditinggal jauh sebelum kemari datang kembali. Oh.Dia telah beristeri sebelum musafir ke sini.Tiba masa dia akan pulang menjenguk ibu dan keluarga yg pasti rindu padanya.Disana menanti. Kata cikgu lagi. sebab itu lah orang dulu banyak isteri.Org berbudi nak jadikan kita menantu.Tak patut di tolak.Nak balik meredah hutan denai jauh.Hasrat nak beritahu isteri dan keluarga. Setahun dua.Anak dah besar.Pulang juga untuk ceritakan pada pihak sana.Namun terikat pula pada hal keluarga tanpa diduga. Anak tadi telah dewasa.Tidak kenal bapanya lagi.Isteri pula di larikan jantan kerana jampi... kisah sebegini sering berlaku pd suatu ketika dulu.Waris dan anak beranak bertalian belaka... Saya baru faham kini..kenapa sejarah bangsa perlu dijaga.Cerdik pandai berkata..untuk membunuh sebuah bangsa..lenyapkan budaya dan sejarahnya.Runtuhkan bahasanya..... .. .. sambung lagi...

Monday 30 January 2017

Guru...dia digelar pendita silat.Kenapa yer?

Tahniah kpd GURU. Tak kiralah apa yg dibawa..dia tetap guru.Mengajarkan... CIKGU Anuar Wahab.A.M.N Di beri gelaran pendita dalam dunia persilatan.Ahli dewa SESEPUH.Pendiri PESAKA dan penggubal hal ehwal tanding silat semua peringkat. Tubuh sederhana.Lenggoknya lemah lembut.Sedap mata memandang.Suaranya sederhana.Bicaranya sentiasa dinanti.Pakar seni lukis dan muzik.Penyanyi Baggio, antara hasilnya. Antara 3 yg terpilih dlm kelas seni lukis bersama Walt Disney suatu ketika dahulu. Tulisan ini tiada rangka.Dari sudut pandang berbeza.Ribuan anak didik beliau kini 'menjadi'. Namun dia pergi agak awal.Saat segala jiwa perlukan curahkasih ilmu darinya.Pemergian yg mengejutkan...anak ayam kehilangan bapaknya...bigitu jua dgn anak anak silat khasnya. Beliau dikenali ramai VIP negara.Disegani seluruh dunia dlm pelbagai bidang ilmu.Namun tiada pernah ambil peluang atas cable kroni utk kepentingan diri.Malah harta..tenaga dan wang ringgitnya lebur tanpa berkira.Demi bangsa dan Agamanya. Bersara sebagai guru sekolah.Kelulusan MA pengajian islam...ASWARA antara tempat beliau menabur ilmu.Beberapa buah buku dihasilkan. Pertama kali dalam sejarah DUNIA.Ilmu persilatan dibukukan dan mempunyai silibus bertulis yang lengkap.Tahan uji dan terbukti benar. "Dalam tulisan tak boleh ikut suka kita...kena ada prove(bukti) dan boleh diuji...boleh jawab.Tulisan ni bila dah tulis akan kekal sampai bila2, yang membaca ada kepakaran juga.Buka kita sahaja". Dek kerana itu...beliau turunkan disiplin ilmu dalam catatan penuh prinsip kebenaran.Bukan sekadar cakap mulut.Nilainya benar2 tinggi. Banyak mutiara kata darinya.Ilmunya melangit dalam pelbagai sudut.Cikgu berani berkata benar.Tanya sahaja akan diberi jawapan. Dalam majalah PENDEKAR dan SILAT sbg contoh..beliau diburu utk artikel.Antara cerita yang dinanti ramai berkaitan ibu gayung. 'Gayung Fatani Masih Menyimpan Rahsia Ibu Gayung". Banyak pihak claim mereka juga tahu dan ada ibu gayung.Benarkah? Boleh tahan uji dan boleh beri jawapankah?boleh buktikankah? Macam kereta juga.TOYOTA hilux dan Pajero ada 4x4..tahap tinggi prestasinya.Perodua Kembara juga 4x4...namun tahap rendah.Naik bukit lwbih tinggi dpd biasa gear box ko...lepas mendaki. Masing2 claim ada..padahal memang setengahnya ada.cuma grednya berbeza.Kalau x percaya..sila uji. Cikgu Anuar tahan uji.dari segi zahir dan batin.Banyak yang tidak diketahui umum.Nanti saya ceritakan. Pernah satu ketika master beladiri jepun try cikgu Anuar.Beliau patahkan teknik jepun dgn satu kaedah yg sangat basic sahaja.Padahal teknik itu amat hebat.Teknik yg boleh menghumban seseorang dgn senang dan boleh mengakibatkan kecederaan teruk. Master jepun tu org yg sudah tua.Banyak pengalamannya.Namun hari itu utk kali pertama dlm sejarah hidupnya dimatikan langkahnya oleh silat pulut. Silat pulut pun ada yg sekadar main main.Yak ada barang dan melayang tari seperti helang terbang melayang layang. Sebab itu ahlinya sahaja yg kenal gerak itu ada makna dan falsafahnya atau tidak.Malah ramai yang tak tahu asal usul silat pulut. Jom kita share kat komen...sape tahu asal usul main pulut.Pd tahun bila dan dimana bermula permainan pulut ini.Kenapa ia diadakan? Bukan sy tak nak tulis...cuma biar ramai join.Baru neriah....boleh? Bukan tujuan apa...sesajer nak tgk pandangan org melayu..betul ke tahu asal usul berpulut.Nak version yg betul...jom..nanti saya sambung...lagi dan lagi

