Pages

Saturday 19 August 2017

santau

Suatu malam guruku bercerita perihal santau. Kisahnya ketika anak muridnya membuat demo silat di suatu daerah di Kedah. Ketika giliran pasukan daripada pasukan lain berada di tengah gelanggang.Empat ahli silat dari pasukan silat itu tiba2 jatuh bergelimpangan. 'Seperti ayam kena sembelih". Sambung rakan yang bersama kami sambil minum2 pada malam itu. Menurut sumber yang sahih,santau tersebut ditujukan kepada anak buah daripada persatuan yang diterajui guruku.Namun sebaliknya pula berlaku. Orang lain jadi mangsa. Kejadian beberapa tahun sebelum itu juga begitu.Anak kepada guru aku yaga berada di satu upacara perubatan.Bomoh tersebut terganggu dan upacara menurun tidak menjadi. Siapa yang BERAMAL sila keluar dari kawasan ini!! Setelah itu barulah segala upacara bomoh tadi menjadi. Ternyata beberapa amalan org dulu2 menjadi tepat pada waktunya tanpa dipinta. 'Ayat mana yg nak dipakai ...cikgu?" Soalku pada suatu ketika dulu. Kalau banyak sangat nak hafal tak terdaya juga.Setiap masalah ada ayatnya..setial musih ada muslihatnya..berguni2 ayat kena baca. akhirnya baru aku faham maksud ayat tidak memberi bekas.Cuma amalan perlu untuk mentauhid dan beramal.Amal akan datanglah hikmat.Belajar .berilmu dan beramal. Itu kata kunci yang sering disebut.Faham juga akhirnya bila beramal. Teringat aku ketika makan nasi di Tesco Kajang tengahari itu.Hampir segenggam kaca dalam pinggan aku. Cikgu hanya berkata..tukar nasi lain. Aku menurut.Dan cawan kaca berisi air minum juga rupanya telah sumbing. Kedai ini tak perihatin pasal pinggan dan cawan mereka yg dah rosak rupanya.Balasku sambil.minta tukar yang lain.