Pages

Sunday 10 September 2017

kuatkan tulang

Makan ketam 3 ekor sehari.rebus sehingga kulitnya merah.Bagi penghidap asma perlu di campur 3 titik cuka ke dalam rebusan tadi. Amalkan seminggu beberapa kali dpt menguatkan tulang.Untuk wanita yg mudah reput tulang amat sesuai. Selamat mencuba.

Saturday 9 September 2017

Hilang sudah SEGALAnya

Malam tadi .malam ke 27 mak pergi dan berehat di alam barzakh. Setiap kerja dan sedekah aku niatkan pahalanya untuk mak. Tak banyak jasa aku kepada mak yang membesarkan aku. Malam tadi aku mimpi jumpa mak berlari lari anak di suatu lorong.Dia seorang sahaja.Mak pakai baju merah jambu.Baju berbunga2.Baju tu aku dan isteri beli di Teluk Intan...mak yang mintak 2 tahun lepas. Aku berlari menghampiri mak..sempat pegang pegang belakang bahu kanan mal. Aku tanya mak nak kemana..dia tak jawab.Aku ikut berlari lari anak..aku tak terdaya nak ikut mak lari walaupun dia bergerak tidak lah laju sangat.. Aku terhenti...sempat aku lihat iras muka mak, sambil aku jerit perlahan kepada mak. "Nanti kita jumpa di syurga yer mak..". Ada sedikit cahaya 'mengharap' pada muka mak ketika aku berkata begitu. Aku terjaga dari tidur untuk solat subuh.Aku harap agar sering bermimpi lagi. Semoga kau ampuni dan jaga ibuku dengan rahmat kasih sayangmu ya Allah.Dia telah menjaga aku dengan kasih sayang seorang ibu sejak aku di dalam rahimnya sehingga pagi jumaat 18.08.2017 jam 3 pagi yang dingin. Sebahagian Jasad aku telah kau bawa pergi Maafkan aku yg Hina Ampun Aku dan ahli ku..ya Allah.

Ilmu Mengurus Seorang Guru

Ini kaedahnya.Siapa duduk dengannya amat faham cara ini.Beliau mentadbir ribuan ahli dengan mudah.Lawannya jadi kawan. Sebelum Dia pergi.Kerjanya tertumpu pada kertas dan tulisannya. Beberapa nama di sebut untuk MENTADBIR persatuan.Ada a untuk mengepalai PENGEMBANGAN.Ada nama yang disebut untuk menjadi tempat rujukan dan guru. Beliau merasakan untuk seorang menjadi perfect dalam banyak perkara sepertinya, mustahil untuk dilahirkan pada masa ini.Jika ada pun seratus tahun lagi. Dia mencurahkan ilmu dalam pelbagai gaya.Di agih ikut kesesuaian penerima.Anak murid menyangkankan mereka mendapat semua.Namuj agihan corak telah dilakukan sang guru.Agar ketiadaannya kelak segala corak itu akan ditemucantumkan semula.Untuk melahirkan sebaik ganti peneraju dalam 100 tahun mendatang. Ketepikan sengketa kerana dimata seorang guru tiada seorang pun mampu menggalas tugas setelah pemergiannya kelak.Kini sengketa itu menyakitkan rohnya di alam barzakh sana. Telah khatam tarekat dan tasauf pada tangan guru.Namun inikah balasan padanya dari seorang murid. Barisan senior disebut sebagai pentadbir.Di ikuti kumpulan ke dua sebagai pengembang dan barisan bawah sebagai pejuang untuk mengembangkan lagi persatuan dan ilmu yang diturunkan. Semua punya aturan dan peranan.Tiga nama sebagai pentadbir dan patut dibantu oleh mereka yang seangkatannya. Seorang nama sebagai pengembang peringkat luar dan seorang pada peringkat lokal.Agihlah tugas dan jalankan amanah.Susun kumpulan.Nescaya tiada lagi sengketa dan persahabatan atas bantuan syaitan. Jangan izinkan syaitan kuasai diri dan persatuan. ILMU tinggi untuk panduan bukan untuk perseteruan. Jom.Kita mulakan.

Tuesday 5 September 2017

HEBATnya GURU

Di asahnya anak murid yang begitu ramai memenuhi ruang belakang rumahnya.Anaknya turut sama.Berpeluh berpeluk dalam permaianan seorang guru.Dialah ayah dialah guru. Bagi seorang guru tua itu.Tiada beza antara anaknya dan anak murid yang diasuh selama ini.Hatinya teguh agar anak anak itu disatu hatinya agar menjadi melayu. Melayu itu sikapnya..sopan dan gaya hidupnya ada rukunnya.pakaian melayu..bercakap bahasa melayu..dan adab melayu. Lembutnya budaya melayu bila berkata2 dia berlapik.Mendidik tidak memilih.Anak orang anak kita. Guru itu akhirnya pergi jua.Tertutup rapat matanya meninggalkan ribuan anak anak. Tergenang dimata anaknya yang sebilangan.Menahan dia sebak sekian lama.Manakan tidak sejak kecil gelanggang itulah tempat dia menerima benih langkah silat melayu. Bangga anak anak murid dan anaknya.Namun tuhan ambil jua dia daripada sekelian yang masih memerlukan guru tua itu.Pergilah..rehat dan damailah disana. Anak dan isteri mana yang rela seorang ayah terlepas begitu sahaja.Perit dan luka itu pasti pedih kembali.Ulanglah detik demi detik..kenangan demi kenangan sejak kau bergelar anak kecil..tiada upaya bagimu bersamanya lagi. Guru tua itu telah lama pergi.Anak anak masih disini.Berteleku..bertempik..berhibur libur.Adakah sama ingatan anak dan anak murid kepada mu wahai guru.Tentu sekali tidak akan pernah sama. Namun ingatan dan curahan seorang guru kepada anak murid dan anaknya kamu inginkan hak yang sama.Manakn begitu. Kasih di talian darah dan anak didik tidak akan pernah sama tarafnya. Dia telah pergi. 'Kamu belajar silat untuk apa..untuk kamu bergaduh?. Untuk kamu bertahan agar kamu tidak pernah kalah.Apabila kamu kuat kamu akan mencari musuhmu ..untuk kamu membuktikan bahawa kamu menang. Sehingga kini aku masih pegang dan beringat ingat dengan kata kata seorang guru itu. Di akhir kalam untuk menjadi insan tinggi dia mengajarkan. 'Rendahkan diri kamu ..kerana Allah menerima darjat hambanya yang fana kan dirinya sahaj.Apabila kamu menjadi hambanya..ketika itulah kamu mulia dalam pelukan tuhanmu yang esa'. Oh..begitu. Fatani itu dari sifat dan perkataan fatanah.CERDIK. Cerdik tanpa panduan iman dan tunduk pada nafsu akan hanya memenangkan syaitan seteru sebenar kamu. Ramai yang menadah kitab dari guru tua itu.Namun hikmahnya telah di ambilnya bersama..dibawanya pergi di hari kematiannya dulu. Tika ini hati hati anak anak itu telah hampir mati Dan akan mati.Kerana sedikit gelaran dan darjat untuk dipakaikan pada hati..segala ajaran guru terbuang sepi. Benarlah telinga ini menadah kata kata guru tua itu. 'Bila aku mati nanti..** akan pun akan mati'. Namun apakan daya.Aku hanya insan biasa. Al fatihah untukmu guru.

Jampi Dan petua tersengkang tulang ikan

..share dan luaskan. Besarnya nikmat islam dan hikmah dalam Quran. Ini petua dan jampi dari kalangan orang melayu turun temurun.Ini di ambil dari sebelah nenek saya.Semoga pahala berterusan untuknya. Ramai dikalangan kita tersengkang tulang ikan ketika makan bersama nasi.Di Pahang daerah Raub di sebut gesak tulang ikan. Ada yang ke klinik dan hospital untuk tujuan mengeluarkan tulang yang tersangkut dan tersengkang di tekak. Petua ini amat ampuh dan inshaAllah mujarab.Mudah untuk diamalkan.Amat berkesan. Caranya. Isikan air masak@putih ke dalam senduk.Sambil minum air dari dalam senduk tadi hendaklah berselawat dan telan air tersebut.Nescaya tulang yang melekat di tekak akan hilang @ terlepas. Satu cara lagi dengan minum sesudu madu lebah.Diminum sambil berselawat.Juga amat berkesan. Saya izinkan di amal dan disebarkan jampi dan oetua ini. Salam hormat.