Sunday 29 January 2017

OH Broga...part 2

...ramai dh baca @ dengar kisah OH.Seperti jangkaan ramai.Dia hilang dlm trek. Saya x tau kenapa pd hari Jumaat tu..seakan ternampak2 bdk ni terduduk keletihan disana.Nak pergi.Anak demam.Bukan apa2..sesajer nak join team SAR..Raub Broga dekat jer. Doa jer lah.Sabtu org dah jumpa.Lega sungguh dlm hati.Berkat doa mak OH ni...dan doa serta usaha ramai orang trutama kaki hiking.Akhirnya... Sy nk coret sikit jer lagi.Bukan saya pandai atau nak tunjuk pandai.Ni saja nk coret apa yg didengar dr org dulu2.Kalaj sy pandai..dh tentu sy jd penyelamat di mana2 sbg profesional. ..besar kemungkinan adik OH ambil sesuatu masa di hutan tu.Mungkin juga beberapa hari sebelum tu dia ada baca kisah2 misteri dlm mana2 buku.Mungkin shj. Kalau dekat@jumpa dia boleh tanya2 nanti.Otak separuh sedar kita simpan dan anggota mendorong perlakuan.Kdg2 masa letih fizikal..mental akan down..masa ni lah unsur2 luar dtg mengganggu. Dia tinggal dlm 1 kawasan mcm gua..minum air sungai dan x makan utk 6 hari.Dia rasa macam 3 hari shj..ada kawan2 berborak2 dan ada wanita sgt cantik ajak kawin..misteri? Mmg misteri.Org yg alami shj akan rasa.Dapat lah ilmu n pengalaman yg sebenar2nya.kita hanya dengar dan faham dgn fahaman berbeza2. Sy pernah kenal org yg hidup berkawan dgn bunian.Dia meninggal bln jan 2017 baru ni.Umur hampir 100 thn.sihat sampai tua.kerja dan duduk dlm kebun.Orgnya sangat baik..ahli ibadah.Zikir sir amalannya. Berjalan dlm hutan kalah org muda.Org lain juga tau kelebihan dia brjalan pantas.Boleh jumpa saksi2 yg masih hidup...anak cucunya banyak simpan kiaah atuk ni. Saya percaya dia bersahabat baik dgn bunian..kalau kata kawin sy x percayalah..sebab alam lain2..tapi dia boleh berborak2 dgn bunian..pakar hal hutan dan akar kayu. Kebun dia x dimakan musuh spt babi dll..landak dan perangkap mainan dia.Menjala ikan hobi dia.. ADIK OH di Broga bernasib baik..pd pndangan saya lah..kalau salah jgn kecam sy yer..dia bertemu bunian@ jin yg baik. Bukan yg berwarna coklat..biru..hitam atau merah..dia jumpa kumpulan baju putih( mngikut cerita dialah) Tapi yg bawak dia masuk ke jalan kiri..arah ke rumah bunian tu ialah budak kecik...kira kawan sebaya dialah...tapi jgn lupa umur bdk kecik jin sgt tua..bkn mcm bdk kecik alam manusia...betul ker? So ...bila masuk hutan ..hati2 dgn kehadiran orang lain.Sebab tu nabi ajar utk kita selalu beri salam kpd sesama manusia..kan.. Sbb tu posting pertama dulu sy kata nak masuk kena bagi salam...byk rahsianya.Org dulu2..panglima2 perang nak takluk sesebuah negeri @ jajahan dgn beri salam jer..mudah jer nak takluk.Kaedahnya x dptlah nk dedah disini...org kata jual buah boleh.jgn jual kebun.Lagipun..kalau nak tau pergilah jumpa yg pakar2...org tua2. Saya cuma dengar cerita jer..bkn pakar.Arwah guru sy dulu pakar...dia yg cerita. Kadang2..kita pergi kawasan org..kita x buat apa2 pun.Tak ambik apa2 pun..tapi masih sesat.Betul... JIN ni mcm2 jenis...kalau awek2 bunian suka kat laki org pun dia peduli apa..kan? Inikan pulak bdk2 hensem.Sebab tu..perasan tak..budak kecik2 selalu digelar..eii budak comot ni..budak busuk ni..org melayu tahu rahsia sesuatu kejadian.Bila dh tau asal usul kejadian barulah mudah merungkai dan buat formula.Ini antara asal usul lahir PETUA. Jin paling banyak di 3 tempat...pasar..laut dan hutan.Bagi yg biasa berburu kijang..rusa ..ayam dll..mereka kdg2 berkata2 kpd hutan... "Yg kau sayang..kau simpan..yg hodoh kau bagi aku..kalau aku nampak aku tembak...aku bukan pandai". Seakan menidakkan Allah.Tapi itulah doa dan adab melayu merendah diri kpd tuhannya.Segala makhluk hak Allah.Allah hanya terima doa dan harapan org yg lemah sahaja...lebih makbul dan menjadi. Ini bab tasawuf..bab hati dan tauhid.Kata org tua2 lah. Semalam kawan sy kata...takut lah nak masuk hutan..nanti kena kurung..sesat.. "Jin ada dimana2...kalau dia nak kurung kau dalam rumah kau sendiri pun..boleh". Saya balas.. Kdg2 terfikir...mungkin kita kurang kawan dgn malaikat kot...sebab tu jin jd kawan..lbh ramai...hehe..gurau jer. ...ok lah..byk lagi nk cerita..kang org kecam sy pulak...kalau ada rezeki sambung lagi.. Mohon maaf mohon ampun byk2..t kasih sudi baca baca..

