Pages

Sunday 10 September 2017

kuatkan tulang

Makan ketam 3 ekor sehari.rebus sehingga kulitnya merah.Bagi penghidap asma perlu di campur 3 titik cuka ke dalam rebusan tadi. Amalkan seminggu beberapa kali dpt menguatkan tulang.Untuk wanita yg mudah reput tulang amat sesuai. Selamat mencuba.

Saturday 9 September 2017

Hilang sudah SEGALAnya

Malam tadi .malam ke 27 mak pergi dan berehat di alam barzakh. Setiap kerja dan sedekah aku niatkan pahalanya untuk mak. Tak banyak jasa aku kepada mak yang membesarkan aku. Malam tadi aku mimpi jumpa mak berlari lari anak di suatu lorong.Dia seorang sahaja.Mak pakai baju merah jambu.Baju berbunga2.Baju tu aku dan isteri beli di Teluk Intan...mak yang mintak 2 tahun lepas. Aku berlari menghampiri mak..sempat pegang pegang belakang bahu kanan mal. Aku tanya mak nak kemana..dia tak jawab.Aku ikut berlari lari anak..aku tak terdaya nak ikut mak lari walaupun dia bergerak tidak lah laju sangat.. Aku terhenti...sempat aku lihat iras muka mak, sambil aku jerit perlahan kepada mak. "Nanti kita jumpa di syurga yer mak..". Ada sedikit cahaya 'mengharap' pada muka mak ketika aku berkata begitu. Aku terjaga dari tidur untuk solat subuh.Aku harap agar sering bermimpi lagi. Semoga kau ampuni dan jaga ibuku dengan rahmat kasih sayangmu ya Allah.Dia telah menjaga aku dengan kasih sayang seorang ibu sejak aku di dalam rahimnya sehingga pagi jumaat 18.08.2017 jam 3 pagi yang dingin. Sebahagian Jasad aku telah kau bawa pergi Maafkan aku yg Hina Ampun Aku dan ahli ku..ya Allah.

Ilmu Mengurus Seorang Guru

Ini kaedahnya.Siapa duduk dengannya amat faham cara ini.Beliau mentadbir ribuan ahli dengan mudah.Lawannya jadi kawan. Sebelum Dia pergi.Kerjanya tertumpu pada kertas dan tulisannya. Beberapa nama di sebut untuk MENTADBIR persatuan.Ada a untuk mengepalai PENGEMBANGAN.Ada nama yang disebut untuk menjadi tempat rujukan dan guru. Beliau merasakan untuk seorang menjadi perfect dalam banyak perkara sepertinya, mustahil untuk dilahirkan pada masa ini.Jika ada pun seratus tahun lagi. Dia mencurahkan ilmu dalam pelbagai gaya.Di agih ikut kesesuaian penerima.Anak murid menyangkankan mereka mendapat semua.Namuj agihan corak telah dilakukan sang guru.Agar ketiadaannya kelak segala corak itu akan ditemucantumkan semula.Untuk melahirkan sebaik ganti peneraju dalam 100 tahun mendatang. Ketepikan sengketa kerana dimata seorang guru tiada seorang pun mampu menggalas tugas setelah pemergiannya kelak.Kini sengketa itu menyakitkan rohnya di alam barzakh sana. Telah khatam tarekat dan tasauf pada tangan guru.Namun inikah balasan padanya dari seorang murid. Barisan senior disebut sebagai pentadbir.Di ikuti kumpulan ke dua sebagai pengembang dan barisan bawah sebagai pejuang untuk mengembangkan lagi persatuan dan ilmu yang diturunkan. Semua punya aturan dan peranan.Tiga nama sebagai pentadbir dan patut dibantu oleh mereka yang seangkatannya. Seorang nama sebagai pengembang peringkat luar dan seorang pada peringkat lokal.Agihlah tugas dan jalankan amanah.Susun kumpulan.Nescaya tiada lagi sengketa dan persahabatan atas bantuan syaitan. Jangan izinkan syaitan kuasai diri dan persatuan. ILMU tinggi untuk panduan bukan untuk perseteruan. Jom.Kita mulakan.