Saturday 19 August 2017

santau

Suatu malam guruku bercerita perihal santau. Kisahnya ketika anak muridnya membuat demo silat di suatu daerah di Kedah. Ketika giliran pasukan daripada pasukan lain berada di tengah gelanggang.Empat ahli silat dari pasukan silat itu tiba2 jatuh bergelimpangan. 'Seperti ayam kena sembelih". Sambung rakan yang bersama kami sambil minum2 pada malam itu. Menurut sumber yang sahih,santau tersebut ditujukan kepada anak buah daripada persatuan yang diterajui guruku.Namun sebaliknya pula berlaku. Orang lain jadi mangsa. Kejadian beberapa tahun sebelum itu juga begitu.Anak kepada guru aku yaga berada di satu upacara perubatan.Bomoh tersebut terganggu dan upacara menurun tidak menjadi. Siapa yang BERAMAL sila keluar dari kawasan ini!! Setelah itu barulah segala upacara bomoh tadi menjadi. Ternyata beberapa amalan org dulu2 menjadi tepat pada waktunya tanpa dipinta. 'Ayat mana yg nak dipakai ...cikgu?" Soalku pada suatu ketika dulu. Kalau banyak sangat nak hafal tak terdaya juga.Setiap masalah ada ayatnya..setial musih ada muslihatnya..berguni2 ayat kena baca. akhirnya baru aku faham maksud ayat tidak memberi bekas.Cuma amalan perlu untuk mentauhid dan beramal.Amal akan datanglah hikmat.Belajar .berilmu dan beramal. Itu kata kunci yang sering disebut.Faham juga akhirnya bila beramal. Teringat aku ketika makan nasi di Tesco Kajang tengahari itu.Hampir segenggam kaca dalam pinggan aku. Cikgu hanya berkata..tukar nasi lain. Aku menurut.Dan cawan kaca berisi air minum juga rupanya telah sumbing. Kedai ini tak perihatin pasal pinggan dan cawan mereka yg dah rosak rupanya.Balasku sambil.minta tukar yang lain.

Tuesday 25 July 2017

Tak ingin aku Bersuka ria Lagi

Tapi aku juga x ingin menangis selamanya.Dimana harus aku mulakan dan dimana harus aku hentikan.Remuk hati bukan aku kecewa..bukan aku merana. Aku hanya inginkan TUHANku yang agung.Tiada tali hanya lah DIA. Namun aku insan lemah dikelilingi manusia durjana dan mulia.Aku harus mengorak langkahku sendiri walaupun longlai walaupun tersadung keletihan.Padanya aku serahkan agar dibawah arus yang lurus. Adakah aku zalim kpd mereka.Ya Bagi mereka aku memang zalim.Kerana Aku tidak menuruti jalan mereka.Aku punya jalan sendiri walau pahit harus ku gagahi. Hatiku berkata..bukan aku yang zalim..mereka menzalimi diri mereka sendiri.Aku lemas begini.Namun hidup pasti kuteruskan.Agar DIA bersamaku. Biarlah dunia ingin kata apa.nilailah sepuas hati kalian.Bawaklah fitnah dan sebarkanlah ia.Aku menanti disana untuk ku tuntutnya kelak. Ahli ku sendiri jauhkan diri kerana aku tidak tunduk pd mereka.Apakan daya.Aku tidak pernah paksa.Aku bawak mereka sejak hari pertama bersama..sejak hari pertama takdir mereka menjadi ahli keluarga..namun andai kalian tersadung..tersungkur..ketahuilah aku telah lakukan yg terbaik untuk dunia dan akhirat kalian. Andai aku bersalah aku mohon keampunan.Andai aku memaksa kalian..itu tanda aku sayang kalian.Aku tiada lain..hanya kerana DIA.Kerana itu aku yakin dan terus mara ikut hati dan rasa ini. Aku catatkan ini bukan utk tatapan kalian atau siapa jua.Aku hanya ingin lepaskan rasa Agar ia jadi saksiku disana kelak. YA ALLAH AMPUNI AKU AHLI KU matlamatku hanya MU.

Sunday 11 June 2017

Guru yg tawadhuk.Sambungan rahsia ibu gayung.

... Maaf lewat sambung kisah ibu gayung dan main pulut. Ramai yg anggap mereka juga bersilat dan berpulut.Padahal pulut itu dimainkan atas sebab musabab yg terancang.Ada sejarahnya.Sejarah yg bermula di Melaka. 'Tergayang2 tangan dan kaki..boleh tendang terajang..tumbuk dan berkuda2..itu dah dikira silat, mana betul tu". Guru tua itu bersuara bila lihat pandai pandai yg tua muda menggayakan silat.Tari terkinja kinja bergurau senda dikatakan main pulut. "Pulut ada makna dlm gerak dan guraunya..Adab mainnya berlapik.Dilihat yg arif dan org lama nanti malu.Apatah lagi dimainkan oleh org lama".sambung seorang guru tua. Kalau dah faham lapis gerak dan makna dlm gerak barulah belajar yg kasar..keras dan ilmu kuat.Silat ni pakai masa muda dan tua.Kalau dah tua nak terbang macamana..nak hambur lompat 2 org pun x lepas... Dah dapat hadam gerak lembut dlm keras..keras dan laju jadi lembut bila dah faham asal usul gerak.Belajar amal dan perhati dgn hati bersih..dptlah ibunya. "IBU gayung xda pd barang lain.Ia disimpan dlm pulut.Kalau pulut tiru2..mana ada ibu dlmnya...ibu gayung dlm hal kebatinan duduk dlm kerohanian..bersangkut dengan ketuhanan.Faham..iman..amal dan hikmat bersilang kait". Dlm bab ini..ibu gayungnya boleh amal..belum tentu dapat dan menjadi.Ia anugerah Allah sahaja.Tapi dlm silat@ bergayung semua org boleh belajar..boleh menjadi..x kira tua muda..islam..kafir..melayu dan bukan.Ia gerak fizikal.Tahu rahsianya..pandai dan celik hati..gerak asal.hadam..usul kejadian gerak di kuasai..tinggilah tahap kefahamannya.Barulah ibu gayung dapat bersarang dlm sesebuah mainan. Main silat dan pulut gerak tahap tinggi kena berguru..kena turun tangan guru..bukan boleh rakam video dan balik...lepas itu tiru. Rahsia dan falsafah geraknya mesti di syarahkan.Baru faham.Dah faham buat dan amal.Baru keluar hikmah.Itu hukumnya. Kami nganga jer dengar dan cuba hadam.Sampai.tamat x hadam2.Begitu rupanya. Hikmah datang dan pandai datang bila kamu jadi guru.Ajar murid yg baik dgn betul.Silap salah muris mu akan jadi ilmu baru bagimu.Jadi hikmah yg Allah turunkan pada kamu.Guru x dpt turunkan hikmah..ada masanya murid dapat..guru belum bertemu hikmah.Ibu gayung juga begitu.Ia berumah dan duduk pd tempat yg elok...pada org yg elok2 sahaja. Huh.Betullah...jangan berhenti membiarkan air mengalir..ia akan tersekat dan berbau.Alirkan...hak yg benar akan sampai kpd yg berhak. Bila kita faham...nak dapat ibu.kena berguru.berGuru pula pd yg faham ...biarpun dia seorang yg dhaif rupa..dhaif harta..dhaif dan hina pd mata manusia..kerana dhaif dunia itu tanda matilah segala rasa ber'ada'. Kerana selagi rasa diri 'ada'...tiada dipandang dan ditelek hati oleh maha penciptanya.Dhaif dunia ..fanalah segala...timbullah yg hak sahaja dipakai pd diri seorang hamba...setelah jadi hamba...diterima dan diberi kepadanya segala yg sepatutnya ada pada seorang hamba.. Maka fahamlah kita.Segala ibu itu duduk pd yg tahu sahaja.Guru punca tahu itu..harus dicari dan diburu..agar faham dan amal yg tidak merugikan.. Al fatihah utk tuan Guru Cikgu ANUAR WAHAB. ....catatan hamba...kpd guruku..aku yg hina.Aku akan menyusulmu.Semoga guru dipayungi bersama para nabi dan syuhada.Rindu kami pd mu..agar kembali berjiran di jannah.ALLAHUAKHBAR...