Saturday 28 January 2017

Kisah budak sesat di bukit-Broga

Hari ni Sabtu 28.01.2017. Hari ke 7 bdk ni sesat dihutan berbukit.Broga. Saya mengikuti rapat berita dia ni melalui grup Hiking & camping around Malaysia.Saya ada kongsi tips masuk hutan dan cara cari org hilang @ sesat dalam hutan beberapa hari lepas. SYUKUR pd Allah.Segalanya selamat dan mudah baginya.Kuasanya meliputi sekelian Alam. Semalam saya hubungi rakan di MPAJ dan beritahu yg hati saya berat@ teringin sgt untuk sertai misi mencari budak hilang ni.Tapi pada waktu yg sama anak kecik saya demam ruam dan panas yg amat sangat. Tiga hari berturut2 hati saya meronta2 untuk ke Broga.Akhirnya...hanya doa dan sedikit ikhtiar hati dan perasaan yg pergi ke sana.Saya tidak dapat serta.Sedih dan terkilan pun ada. Pagi ini.Saya buka fb.Mencari berita pasal budak ini.Dah jumpa...tulis mereka.Saya bangga dengan ketabahan dan kerja kuat pasukan sukarelawan yg berjuang untuk adik ini.Tahniah. "Engkau nak guna radar...nak cari budak tu ke Lee?. Sambut sahabat tadi. " kau rasa dia masih hidup ke?" Soalnya di hujung talian. " hati aku rasa dia masih ada di sana...cuma aku rasa budak ni dah letih dan hampir meracau.Cuma aku harap dia kuat...sebab aku dengar dia ni budak tahfiz". Terbayang muka anak2 tahfiz yang seringa saya ziarahi.Saiz budak hilang ni juga sebaya anak saya yg sedang belajar di sebuah tahfiz di Pahang. Posting saya kpd grup Hiking & camping Around Malaysia cuma untuk kongsi sedikit kaedah andai berlaku perkara sebegini. Bagi yang percaya sahaja.Saya hanya ingin kongsi apa yg saya dengar dpd org tua2 terdahulu.Yang kecam tu saya x marah pun. Semalam.27.01.2017 sy lihat kumpulan pencari telah mula menggunakan kaedah kerohanian.Mereka azan beramai2 di sekitar tempat pencarian.Hati saya berbunga bunga. KINI segalanya telah berakhir.syukur. Hari ni saya rasa elok saya kongsi sikit bab hutan ni.Ini antara kaedah dan petua sahaja.Nak ikut boleh..x percaya pun tak mengapa.Tidak rugi apa apa. Pertama. Apabila tiba di sempadan hutan yg ingin kita takluk dan masuki itu...pandan dgn mata hati ke seluruh kawasan sambil...beri salam. 'ASALAMUALAIKUM' Makhlul.Allah ada yg ghaib dan jelas.Moga segala yg menghuni kawasan itu akan bersangka baik pd kita.Terutama para malaikat akan menjawab salam itu. Pokok2 dan segalanya berzikir memuji Allah akan dengar salam tadi.....bersambung...