Tuesday 5 September 2017

HEBATnya GURU

Di asahnya anak murid yang begitu ramai memenuhi ruang belakang rumahnya.Anaknya turut sama.Berpeluh berpeluk dalam permaianan seorang guru.Dialah ayah dialah guru. Bagi seorang guru tua itu.Tiada beza antara anaknya dan anak murid yang diasuh selama ini.Hatinya teguh agar anak anak itu disatu hatinya agar menjadi melayu. Melayu itu sikapnya..sopan dan gaya hidupnya ada rukunnya.pakaian melayu..bercakap bahasa melayu..dan adab melayu. Lembutnya budaya melayu bila berkata2 dia berlapik.Mendidik tidak memilih.Anak orang anak kita. Guru itu akhirnya pergi jua.Tertutup rapat matanya meninggalkan ribuan anak anak. Tergenang dimata anaknya yang sebilangan.Menahan dia sebak sekian lama.Manakan tidak sejak kecil gelanggang itulah tempat dia menerima benih langkah silat melayu. Bangga anak anak murid dan anaknya.Namun tuhan ambil jua dia daripada sekelian yang masih memerlukan guru tua itu.Pergilah..rehat dan damailah disana. Anak dan isteri mana yang rela seorang ayah terlepas begitu sahaja.Perit dan luka itu pasti pedih kembali.Ulanglah detik demi detik..kenangan demi kenangan sejak kau bergelar anak kecil..tiada upaya bagimu bersamanya lagi. Guru tua itu telah lama pergi.Anak anak masih disini.Berteleku..bertempik..berhibur libur.Adakah sama ingatan anak dan anak murid kepada mu wahai guru.Tentu sekali tidak akan pernah sama. Namun ingatan dan curahan seorang guru kepada anak murid dan anaknya kamu inginkan hak yang sama.Manakn begitu. Kasih di talian darah dan anak didik tidak akan pernah sama tarafnya. Dia telah pergi. 'Kamu belajar silat untuk apa..untuk kamu bergaduh?. Untuk kamu bertahan agar kamu tidak pernah kalah.Apabila kamu kuat kamu akan mencari musuhmu ..untuk kamu membuktikan bahawa kamu menang. Sehingga kini aku masih pegang dan beringat ingat dengan kata kata seorang guru itu. Di akhir kalam untuk menjadi insan tinggi dia mengajarkan. 'Rendahkan diri kamu ..kerana Allah menerima darjat hambanya yang fana kan dirinya sahaj.Apabila kamu menjadi hambanya..ketika itulah kamu mulia dalam pelukan tuhanmu yang esa'. Oh..begitu. Fatani itu dari sifat dan perkataan fatanah.CERDIK. Cerdik tanpa panduan iman dan tunduk pada nafsu akan hanya memenangkan syaitan seteru sebenar kamu. Ramai yang menadah kitab dari guru tua itu.Namun hikmahnya telah di ambilnya bersama..dibawanya pergi di hari kematiannya dulu. Tika ini hati hati anak anak itu telah hampir mati Dan akan mati.Kerana sedikit gelaran dan darjat untuk dipakaikan pada hati..segala ajaran guru terbuang sepi. Benarlah telinga ini menadah kata kata guru tua itu. 'Bila aku mati nanti..** akan pun akan mati'. Namun apakan daya.Aku hanya insan biasa. Al fatihah untukmu guru.

Jampi Dan petua tersengkang tulang ikan

..share dan luaskan. Besarnya nikmat islam dan hikmah dalam Quran. Ini petua dan jampi dari kalangan orang melayu turun temurun.Ini di ambil dari sebelah nenek saya.Semoga pahala berterusan untuknya. Ramai dikalangan kita tersengkang tulang ikan ketika makan bersama nasi.Di Pahang daerah Raub di sebut gesak tulang ikan. Ada yang ke klinik dan hospital untuk tujuan mengeluarkan tulang yang tersangkut dan tersengkang di tekak. Petua ini amat ampuh dan inshaAllah mujarab.Mudah untuk diamalkan.Amat berkesan. Caranya. Isikan air masak@putih ke dalam senduk.Sambil minum air dari dalam senduk tadi hendaklah berselawat dan telan air tersebut.Nescaya tulang yang melekat di tekak akan hilang @ terlepas. Satu cara lagi dengan minum sesudu madu lebah.Diminum sambil berselawat.Juga amat berkesan. Saya izinkan di amal dan disebarkan jampi dan oetua ini. Salam hormat.