Saturday 10 June 2017

Rezeki ...cara terkini.Berniaga

...sejak sekian lama nak kongsi hal ni.Masa dan mood x dpt lagi.Pagi ni ia datang.sempat tulis mana yg boleh.Jadi laa.. Sejak sekolah lagi aku rasa dan lalui pelbagai zaman.Rasa suka duka dlm susang senang.Bahagia derita dan sihat sakit. ALLAH bagi utk kita belajar jadi matang.Dewasa. Cuma terpulang pd kita nak ambil dari sudut mana.Positif dan negatif saling berkawan dan berpasang2. Aku nak kongsi tips mudah dalam melayari satu dpd segmen hidup yg rencam ni.Jok kita kongsi kisah ekonomi.Al maklumlah ni tahun 2017...sedang gawat sejak 3 tahun lalu. Sebelum gawat aku dah dpt maklumat pasal ekonomi akan jatuh.3 tahun sebelumnya.Aku ikuti tulisan pakar2 dunia.Robert kiyosaki..manusia yg pelik ni berfikir dan bertindaj terbalik.Korang bacalah buku2 dan tulisannya. Sejak dewasa aku dh bertemu 3 kali saat genting ekonomi menjunam.Tiap kali tu aku masih selamat.Cuma od tahun 1998 agak terjejas sebab xda experien. Jom kita kongsi tips ni. Rasanya masih ramai yg punyai kampung kan?sering balik kg.kenal ramai org kg sendiri..xpun kg kawan2. Seeloknya kenal rapat dengan diorang.Di kg ada musim2 buah..bekalan sayur segar dan ikan sungai juga laut.Udang ..kambing lembu juga banyak. Nampak x apa yg aku nampak sekarang? Aku sejak dulu kenal rapat dan tau hasil mahsul kg yg boleh dipasarkan.Eh xkan nak jual benda2 ni..malu lah..nak kerja lagi..nak jual lagi..nanti org nampak kita mcm xda duit.. Mcm nak minta duit kat org..padahal kita berniaga.Halangan paling besar dlm berjual beli.ialah MALU...dah pulak kalau kita dah banyak duit dan hensem@lawa. Nak jaga status.Nanti kwn2 jumpa kita niaga kat tepi jalan.Kaki lima.. Ok..baca baik2!! Masa kita kerja ...tau x siapa kawan dan bos kita? Tau tapi x kenal betul2.sebab dia duk atas..dia bos kita..kita pekerja..taat dan ikut arahan dia jer..dah pulak kalau toke kita tu cina..langsung x kenal banyak. TOKEY yg bagus akan bezakan tahap bos dan kuli.Kita cukuplah dpt pangkat diberinya..dpt kerja dan gaji.Setahun sekali dpt bonus. elaun itu ini boleh beli kereta dan rumah.Dah tua pencen jadi jaga..jaga cucu dan yg byk duit melancong.Kita pencen org lain ganti tugas tadi.Dpt gaji lagi. 1 org tokey bayar gaji ramai pekerja.Tokey melayu kuli melayu..tokey cina kuli melayu..jarang2 jumoa tokey melayu kuli cina. ok...aku nak street cerita bagaimana nak buat duit dan payah nak susah masa ramai org susah.Tapi x boleh cerita semua segi..xdan tulis..lainkali pulak. Macam ni.Time balik kg sambil balik bandar nak kerja tu tanya2 harga barang kat kg..compare dgn pasar kat taman kita duduk..x beli dan x jual pun.Esok time balik kg tgk2 barang kat hypermarket..buat mcm tu pulak..lama2 idea akan cambah camana nak berjual beli.Sambil balik@ berjalan mkn angin dpt idea..lama2 dpt duit dan dpt untung.Ada beza...sebab berniaga bukan shj nak untung...kalau kita bniaga nak cari rakan..kenal ramai org..kita akan senang suatu hari nanti.Banyak cable dlm poket kita..semua jalan jd mudah..disitu kita akan kebal dpd malu..sebab kita niaga tepi jalan jual durian..dlm masa tu kita dpt duit..dpt experien..dpt kenal tuan DO..kenal yb..kenal pegawai polis..Dr..cikgu..kenal awek..kenal jodoh dan kenal peniaga lain..untung x? Kalu jadi cikgu ...kenal anak murid dan parent je..lmbat dpt kawan ramai...niaga tepi jln kenal mcm2 ragam manusia..dpt lubang dan kawan. so..sekarang dah paham macamana nak bina kerangka pemikiran yg sgt2 simpel..? akhirnya otak separug sedar kita akan fokus kpd seronoknya berniaga..mula dpd zero. kita ada phd..ijazah..diploma..ramai org pon mcm kita.Lagi pandai kita lagi tinggi gaji..lagi banyak kerja dan tugas diberi kpd kita..tokey kita sekolah abis spm jer..cuba tanya anak kita...siapa pandai.Tokey ke kita? Kalau kita rasa kita pandai kita kena jadi tokey.Bukan duduk bawah mereka yg gunakan kita. ok lah.Jangan terasa.Sebab kita ada alasan.Modal..tempat..lesen..barang..sokongan bini dan awek..malu mak marah ..jaga maruah dll.. Caranya...dengan ubah cara dan kerangka pemikiran kita..semua jadi mudah.Nak dpat semua ni kena ada kawan2 peniaga..usahawan dan org yg nak serta sanggup share semua hal@rahsia..baru boleh capai sebagaimana mereka capai... caranya... mudah... cari kawan.. cari ilmu...cari peluang... semua ni boleh dpt dr org yg baik2 jer...org yg hidup utk mati..yg ada bertuhan...kalau x baik sgt dan alim sgt pon..tapi sekurang yg jaga solat 5 waktu...yg x sayang utk sedekah jariah..dan yg CUBA utk tidak langgar syarak... carilah org2 ni..insyaAllah dunia dan isinya milik anda.Jangan lihat pd kulit... kalau kulit..org cina lagi x cantik..seluar pendek..x pndai english(pelat) ..selipar biasa2...tapi lihat aset dan bisnes mereka.. jom fikir3..jom jelajahi corak pemikiran org2 hebat spt Nabi S.a.w.dan para sahabat... TQ..nt sambung lagi erk..

Monday 17 April 2017

Petua nak Kaya dan Berjaya..di Jamin 100%

Aki tidak mahu cerita pasal bangsa lain.Aki nak sentuh bangsa Melayu.Dikatakan bangsa ini keturunan @ anak Katurah.Nasab nabi Ibrahim. Rupanya bangsa Melayu terpilih.Alhamdulillah.Gen yang kukuh sebelah nabi yang hebat.Manusia pilihan Allah.Kerana ituah bangsa melayu payah nak dipesongkan akidahnya.Benda lain tidak menjadi masalah.Jangan kata melayu kafir sudahlah.Mengamuk dia. MELAYU BAIK. Ramai yang marah apabila aki posting kat fb pasal hanya 17% orang Malaysia solat penuh 5 waktu sehari semalam.Termasuklah melayu.Dan ulamak dah kira hanya seorang daripada 1000 orang di dunia hari ini yang dapat masuk syurga.Nisbah manusia zaman ini! Aki nak bicara pasal kebaikan orang melayu.Ramai yang cakap. 'Baiknya anak engkau yer Timah" Puji jiran Timah. "Tunang anak awak tu sporting betul yer" puji Pak Akob. Kerajinan orang melayu dimajlis kenduri kendara juga amat memberansangkan.Kerja dua hari dua malam tanpa henti..tanpa solat walaupun satu waktu. Solat kadang2 semasa susah.Puasanya penuh.Sedekahnya banyak.Zakat tebal resitnya.Adab dan budayanya lemah lembut.Amat menarik untuk dikaji.Namun tabung dan tiang tiada. Nabi s.a.w dah nyatakan... Perkara pertama yang dihisab dan dilihat kelak ialah solatnya.Andai sempurna dan elok solatnya..akan eloklah amalan lainnya. Maknanya..kalau solat tidak sempurna..tidak solat..solat kadang2 bila suka..bila ada mood baik.. Maknanya tiadalah terpakai lain lain amalan tadi.Puasa ..zakat..sedekah..tolong orang..baca quran..zikir dll tiada nilai. Malang sungguh.Berapa ramai bangsa melayu begini.Adik beradik anak beranak serumah.Ditegur masam muka.Nak solat pun malu.Duduk dikalangan orang yg tidak solat amat seksa. Anak solat mak tidak.Ayah solat isteri tidak.Atuk solat mak tidak.cucu solat atuk tidak. Naik kereta sama2 ..makan sama2..berhenti di RnR solat...boleh kawan2 tgk sahaj ..tak solat.Ini biasa.. Seorang ulamak pernah cakap..apabila mak ayah ..adik beradik..saudara mati kelak..di buat tahlil dan baca quran.Nak bagi pahala kpd si mati di dalam kubur.Tapi bagi orang yang tidak solat...mereka tidak dapat@ tidak sampai pahala itu kepada mereka.Malang sungguh.Habis juga seribu dua buat makan kenduri tahlil..anak cucu riuh rendah makan makan sedap.Majlis bersuka ria..malam pertama tahlil arwah sahaja malam sedih..hari lainnya kenduri pesta makan dan riang ria anak cucu. Aki nak ajaklah rakan2.Baca dan ulang baca.Bagi paham.Nekad untuk jaga solat sehingga timbul rasa bersalah dan tak sedap badan bila tak solat.Baiki amalan harian.Solat dan doa sungguh2 sampai dapat tumpu 100%. Inilah rahsia kejayaan.Orang x solat..walau nampak kaya..bahagia dan bergaya.Mereka sebenarnya gelisah..kosong hati dan hidup lintang pukang.Penuh masalah.Kalau bukan masa muda atau remaja...saat susah itu akan sampai ketika tua kelak. Kes hidup sensara dan sakit pelik2 timbul ketika tua.Hidup merana di akhir usia. Jom ..mula hari ni..kita buat buat solat..slow slow...yang dah solat penuh baguslah.Tambah amalan lain banyak2.Sedekah setiap pagi petang..baca quran dan banyak zikir..istifar dan doa ..solat malam dan puasa..doa sungguh2.. Allah beri cash ..segera..cepat..kalau x percaya ..kena juga percaya..buat lah..lihat hasilnya.. DOAKAN agar aki dan bangsa aki terus dapat istiqomah dalam iman dan beramal.Amin

Tuesday 14 February 2017

Petua Berhentikan Anak kecil Menyusu Badan Ibu.