Saturday 21 January 2017

Petua Menjala ikan

Zaman aku kecik dulu ada nama besar bab menjala.Orang tua2 zaman tu.Kini mereka dah tiada.Al fatihah untuk mereka. Aki Lawak,Tok Pawang Jalil dan Aki Sahak. Mereka ni handal dalam bab sungai dan hutan.Banyak ilmu dan petua rupa2nya.Orang melayu memang hebat bab kemahiran hidup. Petua lebih ampuh dan berkesan dpd petua.Mudah menjadi.Masa kecik aku pernah putuskan tali jala Tok Pawang Jalil. Puncanya,aku nak gantung jala di birai atap.Masa itu hampir setiap minggu aku tidur di kebun tok.Dangau dia tepi sungai.Sungai Kelang namanya. Hari itu ketika tok di kebun, aku ambil kesempatan menjala.Aku turunkan jala kecil kehitaman itu dari tempat gantungnya. Jala tu panjang sekitar 7 hasta.Orang panggil panjang 7.Saiz untuk sungai yang cetek dan ikan kecil. Tok Pawang Jalil orangnya bertubuh halus.Jalan dia juga pendek dan ringan.Jadi mudah lah aku tumpang guna jala dia. Seingat aku masa itu dalam umur 9-10 tahun. Aku tanggah elok2 macamana jalan tok di ikat tinggi di cucur atap. Nanti senang nak pasang semula.Hati aku berkira kira.Aku rasa dah mula cerdik macam orang dewasa ketika itu. Sebelum menjala aku bertenggek di muka pintu.Duduk sambil berjuntai kaki di tangga.Dangau tok agak tinggi.Kayu bulat bendul pintu aku jadikan penghalang agar tidak jatuh ke tanah. Sambil makan kacang.Aku ambil kacang dalam tin sebelah belakang pintu.Separuh isi kacang tanah itu aku makan.Tok tanam sendiri kacang dan sayuran di kebun. Tengahari itu aku berjalan lagak tok ke sungai.Aku terjengkek jengkek ketika menghampiri tebing sungai. Mengintai ikan kena tahu caranya.Arus air mana satu yang ada ikan.Arus mana yang banyak kayu.Arus mana yang sesuai untuk jala saiz 7. 'Prammmm' Aku menebar jala.Pertama dalam hidupku.Menjadi kenangan aku sejak 35 tahun lalu.Masa amat cepat berlalu. Hari itu aku dapat kasil pertama seekor ikan kelah.Kelah merah.Hanya itu yang pertama untuk tengahari itu. Kelibat ikan banyak dalam riak air sungai Kelang.Tapi tiada yang sudi lekat pada mata jala aku.Sana sini ikan berenang lari.Laju laju.Aku kejar setiap ceruk.Aku lempar jala..tarik..dan lempar lagi. Hari itu juga jadi sejarah bagaimana aku mula ketagih menjala.Walaupun ikan kelah se ekor yang aku dapat. Manakan nak dapat ikan.Berpuluh kali aku lempar jala adalah sekali dua yang kembang...lainnya kuncup.Hehehehe.. kenangan itu masih segar.Aku masih boleh lukis gambaran arus sungai kelang dan isinya. 'Hahh...siapa pulak makan kacang ini...kacang untuk buat benih".Aku dengar suara tok dari luar. Tengahari tegak tok akan pulang dari kebun.Masak..mandi..solat dan makan. Petang nanti tok ke kebun lagi.Senja sebelum maghrib kadang kadang tok ke sungai cari ikan buat lauk makan malam.Kalau Pah ada ikut sama ke dangau di kebun tok...pah lah yang akan menanak nasi dan merebus ikan singgang. Ikan..kunyit hidup.Patah kan cili burung, campak asam gelugur dua tiga keping.Angkat bila air mendidih atau bila mata ikan telah nampak keputih putihan. "Anjing yang makan .....agaknya". Aku menikus di balik pintu.Kawal perasaan.Bergelora perut. Hari itu tok tidak bertanya pulak pasal jalanya yang terjelepak atas tanah.Tidak bergantung ditempatnya.Tok jeling bekas tin...bekas biji benih kacang tanah jer. Sejak itu aku perhati rapat rapat cara tok menyidai jala.Menjemur di kayu alang atau birai atap.Aku tidak mahu putuskan lagi tali jala tok. Malam it, lama tok membongkok menyirat jala.Rabak merata sudut.Tali gantung diganti baru. Sampai sekarang aku pantang sungguh kalau anak2 aku kalau orang lain ambil mudah pasal menjemur dan menyimpan jala.Biarlah gantung baik baik.Jangan putus dan rabak merata alam.. bersambung.....