Saturday 19 August 2017

santau

Suatu malam guruku bercerita perihal santau. Kisahnya ketika anak muridnya membuat demo silat di suatu daerah di Kedah. Ketika giliran pasukan daripada pasukan lain berada di tengah gelanggang.Empat ahli silat dari pasukan silat itu tiba2 jatuh bergelimpangan. 'Seperti ayam kena sembelih". Sambung rakan yang bersama kami sambil minum2 pada malam itu. Menurut sumber yang sahih,santau tersebut ditujukan kepada anak buah daripada persatuan yang diterajui guruku.Namun sebaliknya pula berlaku. Orang lain jadi mangsa. Kejadian beberapa tahun sebelum itu juga begitu.Anak kepada guru aku yaga berada di satu upacara perubatan.Bomoh tersebut terganggu dan upacara menurun tidak menjadi. Siapa yang BERAMAL sila keluar dari kawasan ini!! Setelah itu barulah segala upacara bomoh tadi menjadi. Ternyata beberapa amalan org dulu2 menjadi tepat pada waktunya tanpa dipinta. 'Ayat mana yg nak dipakai ...cikgu?" Soalku pada suatu ketika dulu. Kalau banyak sangat nak hafal tak terdaya juga.Setiap masalah ada ayatnya..setial musih ada muslihatnya..berguni2 ayat kena baca. akhirnya baru aku faham maksud ayat tidak memberi bekas.Cuma amalan perlu untuk mentauhid dan beramal.Amal akan datanglah hikmat.Belajar .berilmu dan beramal. Itu kata kunci yang sering disebut.Faham juga akhirnya bila beramal. Teringat aku ketika makan nasi di Tesco Kajang tengahari itu.Hampir segenggam kaca dalam pinggan aku. Cikgu hanya berkata..tukar nasi lain. Aku menurut.Dan cawan kaca berisi air minum juga rupanya telah sumbing. Kedai ini tak perihatin pasal pinggan dan cawan mereka yg dah rosak rupanya.Balasku sambil.minta tukar yang lain.

Tuesday 25 July 2017

Tak ingin aku Bersuka ria Lagi

Tapi aku juga x ingin menangis selamanya.Dimana harus aku mulakan dan dimana harus aku hentikan.Remuk hati bukan aku kecewa..bukan aku merana. Aku hanya inginkan TUHANku yang agung.Tiada tali hanya lah DIA. Namun aku insan lemah dikelilingi manusia durjana dan mulia.Aku harus mengorak langkahku sendiri walaupun longlai walaupun tersadung keletihan.Padanya aku serahkan agar dibawah arus yang lurus. Adakah aku zalim kpd mereka.Ya Bagi mereka aku memang zalim.Kerana Aku tidak menuruti jalan mereka.Aku punya jalan sendiri walau pahit harus ku gagahi. Hatiku berkata..bukan aku yang zalim..mereka menzalimi diri mereka sendiri.Aku lemas begini.Namun hidup pasti kuteruskan.Agar DIA bersamaku. Biarlah dunia ingin kata apa.nilailah sepuas hati kalian.Bawaklah fitnah dan sebarkanlah ia.Aku menanti disana untuk ku tuntutnya kelak. Ahli ku sendiri jauhkan diri kerana aku tidak tunduk pd mereka.Apakan daya.Aku tidak pernah paksa.Aku bawak mereka sejak hari pertama bersama..sejak hari pertama takdir mereka menjadi ahli keluarga..namun andai kalian tersadung..tersungkur..ketahuilah aku telah lakukan yg terbaik untuk dunia dan akhirat kalian. Andai aku bersalah aku mohon keampunan.Andai aku memaksa kalian..itu tanda aku sayang kalian.Aku tiada lain..hanya kerana DIA.Kerana itu aku yakin dan terus mara ikut hati dan rasa ini. Aku catatkan ini bukan utk tatapan kalian atau siapa jua.Aku hanya ingin lepaskan rasa Agar ia jadi saksiku disana kelak. YA ALLAH AMPUNI AKU AHLI KU matlamatku hanya MU.