Anak @ bayi menyusu sejak lahir.Digalak menyusu badan sehingga umur 2 tahun@ 2 tahun 6 bulan. Namun menjadi masalah pulak apabila usia bayi menjangkau 3 tahun..4 tahun malah 5 tahun masih menyusu badan lagi. Ini namanya ketagih menyusu.Bermasalah bagi ibu yang bekerja dan kurang air susu.Juga kurang elok bagi bayi. Salah satu kaedah mudah diguna orang melayu ialah dengan menyapukan sedikit air@getah dari pokok akar patawali ke puting susu ibu.Biarkan bayi menyusu selepas itu. NAMUN harus kita ketahui rasa pahit akar kayu itu akan melekat lama pd puting susu dan mulut bayi.Biasanya bayi serik untuk menyusu lagi. Kesannya dibimbangi bayi akan rasa takut untuk makan makanan lain. .................................................... kaedah ke 2..selalu saya amalkan. Ambilkan pucuk daun sungkai.Sejenis pokok yang sering digunakan untuk buat tiang pagar di kg2.Bahagian pucuk yang paling muda berbentuk sikat. Ketika mengambil pucuk kayu ini hendaklah dengan kaedah ini... "Asalamualaikum ya nabi ilyas..aku mohon untuk mengambil pucuk ini bagi tujuan ubat anak @putus susu"....perbuatan sambil memetik daun tadi hendaklah sambil memalingkan muka ke belakang...mimik muka seakan sgt benci.Bawa pulang dan tanpa toleh belakang lagi. oporkan daun tadi di tapak tangan dan sapu pada puting susu ibu.Biarkan bayi tadi terus menyusu... INSHAALLAH...bayi akan berasa benci untuk menyusu. Yang menghairankan..kadang2 bayi berpaling seakan2 benci amat sangat kpd puting susu tadi..ini antara pengalaman mereka yg telah saya temui setelah mengamalkan petua ini. Cuma...kalau dapat seboleh2nya ambil pucuk sungkai daripada pokok yg dijadikan turus pagar. Selamat mncuba.sy izinkan #share

Sunday 12 February 2017

Punca Lelaki Dingin..Curang dan Ceraikan isteri

..sering orang tua pesan. "Jaga makan pakai laki engkau tu..jaga tempat tidurnya" Cakapnya jangan di bantah.Jaga badan...luar dalam". Dek kerana ramai yang dah mcm2.Malam ni saya nak cerita dan beri jawapan pd yg tak reti2 ..yang tak paham paham..tanya tanya..ajar ajar..ulang ulang benda yang sama. Tak apa lah.Lepas ni dah tau..gasak lah engkorang.Tak kuasa nak beritahu dah. Cuba perati elok elok.Masa engkorang belum kawin dan baru baru kawin. Ada bini engkorang bangun lewat dan muka serabut? Ada tidur tak basuh muka tak gosok gigi?tak ada kan??? Masa kenal bercinta nak dia jalan jauh jauh ..siap lambat lambat nak dating?tak de kan... Masa baru kawin ada dia bangun lewat..dia bangun awal kan? Nak siapkan sarapan..nak jadi bini misalan.SEDAP ..memang laki akan kata sedap..sebab baru kawin..masak papan dinding rumah pun sedap.Ambik sekeping buat sop papan...huh sedap..laki makan siap tambah. Masa awal kenal ..bercinta..ada pompuan tanya macam ni.. " nak makan apa..?..sekang jam berapa?..nak pegi mana ni?". Diorang akan tanya macam ni.. "Awak..nak makan apa?" "Man...cakap lah..nak makan apa?" "Yang..nak makan apa?". SIAP ada panggil na lagi kat depan ayat tanya tu..pandai bahasa melayu..nahu lulus A. Bila dah jadi bini lepas 6 bulan...erk erk.. "Marilah ...makan.." " cepatlah...sikit..makan pun lambat..nak sidai baju lagi ni ha.." "Makanan dah siap..kat bawah saji...nak siap kan anak dulu ni ha..". Ni.kes lepas as anak.. Dah lah bercakap x panggil nama macam bercinta...macam baru kawin... Cakap pun sambil pandang dinding...sambil basuh berak anak!!! Siang malam berkemban..bau bawang belacan budu jangan cakap lah... Muka macam hantu lepas beranak.Hantu penanggal pun takut..cabut lari kalau datang rumah tu. Nak kabor lah kat orang pempuan ni...laki korang tak kisah sebenarnya kalau masak tak sedap..pagi pagi tu pantang betul bagi seorang lelaki.. Bila bini BANGUN LEWAT dari dia. Paham..BANGUN LEWAT.... laki korang bangun awal.!!! Kalau nak tengok spesis ni ..mudah jer... Tengok kat kedai2 kopi teh.. Berapa ramai jantan laki orang minum di situ .. Mamak jadi bini diorang.Lagi sedap.Order siap sampai dalam 2 minit.Kalau di rumah..pagi2 dah lah macam hantu kubur baru bangun...nak jerang air..masuk tandas..masuk bilik mandi..dah pulak x mandi.. Sebenarnya laki laki minum kedai sebab nak tunjuk merajuk dan bantahan... Nak unjuk rasa menyampah pada bini.Lewat bangun pagi adalah sebagai satu tanda tidak hormat laki.Paham!!! Makin lama..makin kerap..akhirnya jadi biasa....biasa minum kedai kopi..pagi2 wasap kawan ajak minum...malas nak amik tau hal bini makan ke ..tak makan ke kat rumah. ITU tanda protes. AKHIRnya bini meradang...berbunyi lah pulak. "Awak ni..asyik lebihkan kawan jer..pagi malam makan minum dengan kawan". Bla bla bla...lastly..laki korang malas nak layan...nak ajak borak pun malas... Hari cuti...ambik cuti..cari kawan . bawak pancing...ini 2nd step..Protes yg makin besar!!! Bukan memancing sangat pun.Yang main golf..main badminton malam2 buta...main futsal. Bini nganga gelak2 sorang...menangis sorang2 depan tv layan drama.Tak perasan lagi pasal perubahan laki..sebab jahil!! BILA laki dah ada teman wasap perempuan lain..baru nak salahkan laki.Dah lambat bro...laki kalau dah jumpa simpang lain..dah dapat port...tak payah pujuk lah... sorry... Laki slowly akan balik rumah lewat malam.Kurang bercakap.Kalau bercakap dgn bini..nanti banyak gaduh pulak..ini dah fasa bahaya...bahaya!!! FAHAM? Lagi satu nak beritahu...pantang laki laki..bila bini TIDUR awal dpd dia... ALASAN bini... LETIH TERTIDUR TIDURKAN ANAK TIDUR NANTI HIDUP BALIK LIPAT BAJU PITAM.. bla bla bla Ini benda yang amat biasa berlaku...susah nak katalah.Engkoranf cuma perlu ingat jer lah..masa mula baru kenal..baru cinta..baru kawin..ada jadi macam ni? Chating larut malam. " I tak ngantuk lagi lah" "Tak apa...kalau u tak boleh tidur.I temankan U". "Kalau u boring..kol lah I..x kira jam berape pun i layan u". Pooddahh. Hahhh...sekali aki berleter..tak ingat dunia ek Bukan apa.Boringlah asik nak bagi nasihat jer..sorang sorang btau benda sama.Jiwa pun kacau.Banyak lah lagi ...tapi cukup lah..yang lain engkorang tambah lah sendiri... lepas baca ni...engkorang suruh bini bini..bakal bini dan janda2 korang baca blog ni.Biar jangan ulang lagi. Benda simple jer.Kalau jaga dua benda ni.. insyaAllah selamat lah.. INI pesan org tua tua dulu...banyak lagi lah..nanti kita cerita cerita lagi ek ..

Wednesday 8 February 2017

Tanah nak jual

Ekonomi terus down.Kata pakar ini lah masanya untuk menjual aset beku bagi menjana modal pusingan.Walaupun harga rendah tapi terpaksa.Itu dalam kaedah untuk selamatkan bisnes. Tapi seeloknya jual masa ekonomi baik dan bukan masa terdesak.Harga boleh jual tinggi.Untuk dapat untung dan cash lebih banyak.Keduanya boleh digunakan. Siapa nak detail wasap jer 0192004008.

Sunday 5 February 2017

Baca surah al-Qadri bagi menghindari zina

Zaman terkini.Akhir zaman,kata para alim. Anggaplah ini satu sedekah.Moga diamalkan.Dipanjangkan. Saya kutip dari tulisan mendidik anak soleh. Disamping usaha dan ikhtiar pendidikan terdapat juga usaha dan doa.Amalan untuk menjauhi anak2 terjebak dengan zina. Dalam kitab 'Hasyiah al-Bajuri'.Kata pengarangnya.. "Adalah sunat dibacakan surah inna anzalnahu (surah al qadri) di telinga kanan bayi, kerana sesungguhnya sesiapa melakukan demikian akan Allah pelihara bayi tersebut daripada maksiat zina sepanjang umurnya". Amalan ini dilakukan selepas azankan anaknya.Ataupun dijadikan wirid bacaan para ibu ketika menyusukan anaknya.