Friday 20 January 2017

Cara Nak pilih BISNES

Ramai orang melayu yg nak bisnes.Dah sedar.elok lah tu.Nabi dah lama beritau yang 9/10 rezeki dpd berniaga. Orang cina sudah ribuan tahun berniaga.Dan puas jatuh bangunnya. Orang melayu selalu buka kedai yang senang nk di urus.Yang modal kecik.Kedai runcit paling mudah.Balik kg buka kedai runcit.Kedai makan.Kedai jahit.Jadi ejen kosmetik. Yang ini.modal kecik.Tak perlu kepakaran menjual.Akaun mudah.Beli dan jual.Stok tak kira pun masih boleh jual. Kursus bawah agensi ajar macam2.Akaun..marketing..sales..aset..pinjaman Mcm2 lagi Tapi x maju2 juga.X boleh kaya.cuba pulak bisnes lain.Tiru kawan2.Sampai ke tua x boleh kaya. Orang cina berniaga setahun..dua tahun dah banyak cawangan boleh buka.kenapa yer.Market dan pembeli paling ramai ialah orang melayu. Kawasan yang kurang orang melayu perniagaan mereka lembab.Sebab daya beli orang melayu memang tinggi. Balik kepada cara memilih bisnes, bagi yang nak berniaga.Tapi tak tahu nak pilih.Tiada kemahiran dan pengalaman serta modal. Baik. Sebenarnya mudah. Orang cina tidak akan berniaga kalau tidak untung besar.Ingat!! Untung Besar.Boleh kaya. Kalau untung sikit lebih baik mereka makan gaji. Jadi ..kalau.nak pilih bisnes apa nak buat.Lihat orang cina.Apa bidang@bisnes yang mereka buat..maknanya itulah LUBUK EMAS. Hardware Usedcar .new car Pemaju perumahan Kedai emas Perabut Workshop n kedai tayar Sparepart Transportation Nelayan laut dalam kilang plastik kilang besi alatan pertanian dll.. Org melayu kata..saya tak ada experien.Mati. kerja lah sampai mati. Dah tau xda experien..kerja lah! Jadi kuli mereka.Buat a to z..kerja dgn tekun.simpan duit ..cari ilmu banyak2. 5 tahun kemudian buka kedai.Jangan gaduh2 dgn bekas majikan.Mereka ada customer ramai.Customer yg kita servis masa jadi kuli. 5 tahun kemudian kita dapat 30% customer dia dan 30% customer baru serta 30% customer yg setia. Hal2 lain kenalah belajar.nak tulis panjang sangat. inilah pengalaman saya buka kedai saat org melayu belum kenal kedai usedcar melayu. lenkali cerita lagi..

Thursday 19 January 2017

Madu ..asma..cara yg betul untuk stop asma.

Madu lebah dan kelulut.Mana satu.Ramai yg kata madu kelulut lebih mujarab.sebab tu harga dia mahal. Di #kembara camp eco adventure sy ternak kelulut.Minum sendiri.Kadang2 org order saya jual juga. Sekitar 1994 kawan saya pulang dari Alabama.Study sana.Dia lelah@ asma.Dia cerita pd saya hal madu dan asma ni.Mudahan pahala dia dpt sampai bila2 sebab bagi ilmu ni. Cara sebenar guna madu.Tak kira madu lebah atau kelulut.Ramai yg beli dan minum tapi asma x hilang@ sembuh juga. Sekitar 1994.Saya kawin.Isteri saya penghidap asma yg kuat.Tiap minggu(masa dia bujang) pegi hospital. Lepas kami kawin saya bagi dia madu lebah ori.Sampai sekarang dia xde asma dah.Pernah anak sy yg no 2 kena asma juga masa kecik.Saya guna cara yg sama untuk pulihkannya.Sejak itu dia sihat hingga kini dah umur 19 tahun. ok.sebenarnya cara minum madu utk ubati asma macam ni.Bila saya kaji..kenapa begitu.Rupanya madu bersifat membaiki dari dalam.Ia panas dan asma alah pada sejuk@habuk. jadi. madu perlu di minum sebagai makanan@ sumber terAKHIR yg masuk dlm perut kita pada waktu malam.Sebelum tidur. Pada waktu bangun tidur.Pagi2 tu ...sekali lagi madu diminum sebagai 'benda' pertama yg masuk dlm perut kita.Minum x yah banyak.sesudu kecil sudah cukup.Kalau anak2 kecik lagi sikit diperlukan. Dah ramai saya tunjuk cara ni.Dah ramai yg sihat.Ini pengalaman saya. sebab itu Nabi S.a.w suruh minum madu.Cuma perlu kaedah trtentu utk tujuan trtentu. madu juga amat perlu jika kita terlekat@ sengkang tulang ikan di tekak.Bab ini sy akn cerita kemudian. selamat beramal.Sila share agar jadi amalan jariah dan pahala berterusan.

Saturday 14 January 2017

Kaedah mudah.Allah beri Jaminan.cubalah...

Ini kisah benar. Siapa tidak kenal akan Imam Ahmad.Beliau anak murid Imam Syafie yang antara yang terbaik pernah ada dimuka bumi ini.Malah pada suatu masa gurunya, iaitu Imam Syafie merasakan Imam Ahmad lebih baik dan hebat daripada beliau sendiri. Suatu ketika di Iraq.Di usianya agak tua, Imam Ahmad terasa ingin berjalan2.Namun oleh kerana tiada tujuan tertentu, beliau tidaklah bermusafir bersama teman seperti biasanya. Oleh kerana perjalanannya haritu tiada matlamat tertentu.Berjalanlah beliau ke arah utara menyusur jalan seakan orang kebingungan.Di luar daerah kampungnya, tiada seorang pun yang mengenali beliau.Walaupun ketika itu segala makhluk langit dan bumi menyebut2 namanya.Seorang ulama besar yang tiada taranya. Memanglah begitu.Ketika itu hanya cerita disampaikan berkenaan keilmuannya sahaja.Orang2 di kejauhan tidak pernah bertemu muka dan melihat paras rupa Imam Ahmad. Telah beberapa ketika Imam Ahmad berjalan.Telah beberapa buah masjid disinggahi. Pada malam itu usai solat isyak di sebuah masjid.Imam Ahmad terasa ingin berehat diaitu sebelum meneruskan perjalanannya.Hatinya berkata dan meronta2 untuk terus merayau2 dan melihat2 sekitar kampung tersebut.Namun tubuh tua itu terasa sedikit keletihan. Ketika hampir melelapkan mata di suatu sudut di depan mimbar. "Ayuh..bangun.Kamu tidak dibenarkan untuk tidur disini.Beredar dari situ", Laung penjaga masjid dari luar pintu. Imam Ahmad termanggu2 lalu berubah ke saf belakang sekali di masjid tersebut. Kini untuk kali kedua dia dihalau keluar daripada masjid tersebut.Penjaga masjid itu kelihatan tehas dan agak kasar. Akibat keletihan yang amat sangat.Terlelap juga mata Imam Ahmad di suatu sudut luar masjid.Berhadapan pintu utamanya. Baru sahaja beberapa ketika beliau memejamkan mata."hei..orang tua..bukankah kah disini rumah Allah..bukan rumah kamu.Disini bukan untuk kamu berehat2 dan tidur sesuka hati kamu". Kali ini Imam Ahmad benar2 dihalau keluar jauh dari situ. Baru beberapa langkah Imam Ahmad melangkah, satu suara menyapa di kegelapan malam itu.Muncul seorang tua berbasikal yang penuh dengan barang jualannya.Peniaga roti yang sangat terkenal di hujung kampung tersebut.Orang tua yang lemah lembut dan bersikap warak. "Wahai saudara..ssjak tadi aku lihat kamu disini.Aku lihat kamu diperlakukan begitu". "Aku tinggal di kampung sana.Rumah ku tiada orang lain melainkan aku seorang sahaja, andai tuan tidak keberatan marilah bermalam dirumahku". Imam Ahmad lantas berjalan beriringan menuju kerumah penjual roti.Disana beliau dapat berehat dengan tenang. Suatu ketika sebelum subuh. Si penjual roti telah berada di satu sudut ruang dapur rumahnya.Usai solat malam itu, si penjual roti lansung memulakan sedikit rutinnya.Dia membancuh dan mengadun ramuan untuk dijadikan roti. Imam Ahmad memerhati dengan penuh minat.Sejak tadi di perhati gerak geri tuan rumah tersebut. Akhirnya Imam Ahmad menghampirinya. "Tuan...saya perhatikan tuan sentiasa beristifar..mulut tuan sentiasa menyebut 'istifar'...tuan benar2 seorang yang warak rupanya". "Tuan istifar ketika meratakan air...meletakkan garam istifar...basuh tangan istifar...duduk istifar. Berdiri istifar...". Dengan penuh takjub Imam Ahmad berkata. "Tidak hairanlah kiranya tuan seorang yang disanyangi Allah". "Apakah sebab dan hikmat tuan berbuat bigitu?( beristifar).Soal Imam Syafie lagi. " wahai tetamuku...sejak 30 tahun lalu aku mengamalkan dan melazimkan istifar sebegini.Sejak itu aku rasa lapang..malah segala kepayahan hidup aku berlalu pergi.Segala permintaan ku telah aku capai....". "Cuma satu...doaku yang belum dimakbulkan". " aku teringin sangat untuk bertemu dengan seorang ulama yang sering disebut2 orang sejak sekian lama.Aku beramal dengan ajarannya...". Berkaca jernih di kelopak mata penjual roti sambil meneruskan kata2.Dengan penuh harap... "Aku berharap sangat2 agar sebelum akhir hayatku...untuk bertemu dengan Imam Ahmad". Lantas Imam Ahmad menangis lalu hampir kepada tuan rumah lalu memeluknya erat2.Sambil berkata... "Akulah Imam Ahmad....betapa hebatnya takdir dan aturan Allah...betapa aku sgt teringin dan semangatku meluap untuk datang ke sini..rupanya Allah menyempurnakan takdirnya atas kita berdua pada hari ini".Pelukan dua saudara yang hampir dgn Allah di iringi jernihnya air mata kerana cinta kepada Allah semata. ... ... ... BENARLAH...Nabi Muhamad s.a.w telah sampaikan... "Istifarlah...nescaya akan di adakan jalan keluar bagi kamu.Dosa mu akan terhapus...rezekimu akan datang tanpa disangka-sangkan". Mudah2an ..mari kita mulakan...amin