Saturday 4 February 2017

KERAMBIT

Kebelakangan ni ramai cerita bab main kerambit.Besar besar panjang lawinya. Orang barat dan timur semua dah pandai tunjuk skill.Dulu dulu kerambit jadi senjata yang paling payah kita jumpa dan dipamerkan permainannya.Sekarang dah macam pertandingan seni solo senjata...kerambit. Kalau saya kata semua teknik main dan rukun mainnya itu SALAH!! Pasti ramai yang tak puas hati.Sebab nampak sangat hebat dalam video tu. Sebenarnya seni kerambit yang sebenar BUKAN yang itu. Ia mesti ada sifat lawinya. Ia mesti ada ukurnya. Ia mesti ada tempatnya. Bukan semua gerak berbuah. Bukan semua buah bergerak. Kerambit makan tak bermata Mata buta naluri merasa. ...cerdikpandai melayu yg kata..

Thursday 2 February 2017

GURU...SILAT pulut dan Ibu Gayung

....Hari ni Jumaat.Sebentar lagi saya pulang ke Raub setelah 4 malam temani anak saya diwad HoSAS. ..Sebelum pulang, saya nak kongsi cerita bagaimana suatu ketika di utara tanahair.Berlaku di sempadan negara. "Saya tak buat apa2 pun.Saya baca apa tadi yer...cikgu ***?" Cikgu kembali diam setelah anak muridnya tadi tidak menjawab.Di tenung dan renung dalam2.Moga tidak tergelicir.....tidak juga retak nafsu nya yang sering menyakat. Allahu...Allah.Cikgu tarik nafas dalam2..dilepasnya perlahan beserta percikan peluh sepi.Meremang dan bergetar liang roma. Anak muridnya yang senior itu masih sepi.Sesepi khalayak yang memenuhi rumah kayu lama itu.Malam menjengah pagi. Jam 12.00 cikgu di jemput ke sebuah rumah.Usai urusan silat di sebuah daerah. "Cikgu....minta hadir juga..walaupun sebentar...lama telah kami nantikan kelibat cikgu...bantu mana mana yang cikgu boleh". Melutut simpuh hormat seseorang.Sugul di malam hening itu.Sanggup menunggu mengharap sesuatu. Saya diberitakan. Di sebuah rumah ...seseorang yang telah lama terlantar atas mengkuang.Tdak makan minum malah berganjak tidak..telah sekian lama tubuh sekujur itu berteman lantai.Mata tidak mengenal bumbung.Telinga hanya untuknya...mungkin.Mulut tiada mutiara buat rindu anak waris. Di beritakan telah ramai yang berikhtiar untuk mengubat jasad terbaring lesu itu.Di khabar kan seorang yang paling dikenali dalam perubatan islam tanahair juga turut mencuba ikhtiar.Namun belum berhasil. Puluhan mata menantikan. Cikgu rapat ke sisi tubuh yang terbujur.Kosong dan tiada apa apa dalam benaknya.Tiada ikhtiar untuk aku menolong mu.Engkau tiada upaya ..malah aku juga langsung tiada upaya... Engkau redha dengan nasibmu kerana itu engkau disini.Aku redha atas kekosongan kudrat dan iradatku... Cikgu berbisik.Hatinya bergetar merenung insan itu. Tiba tiba. " dah berapa lama dia ni macam ini?" Soalan yang diada adakan.Menutup getar hati yang lara.Hati yang benar benar kosong. "Dah bertahun tahun dah cikgu...tak makan minum". Warisnya merapati cikgu sambil menghulur segelas air masak mati yang diminta tadi. Sejuk dan sunyi saling membekas.Namun hati dan bayangan masih kosong.Hanya DIA yang nampak dirohani cikgu ketika itu.Memenuhi sekelian alam. "Air ada...air kopi ...kopi 0..tekak aku dahaga sangat sangat rasanya". Dihirupnya perlahan.Hingga tidak berbaki. Didapur waris dan tuan rumah dilumur peluh dingin.Mengukut baki nasi kering dingin.Di kumpul baki sebanyak mana yang dapat. Mana nak cari nasi malam malam begitu. suasana beransur hingar.Cikgu berundur ke kaki yang tadi terlunjur lurus. Memberi laluan waris merenjis air mati tadi.Sambil mengelap muka anak yang baru tersedar dari lena keletihan. Malam itu.Menjengah pagi...ruang sempit rumah kayu itu padat dengan kehadiran yang entah dari mana. Khabar dibawa angin dingin membawa mereka ke situ. Itulah ...kehendak Allah. Anak murid peneman cikgu masih ada di negeri utara..masih disana seorang saksi.Temuilah dia.. ceritanya lagi... Lalu saya bertanya kembali pada cikgu...kata cikgu Entah lah... Selepas anak dia sapukan air pada muka...pada badan sampai ke kaki..tiba tiba dia bangun.Macam orang mengigau...minta air nak minum...lapar..mintak nasi nak makan... habis makan elok berborak.Duduk berlunjur... Subhanallah... cikgu kata..dia tak buat apa2 pun.cuma minta dia boleh bangun..sihat... Hari itu saya mengiyakan hakikat pesan cikgu.. 'Ayat tak memberi bekas...Barang DIA tak berwarna..tak berbau..berumah..tak berwarna". Dalam pelat perak cikgu menyebut warena..(warna) ------------ Hati bersih dan kosong pd segala mahkluk isi pada yang punya makhluk.Hina diri sikap dan sifat makhluk bawah takluknya.Sirnalah Hak DIA.Hancur leburlah segala sifat dan kehendak atas ESA nya. Ikhlas tidak bersyarat.Serah tanpa harap.Sedar tanpa minta.Kerana yang ada telah lama ada.Yang tiada telah sedia tiada.Bulat bulat DIA. Itu katanya. Hari itu saya semakin bodoh dan hina...Kuku yang terpotong lagikan bertasbih.

GURU-sedikit sejarah Silat pulut.

Cikgu Anuar belajar macam2 silat.Silat Rimau, sendeng dan silat pedang.Waris yang simpan rahsia main kaedah perang guna pedang ada lagi.Di Raub.Hanya mempeturunkan kaedah permainan kpd waris dan org tertentu sahaja. Antara buah yang paling bisa dimainkan cikgu Anuar ialah kaedah tendang jarak dekat.Teknik ini drpd silat Rimau.Serentak dengan tumbuk ala sendeng.Gabungan keduanya. Sangat berkesan dilatih guna punching bag.Kalau berpasangan guna kaedah elak sisi.Luar@ dalam...makan guna kaedah sama amat baik sekali. Cikgu kata. Sudah habis segala kaedah dan kerosakan yang dia lalui dalam bab melayu.Hingga satu masa gurunya panggil mengadap. "Hah...dah habis segala benda dlm dunia ni kau tempuh.Maka hari ini aku nak ajar pula apakah ilmu yang paling tinggi...yang belum kamu jumpa". Tercenganglah cikgu.Guru dia kata masih ada lagi yang belum habis dipelajari. Sejak hari itu cikgu Anuar berulang alik berpuluh kilometer naik motor honda.Malam2 menadah kitab.Ilmu yang sebenar bakal dimasukkan untuk beliau. Disini lah hal yang membezakan beliau dengan murid lainnya.Ada antara muris seperguruannya tadi bergelar guru kepada beliau sendiri.Tapi dek belajar bersama satu gelanggang tidaklah jauh bezanya. GURU yang segelanggang tadi tidak lah dipanggil oleh guru tua yang 4 untuk diperturunkan dgn lebih lanjut lagi. Atas faktor inilah agaknya beliau dapat gerak dan kaedah yang lain dari jalur biasa.Rumah dan asas seakan sama namun bila makin mendalam...terbukti banyak barang yang tiada dalam jalur tadi. Saya rasakan.Atas faktor inilah beliau diangkat menjadi guru Utama pada masa itu.Walhal beliau lebih muda dpd guru2 yang lain. Konflik tetap berlaku.Ada rasa dari pihak lain.Namun beliau pandai dalam hemahnya.Itulah kelebihan sorang guru.Hal ini terdapat pd cara beliau bercakap dan bersosial samada dgn anak murid atau org luar. Teknik dan lenggok bicara beliau seakan ada pakai penunduk...namun bukan itu rahsianya.Pernah beliau kata... "Engkau tak boleh pakai ilmu pembengis .belajar boleh..jangan amal..nanti berniaga tak laku barang". 'Kalau pandai..apa pun tunduk". Antara pesan cikgu. Kalau tak silap saya cikgu Mufti pernah mengajar di luar negara.Cikgu diminta berpasangan untuk main silat disana.Cikgu Mufti ni dah ada gelanggang mengajar mat saleh. 'Nak main macamana ni cikgu...kita belum sempat berlatih main keris ni...?" Balas cikgu. "Engkau masuk sahaja ikit mana suka..tugas engkau tikam sahaja".Balas cikgu Anuar. Antara sebab kawan dan lawan amat menghormati cikgu.Kepakarannya tidak perlukan latihan berpasangan untuk main keris. Ketika itu zaman berpulut sudah tidak dipakai orang.Semua mahu main kombat dan teknik yang hebat.Ramai yang malu untuk main pulut. Hari ini sudah terbalik.Ramai mengaku mereka juga ada mainan pulut.Dah pandai bersamping dan tengkolok.Dulu malu takut di ejek orang.Sebab pulut tu silat lembik. Suatu ketika di Jakarta.Hebatnya permainan orang seberang. Kata cikgu...mereka boleh terbang dari bumbung turun kelantai.Dalam dewan dipenuhi para pendekar seluruh dunia.Tiba2 seseorang muncul dari atas dan melayang ke lantai lalu singgah di atas duri kelubi.Tak masuk dek akal. Tapi itulah tahap mereka.Masa itu ada perhimpunan dewan sesepuh disana.Cikgu hadir dengan beberapa mahaguru silat tanahair. Sebelum turunnya orang terbang tadi.Ada jeritan yang kuat kedengaran. Kata cikgu... "Saya nampak semua orang dalam dewan..termasuk guru2 hebat tadi tertidur.Mereka lena sambil duduk.Hebat permainan org seberang". "Saya lihat beberapa org mahaguru indonesia sahaja yang tidak terlena..yang lain habis!". Apabila telah reda.Tak sorang pun tahu yang mereka sebenarnya telah ditidurkan!! Timbul lagi satu masalah.Apabila.bangkit seorang guru tua...lalu. "Semenjak 40 tahun lampau aku enggak pernah dikecundangkan oleh sesiapa dlm jagat silat.Hari ini aku pinta siapa-siapa yang ingin mencoba nasibnya.Aku buka gelanggang permainan disini". Kata cikgu.Saya tunggu juga kalau kalau 'cikgu.*****' bangun menyahut.Semua senyap.Saya tepuk pahanya. "Hah..bangunlah...orang dah ajak main tu!" Oleh kerana tak siapa yang bangun.Saya ikat bengkung kejap kejap...bingkas bangun.Saya beri hormat pada semua dalam dewan. Sunyi sepi.Andai taik cicak jatuh boleh kedengaran.Mata terpaku.Seakan degup jantung semua yang hadir bernyanyi laju. Sempat cikgu bisik pada cikgu***** disebelahnya. "Engkau tengok hari ini...aku akan jatuhkan pendekar yang paling hebat.Engkau tengok elok elok".Bisik cikgu. Bertitik tolak daripada peristiwa inilah cikgu Anuar Wahab di beri dan diperakui dewan SESEPUH.Pengakuan tertinggi dan pengiktirafan paling tinggi didunia dalam beladiri. "Saya guna satu jari mcm ini lah untuk jatuhkan dia..dia JATUH...tapi saya sambut agar tak jatuh terua tercabut lutut.Betul kata orang kalau tak kiat patah". Cikgu suruh saya bangun untuk tunjukkan bagaimana dia perlakukan tolakan untuk rebahkan seorang panglima. Orang pahang dan perak kata 'Julat'.(cikgu Anuar org Perak).Biasanya kawan kepada julat ialah rebah@ jatuh. Satu mainan dlm pulut yang tiada menggunakan tenaga dgn mudah menjulat jatuh... Ternyata ampuh.Pendekar besar tadi dipapah bangun sebelum orang lain nampak permainan itu telah merebahkannya. Bangun lalu menyambung selangkah dua untuk tutup permainan.Hanya yang di julat sahaja tahu betapa malunya. Namun usai permainan.Pendekar hebat yang juga kepala dewan sesepuh tanah seberang lantas istiharkan beliau sebagai ahli dewan sesepuh.Orang pertama dari luar mendapat akuan. Pesan cikgu. "Kalau kita main dengan orang...kalau mereka tak ada barang..kita dah cuba letak..mereka tak sedar..tak kalih..simpan x buka...buka tak masuk..maknanya mereka tak sampai....jangan sesekali jatuhkan lawan.Malu nanti!". Pesan yang masih segar dicuping telinga.

Wednesday 1 February 2017

GURU-lawan Aikido

"Saya potong teknik tu mcm ni". Petang itu cikgu suruh saya berdiri...untuk tunjukkan bagaimana dia patahkan teknik paling mahal mahaguru itu. Teknik yang amat mudah dan saya beri jaminan bukan ada pada semua orang. Cikgu boleh ukur segala gerak silatnya guna anatomi tubuh.Guna sains...memang realistik.Ilmu yg jarang2 dikuasi orang silat dan beladiri.Allah beri ilmu dan ilham kepada beliau. Ada orang kata.Hasil guru2 yang terdahulu.Betul tu.Cuma nak tambah.Cikgu tak kata ayat ini untul dia.Tapi dia sebut sebab terhasil dpd ilham dan pengkajiannya. Guru hebat akan melahirkan ilmu dan murid yg lebih hebat.Memang terbukti. Sejarah asal cikgu mula belajar.Empat guru tua yang ajar silat yang sama tapi teknik dan rumah serta asas yang berlainan. Pelik kan? Hakikatnya...selepas cikgu mahir.Dia kumpul dan satukan semua gerak 4 guru tadi menjadi beberapa pecahan lagi.Tapi tunjang pada gerak asas yang satu sahaja.Terbalik dpd guru2 empat tadi. cikgu kata. Kadang2 hikmat turun kpd murid sahaja.Tidak kpd guru.Maknanya guru dan murid ada Allah beri kelebihan.Cuma dalam islam taraf guru diangkat darjatnya.Ada adab murid dan guru. Kes murid lawan guru.Murid lagi hebat dpd guru? Itu lain hal. "Saya ambil dan susun setiap teknik dan gerak 4 guru2 tua...untuk jaga hati dan meraikan mereka". Balas cikgu Anuar suatu ketika dahulu. Hal ini saya terpaksa tulis.Bukti bertulis agar terjawab dan terbela.Saya berani 'claim' hasil tangan cikgu lain dpd lain.Maksud saya dlm ribuan muridnya hanya yang bersusur galur dibawah jalur beliau mempunyai teknik yg baik. Ini berlaku sekitar pertengahan 90an sehingga awal tahun 2003.Setelah semua kajian dibaiki.Ditulis dan diguna uji.Terbukti ampuh. Jangan terkejut jika ramai yang hanya sekadar melayang seperti helang bermain angin namun geraknya kosong tiada makna. Malah ada yang tidak tahu kaedah 7 dalam 7 yang diguna pakai.Kenapa beliau gunakan angka 7.Apa kaitan dengan insan dan islam dalam hal 7 ini. Cikgu Anuar amat selected dalam menurunkan ilmunya.Asas semua orang boleh dapat.Namun hal tertentu di rahsiakannya. Ketika beliau mengajar, hadir orang luar@ orang yang tidak 'diingininya'...alamat berborak kosong sahajalah.Beliau amat pandai memainkan 'pulut'palsu untuk mengaburi mata orang lain.Diletakkan virus agar org angkat kaki. Video rakaman boleh ambil semua teknik ketika beliau mengajar silat.Namun jika tidak turun tangan dan berguru...alamatnya tiada hasil. Malah jika pelajar yang menuntut pun..jika ada bawa unsur langgar syarak.Langkah asas pun tak dapat lakukan.Contohnya...pelajar yang mengamal khurafat@pakai hantu...tentu tak dpt belajar @ tak tamat.Murid lari sendiri...berhenti belajar sebab hantu dalam perut tak sanggup. ...sambung lagi...