website@kembaracampecoadventure

http:www.kembaraecocamp.com Email:rosliabhamid72@gmail.com

PETUA buat nasi lemak sedap

jom makan nasi lemak sedap.kalau yg q ramai2 tu maknanya sedaplah tu.Biasanya antara 2 perkara je yg blh tarik org makan. Kat gerai mana2 pun ada org jual nasi lemak.sedap atau tidak. Sy nk kembangkan dan kongsi sikit.Biar pas ni isteri2 blh tambat suami.Org dulu2 guna jampi2 dan sihir utk tundukkan suami.Suami jd sayang.tu berdosa.Org lelaki nk 2 yg utama.. 1..servis isteri yg bagus.(yg ni sy tulis kemudian..macamana nk jaga badan luar dalam.Guna herba..apa campurannya) 2..jaga makanan nya.Kalau sedap mkn..macamana jauh dan gatal suami mesti x boleh lupa isteri. Pendekkan cerita.Jom kongsikan cara buat nasi lemak sedap.Bagi yg berniaga..selain wangi dgn daun pandan..blh guna cara ni pulak. Mudah jer.Masak nasi lemak mcm biasa.Bezanya..masa nasi hampir masak..sebelum air kering .sebelum kecilkan api...org gelar proses 'tanak' ...cuma masukkan sesudu atau beberapa sudu( tgk berapa byk beras@nasi)minyak masak mentah ke dalam nasi tadi dan kacau.dah rata..tutup periuk kemas2 dan biarkn smpai masak. Hasilnya..nasi akan berkilat..tidak melekat@bergumpal.Aromanya yg paling best.Menaikkan selera. Biasanya.selain nasi yg sedap..sambal lagi penting..pasal sambal nnt saya kongsikan.Kenapa sambal org tua2 dulu sedap2.Kenapa blh tahan hingga beberapa hari tidak basi.Nampak simple tapi sgt sedap...kan...ok.sila share dgn kwn2.

Wednesday 11 January 2017

menyanyi ingat Allah

Zikrullah@zikrillah. Sebut lain bunyi.Makna sama. Zikir...sebut Allah@nama Allah. Maksudnya ingat akan Allah. Istifar..tasbih..tahmid dll semuanya zikrillah. Tujuannya utk ingat akan Allah. INGAT ALLAH...maka kenalah jauhi apa yang dilarang dan buat apa yang di suruh@perintah. Maka jika ketika kita menyanyi atau dengar orang menyanyi itu...tiba2 kita teringat@ dalam keadaan ingat padaNYA.. Itu lah zikrillah.. Pintu zikir itu maha luas.Seluas rahmat dan nikmatnya. Maka segalanya benar dan boleh.Hebatnya syiar islam.Kerana mata itu..telinga dan lidah itu berserta denganNYa.. ALLAH MELIPUTI SEKELIAN ALAM.