Tuesday 31 January 2017

GURU ..tolak pun jatuh

..air tangan dan buah tangan lain rasanya.Maknanya tak pernah sama.Sesiapa dapat merasai berguru dan rasa buah tangan cikgu terasa diri bertuah.Itu juga respon dari orang ramai. Kalau tengok orangnya, tolak pun jatuh.Begitulah biasanya gerak laku seorang melayu yg berisi.Zaman dulu..bukan zaman lampau sangat pun.Zaman org silat berperang sama sendiri.Lain aliran dan gelanggang. Masuk lagi satu grup..geng bomoh..pawang dan gulang gulang.Masing2 nak tunjuk dan nak test power. "Haa..malam ni cikgu Anuar nak turun". Ada sesiapa nak sambut turun lah.Antara dialog biasa sebuah kawasan daerah utara.Suatu masa dulu dulu.Biasanya malam itu sepi..tak ada siapa nak hadap kelibatnya. Kalau cikgu tiup serunai silat..main lah lagu apa pun.Dikhabarkan anak dara pun ramai yg tak boleh lelap mata.Kalau nak dengar ada jugalah warisannya pada anak2 murid cikgu.Kalau tak sama pun ..jadilah.Ada hampirnya.Carilah cikgu Ramli.Lepas juga rindu. Di Rumah.Di Kajang cikgu melepaskan angin menyanyi dalam rumah.Cikgu main biola, isteri menyanyi.Kak Lah pandai nyanyi..Kak Mah juga pandai nyanyi. Kak Mah pandai main gendang.Siap mengajar budak2 bersilat lagi.Kak Lah pandai amat bab jahit menjahit.Mata lekat diTv..tangan menjahit pakaian.Banyaklah lagi kepakaran Kak Lah dan Kak Mah.Lambang orang melayu. Ini kena ada.list nak jadi melayu yang baik dan berkualiti.Orang dulu dulu begitu.Rupa2nya org sekarang pun kena begitu juga. Orang Melayu kena ada beberapa kepakaran.Kepandaian dlm keilmuan lain.Bab kemahiran lain.Ini yang cikgu gariskan. Nak hidup senang.Boleh berdikari dan boleh hidup kena pandai mengaji.Membaca dan tahu bab ugama.Kalau melayu tak tau ini...jangan jadi melayu. Kedua kena pandai mengajar mengaji.Hatta ajar alif ba ta pun jadi. Lepas tu kena pandai bertukang.Kemahiran lhidup.Pandai berkebun lagi baik.Pandai pegang parang dan cangkul. Al kisahnya orang melayu itu mesti berbahasa melayu dan berbudaya melayu.Beragama islam.Budaya berkait rapat dengan pakaian dan amalan@ budaya bangsa. Kata cikgu. Orang silat dulu dulu dipakai orang.Di hormati dan disanjung tinggi.Tapi orang yang macamana? Apabila dia berjalan, merantau ke suatu daerah.Berkenal kenalan dgn tuan rumah.Singgah di surau.Makan hidangan sebagai tetamu.Org berbudi kita berbahasa. Dari kenalan ke kenalan.Di surau ditanya orang.Suara merdu diangkat sebagai imam.Waktu senggang sebelum isyak diminta ajarkan kanak2 agar hilang hingar bingar. Siang yg terluang dijemput gotong royong naikkan tiang rumah org kampung.Menanam dan berkebun mengambil upah. sehari jadi seminggu dan sebulan.Di majlis keraian diminta bermain pencak.Terbuka lah rahsia tari yang molek.Berkira pula yang nak jadi murid.Dipinang untuk 3 bulan 10 hari. Anak dara kampung elok belaka.Dipilihkan dan disudikan kpd si musafir.Masakan tidak.Segala isi hati ibu ingin bermenantukan lelaki sejati.Buat jaga anaknya yg diserah menjadi isteri.Bukan saja bersilat bertari. Berbulan2 akhirnya tanah diteroka dan rumah disiapkan.Buat anak sulung yg bakal tiba.Sesekali rindunya pada isteri yg ditinggal jauh sebelum kemari datang kembali. Oh.Dia telah beristeri sebelum musafir ke sini.Tiba masa dia akan pulang menjenguk ibu dan keluarga yg pasti rindu padanya.Disana menanti. Kata cikgu lagi. sebab itu lah orang dulu banyak isteri.Org berbudi nak jadikan kita menantu.Tak patut di tolak.Nak balik meredah hutan denai jauh.Hasrat nak beritahu isteri dan keluarga. Setahun dua.Anak dah besar.Pulang juga untuk ceritakan pada pihak sana.Namun terikat pula pada hal keluarga tanpa diduga. Anak tadi telah dewasa.Tidak kenal bapanya lagi.Isteri pula di larikan jantan kerana jampi... kisah sebegini sering berlaku pd suatu ketika dulu.Waris dan anak beranak bertalian belaka... Saya baru faham kini..kenapa sejarah bangsa perlu dijaga.Cerdik pandai berkata..untuk membunuh sebuah bangsa..lenyapkan budaya dan sejarahnya.Runtuhkan bahasanya..... .. .. sambung lagi...

Monday 30 January 2017

Guru...dia digelar pendita silat.Kenapa yer?

Tahniah kpd GURU. Tak kiralah apa yg dibawa..dia tetap guru.Mengajarkan... CIKGU Anuar Wahab.A.M.N Di beri gelaran pendita dalam dunia persilatan.Ahli dewa SESEPUH.Pendiri PESAKA dan penggubal hal ehwal tanding silat semua peringkat. Tubuh sederhana.Lenggoknya lemah lembut.Sedap mata memandang.Suaranya sederhana.Bicaranya sentiasa dinanti.Pakar seni lukis dan muzik.Penyanyi Baggio, antara hasilnya. Antara 3 yg terpilih dlm kelas seni lukis bersama Walt Disney suatu ketika dahulu. Tulisan ini tiada rangka.Dari sudut pandang berbeza.Ribuan anak didik beliau kini 'menjadi'. Namun dia pergi agak awal.Saat segala jiwa perlukan curahkasih ilmu darinya.Pemergian yg mengejutkan...anak ayam kehilangan bapaknya...bigitu jua dgn anak anak silat khasnya. Beliau dikenali ramai VIP negara.Disegani seluruh dunia dlm pelbagai bidang ilmu.Namun tiada pernah ambil peluang atas cable kroni utk kepentingan diri.Malah harta..tenaga dan wang ringgitnya lebur tanpa berkira.Demi bangsa dan Agamanya. Bersara sebagai guru sekolah.Kelulusan MA pengajian islam...ASWARA antara tempat beliau menabur ilmu.Beberapa buah buku dihasilkan. Pertama kali dalam sejarah DUNIA.Ilmu persilatan dibukukan dan mempunyai silibus bertulis yang lengkap.Tahan uji dan terbukti benar. "Dalam tulisan tak boleh ikut suka kita...kena ada prove(bukti) dan boleh diuji...boleh jawab.Tulisan ni bila dah tulis akan kekal sampai bila2, yang membaca ada kepakaran juga.Buka kita sahaja". Dek kerana itu...beliau turunkan disiplin ilmu dalam catatan penuh prinsip kebenaran.Bukan sekadar cakap mulut.Nilainya benar2 tinggi. Banyak mutiara kata darinya.Ilmunya melangit dalam pelbagai sudut.Cikgu berani berkata benar.Tanya sahaja akan diberi jawapan. Dalam majalah PENDEKAR dan SILAT sbg contoh..beliau diburu utk artikel.Antara cerita yang dinanti ramai berkaitan ibu gayung. 'Gayung Fatani Masih Menyimpan Rahsia Ibu Gayung". Banyak pihak claim mereka juga tahu dan ada ibu gayung.Benarkah? Boleh tahan uji dan boleh beri jawapankah?boleh buktikankah? Macam kereta juga.TOYOTA hilux dan Pajero ada 4x4..tahap tinggi prestasinya.Perodua Kembara juga 4x4...namun tahap rendah.Naik bukit lwbih tinggi dpd biasa gear box ko...lepas mendaki. Masing2 claim ada..padahal memang setengahnya ada.cuma grednya berbeza.Kalau x percaya..sila uji. Cikgu Anuar tahan uji.dari segi zahir dan batin.Banyak yang tidak diketahui umum.Nanti saya ceritakan. Pernah satu ketika master beladiri jepun try cikgu Anuar.Beliau patahkan teknik jepun dgn satu kaedah yg sangat basic sahaja.Padahal teknik itu amat hebat.Teknik yg boleh menghumban seseorang dgn senang dan boleh mengakibatkan kecederaan teruk. Master jepun tu org yg sudah tua.Banyak pengalamannya.Namun hari itu utk kali pertama dlm sejarah hidupnya dimatikan langkahnya oleh silat pulut. Silat pulut pun ada yg sekadar main main.Yak ada barang dan melayang tari seperti helang terbang melayang layang. Sebab itu ahlinya sahaja yg kenal gerak itu ada makna dan falsafahnya atau tidak.Malah ramai yang tak tahu asal usul silat pulut. Jom kita share kat komen...sape tahu asal usul main pulut.Pd tahun bila dan dimana bermula permainan pulut ini.Kenapa ia diadakan? Bukan sy tak nak tulis...cuma biar ramai join.Baru neriah....boleh? Bukan tujuan apa...sesajer nak tgk pandangan org melayu..betul ke tahu asal usul berpulut.Nak version yg betul...jom..nanti saya sambung...lagi dan lagi