wanita naik motor HARAM

Asas feqah.mudah.faham pun mudah. AURAT wanita iaitu nampak mana2 bahagian selain bahagian tapak@pergelangan tangan dan muka sahaja di kecualikan. Alhamdulillah tika ini payah nak jumpa wanita tidak bertudung.Macam2 style.Lagi cantik sebenarnya bila mereka bertudung.Macam sebatang pen.Kalau tak ada tudung siapa pun tak nak beli. Pasal solat bukan wanita sahaja yang gagal solat 5 waktu sehari semalam.Lelaki juga sama.Samada lelaki itu bertudung atau tidak.Kajian mendapati hanya 17% sahaja rakyat Malaysia yg mengerjakan solat dgn sempurna, iaitu 5 waktu sehari semalam.Lelaki dan wanita tua dan muda. Saya katakan kenapa wanita naik motor@ bawak motor boleh dapat dosa.Lainlah kalau mereka pakai T shirt lengan pendek.Itu sah2 lah haram sebab nampak aurat.Lengan mereka. Wanita pakai tudung dan baju longgar tidak berdosa kerana menutup anggota badan mereka dgn sempurna.Tidak kira lah tudung labuh atau singkat.Bawal atau kelah. Nabi suruh tutup dgn kain sehingga melepasi dada mereka.Betul.Lelaki bila pandang wanita..yak kiralah dia wanita baik@ solehah atau bertudung tapi tak solat.Mana lah lelaki tahu semua itu. Selepas menikmati pandang pertama pada muka wanita.. Dalam hati..'lawa juga dia ni" Selepas itu mata lelaki meleret ke bawah dan makin ke bawah. Bagi wanita yang bertudung cukup syaray tadi, tidak mendatangkan dosa kerana telah tutup rapi.Yang lelaki tadi pandang2 kenapa.Itu memang hak hakiki seorang lelaki. Lagi lawa wanita itu..laki melekat mata dia.Baik!! Tapi...wanita yang sama tadi..di pandang lelaki yg sama akan berdosa@dapat dosa apabika dia bawak motor@ jadi pembonceng motor.Kenapa ? Sebab bila bawak motor tentu lah angin akan bawak baju dan tudung tadi rapat2 ke belakang ke arah tubuh wanita itu. Tuan nampak apa yg saya nampak.Lelaki mata dia semua keranjang..sebab itu dia nampak semua macam orang telanjang.Dia nampak mcm x-ray nampak. Bila angin tiup...nampaklah semua bentuk badan wanita tadi tu..masa dia berdiri sebelah motor..berhenti isi minyak belum berdosa dia..seminit lepas itu ronda2 naik motor buat dosa. kalau nak banyak dosa..rondalah satu taman perumahan.Tayang2 bentuk badan ditiup angin.Timbul terang bukit bukau.Orang naik motor kat belakang dpt tengok free.Laki bawak motor.Bini bonceng. Budak@ bapak budak dalam kereta pandang dari belakang.Hah...yg itu 38x18x42...yg ini 48x40x48..pandang sikit2 jer. Saper dapat saham.Bini dan laki.Keduanya dapat. Begitu juga yang naik motor..pakai baju kurung.Kaki ..betis selak habis...ooo putih betulll.. Ooo..banyaknya parut...ook..macam bunting padi.. Kerja ulang alik Kajang -KL.Berapa banyak agak2 dosa kita dapat? Habis tu..nak pakai @ naik kereta sokmo2. Tak payah... Pakai jaket tebal.Saiz besar.Ribut tiup nampak mcm balut nangka.Tak ada bentuk.Kan selamat. Pakai baju kurung..dalam pakai seluar panjang.Kasut panjang.Nak bagi org menyampah tengok..pakai kasut phua chu kang.Kaler kuning lagi. Amacam.Pesan2 jer.....

Tuesday 10 January 2017

Tadi mandi2 sungai.Area #kembaracampecoadventure.Selak2 daun kayu, buluh dan batu2 kat sungai.Jumpa udang sungai.Tak sama mcm udang laut.Warna dia macam2.saiz bsr jari kelingking jer.

Kalau belek2 bawah perut udang ni..nasib baik kita akan bertemu dgn telurnya.

Dia bertelur sepanjang masa.
Kali ni saya nak kongsi macamana nak lebatkan rambut dgn cara mudah.
Guna telur udang sungai.

Mudah jer.Ambik telur udang,yang melekat dibawah perut dia.Ambik perlahan2.sebab lepas tu ibu udang tu kenalah di lepaskan semula.bagi dia hidup dan bertelur lagi.
Opor @ gosok telur udang tadi ditapak tangan sampai lumat.

Sapukan jer di kepala.Kalau boleh buat pada waktu malam.Pagi esok bilas rambut tu.
Kalau takut rambut berbau...tapi biasanya telur udang sungai ni x berbau..bila dah kering di rambut nanti.

InshaAllah masalah rambut jarang dan kurang berkilat hitam akan dapat di atasi.

Cubalah.saya dah buat masa sekolah rendah dulu.

Aku & Botol Air

Minggu pertama sekolah ok lagi. Minggu kedua dah macam-macam. Hari ni 11.01.2017. Dua misi pagi ni. Hantar anak ke sekolah.
Jumpa guru kelas anak. Cari tumbler anak. Cicir di sekolah. Ni dah jadi 3 misi.
Lupa nak kabor. Cikgu tu bujang. Lawo gak. Sesajer lah.

"Jumpa tak tumblernya bang?.."
"Takde. Jumpa cikgu Roha jer.."

Padahal aku tak jumpa sesiapa pun. Balik rumah kena sakat. Balas lah dengan sakat. Jangan hantu sakat dah lah.

"Takkan kena beli bekas air tiap bulan. asyik hilang jer"

Tokey balak pun K.O. Ayat biasa.

"Budak-budak, memanglah macan tu bang. Main-main dalam kelas. Bunyi loceng terus lari keluar"

Aik. Ada tukang bela pulak

"Abang dulu kecik juga tapi tak lah macam tu." Sengih. Pandang jauh-jauh
"Abang tu bukan orang biasa." Ayat dia lah tu. Paham sangat dah. Nak kena ni.

" Yer lah abang dulu bukan apa. Tiap hari pun bawak bekas air, cuma lain lain"

"Tukar tiap hari, tukar tiap minggu" Bini aku nak sambung, aku lagi cepat sambung

"Sebab abang bukan orang biasa lah. Abang kutip mana-mana bekas air budak-budak, kawan-kawan yang tinggal dalam kelas tu. Tiap hari banyak yang tertinggal.."

Erk..Erk..





Hehe..cerita ni rekaan jer. Nak kabor. Janganlah begitu begini. Jangan macam-macam