Sunday 29 January 2017

OH Broga...part 2

...ramai dh baca @ dengar kisah OH.Seperti jangkaan ramai.Dia hilang dlm trek. Saya x tau kenapa pd hari Jumaat tu..seakan ternampak2 bdk ni terduduk keletihan disana.Nak pergi.Anak demam.Bukan apa2..sesajer nak join team SAR..Raub Broga dekat jer. Doa jer lah.Sabtu org dah jumpa.Lega sungguh dlm hati.Berkat doa mak OH ni...dan doa serta usaha ramai orang trutama kaki hiking.Akhirnya... Sy nk coret sikit jer lagi.Bukan saya pandai atau nak tunjuk pandai.Ni saja nk coret apa yg didengar dr org dulu2.Kalaj sy pandai..dh tentu sy jd penyelamat di mana2 sbg profesional. ..besar kemungkinan adik OH ambil sesuatu masa di hutan tu.Mungkin juga beberapa hari sebelum tu dia ada baca kisah2 misteri dlm mana2 buku.Mungkin shj. Kalau dekat@jumpa dia boleh tanya2 nanti.Otak separuh sedar kita simpan dan anggota mendorong perlakuan.Kdg2 masa letih fizikal..mental akan down..masa ni lah unsur2 luar dtg mengganggu. Dia tinggal dlm 1 kawasan mcm gua..minum air sungai dan x makan utk 6 hari.Dia rasa macam 3 hari shj..ada kawan2 berborak2 dan ada wanita sgt cantik ajak kawin..misteri? Mmg misteri.Org yg alami shj akan rasa.Dapat lah ilmu n pengalaman yg sebenar2nya.kita hanya dengar dan faham dgn fahaman berbeza2. Sy pernah kenal org yg hidup berkawan dgn bunian.Dia meninggal bln jan 2017 baru ni.Umur hampir 100 thn.sihat sampai tua.kerja dan duduk dlm kebun.Orgnya sangat baik..ahli ibadah.Zikir sir amalannya. Berjalan dlm hutan kalah org muda.Org lain juga tau kelebihan dia brjalan pantas.Boleh jumpa saksi2 yg masih hidup...anak cucunya banyak simpan kiaah atuk ni. Saya percaya dia bersahabat baik dgn bunian..kalau kata kawin sy x percayalah..sebab alam lain2..tapi dia boleh berborak2 dgn bunian..pakar hal hutan dan akar kayu. Kebun dia x dimakan musuh spt babi dll..landak dan perangkap mainan dia.Menjala ikan hobi dia.. ADIK OH di Broga bernasib baik..pd pndangan saya lah..kalau salah jgn kecam sy yer..dia bertemu bunian@ jin yg baik. Bukan yg berwarna coklat..biru..hitam atau merah..dia jumpa kumpulan baju putih( mngikut cerita dialah) Tapi yg bawak dia masuk ke jalan kiri..arah ke rumah bunian tu ialah budak kecik...kira kawan sebaya dialah...tapi jgn lupa umur bdk kecik jin sgt tua..bkn mcm bdk kecik alam manusia...betul ker? So ...bila masuk hutan ..hati2 dgn kehadiran orang lain.Sebab tu nabi ajar utk kita selalu beri salam kpd sesama manusia..kan.. Sbb tu posting pertama dulu sy kata nak masuk kena bagi salam...byk rahsianya.Org dulu2..panglima2 perang nak takluk sesebuah negeri @ jajahan dgn beri salam jer..mudah jer nak takluk.Kaedahnya x dptlah nk dedah disini...org kata jual buah boleh.jgn jual kebun.Lagipun..kalau nak tau pergilah jumpa yg pakar2...org tua2. Saya cuma dengar cerita jer..bkn pakar.Arwah guru sy dulu pakar...dia yg cerita. Kadang2..kita pergi kawasan org..kita x buat apa2 pun.Tak ambik apa2 pun..tapi masih sesat.Betul... JIN ni mcm2 jenis...kalau awek2 bunian suka kat laki org pun dia peduli apa..kan? Inikan pulak bdk2 hensem.Sebab tu..perasan tak..budak kecik2 selalu digelar..eii budak comot ni..budak busuk ni..org melayu tahu rahsia sesuatu kejadian.Bila dh tau asal usul kejadian barulah mudah merungkai dan buat formula.Ini antara asal usul lahir PETUA. Jin paling banyak di 3 tempat...pasar..laut dan hutan.Bagi yg biasa berburu kijang..rusa ..ayam dll..mereka kdg2 berkata2 kpd hutan... "Yg kau sayang..kau simpan..yg hodoh kau bagi aku..kalau aku nampak aku tembak...aku bukan pandai". Seakan menidakkan Allah.Tapi itulah doa dan adab melayu merendah diri kpd tuhannya.Segala makhluk hak Allah.Allah hanya terima doa dan harapan org yg lemah sahaja...lebih makbul dan menjadi. Ini bab tasawuf..bab hati dan tauhid.Kata org tua2 lah. Semalam kawan sy kata...takut lah nak masuk hutan..nanti kena kurung..sesat.. "Jin ada dimana2...kalau dia nak kurung kau dalam rumah kau sendiri pun..boleh". Saya balas.. Kdg2 terfikir...mungkin kita kurang kawan dgn malaikat kot...sebab tu jin jd kawan..lbh ramai...hehe..gurau jer. ...ok lah..byk lagi nk cerita..kang org kecam sy pulak...kalau ada rezeki sambung lagi.. Mohon maaf mohon ampun byk2..t kasih sudi baca baca..

Saturday 28 January 2017

Kisah budak sesat di bukit-Broga

Hari ni Sabtu 28.01.2017. Hari ke 7 bdk ni sesat dihutan berbukit.Broga. Saya mengikuti rapat berita dia ni melalui grup Hiking & camping around Malaysia.Saya ada kongsi tips masuk hutan dan cara cari org hilang @ sesat dalam hutan beberapa hari lepas. SYUKUR pd Allah.Segalanya selamat dan mudah baginya.Kuasanya meliputi sekelian Alam. Semalam saya hubungi rakan di MPAJ dan beritahu yg hati saya berat@ teringin sgt untuk sertai misi mencari budak hilang ni.Tapi pada waktu yg sama anak kecik saya demam ruam dan panas yg amat sangat. Tiga hari berturut2 hati saya meronta2 untuk ke Broga.Akhirnya...hanya doa dan sedikit ikhtiar hati dan perasaan yg pergi ke sana.Saya tidak dapat serta.Sedih dan terkilan pun ada. Pagi ini.Saya buka fb.Mencari berita pasal budak ini.Dah jumpa...tulis mereka.Saya bangga dengan ketabahan dan kerja kuat pasukan sukarelawan yg berjuang untuk adik ini.Tahniah. "Engkau nak guna radar...nak cari budak tu ke Lee?. Sambut sahabat tadi. " kau rasa dia masih hidup ke?" Soalnya di hujung talian. " hati aku rasa dia masih ada di sana...cuma aku rasa budak ni dah letih dan hampir meracau.Cuma aku harap dia kuat...sebab aku dengar dia ni budak tahfiz". Terbayang muka anak2 tahfiz yang seringa saya ziarahi.Saiz budak hilang ni juga sebaya anak saya yg sedang belajar di sebuah tahfiz di Pahang. Posting saya kpd grup Hiking & camping Around Malaysia cuma untuk kongsi sedikit kaedah andai berlaku perkara sebegini. Bagi yang percaya sahaja.Saya hanya ingin kongsi apa yg saya dengar dpd org tua2 terdahulu.Yang kecam tu saya x marah pun. Semalam.27.01.2017 sy lihat kumpulan pencari telah mula menggunakan kaedah kerohanian.Mereka azan beramai2 di sekitar tempat pencarian.Hati saya berbunga bunga. KINI segalanya telah berakhir.syukur. Hari ni saya rasa elok saya kongsi sikit bab hutan ni.Ini antara kaedah dan petua sahaja.Nak ikut boleh..x percaya pun tak mengapa.Tidak rugi apa apa. Pertama. Apabila tiba di sempadan hutan yg ingin kita takluk dan masuki itu...pandan dgn mata hati ke seluruh kawasan sambil...beri salam. 'ASALAMUALAIKUM' Makhlul.Allah ada yg ghaib dan jelas.Moga segala yg menghuni kawasan itu akan bersangka baik pd kita.Terutama para malaikat akan menjawab salam itu. Pokok2 dan segalanya berzikir memuji Allah akan dengar salam tadi.....bersambung...

Saturday 21 January 2017

Petua Menjala ikan

Zaman aku kecik dulu ada nama besar bab menjala.Orang tua2 zaman tu.Kini mereka dah tiada.Al fatihah untuk mereka. Aki Lawak,Tok Pawang Jalil dan Aki Sahak. Mereka ni handal dalam bab sungai dan hutan.Banyak ilmu dan petua rupa2nya.Orang melayu memang hebat bab kemahiran hidup. Petua lebih ampuh dan berkesan dpd petua.Mudah menjadi.Masa kecik aku pernah putuskan tali jala Tok Pawang Jalil. Puncanya,aku nak gantung jala di birai atap.Masa itu hampir setiap minggu aku tidur di kebun tok.Dangau dia tepi sungai.Sungai Kelang namanya. Hari itu ketika tok di kebun, aku ambil kesempatan menjala.Aku turunkan jala kecil kehitaman itu dari tempat gantungnya. Jala tu panjang sekitar 7 hasta.Orang panggil panjang 7.Saiz untuk sungai yang cetek dan ikan kecil. Tok Pawang Jalil orangnya bertubuh halus.Jalan dia juga pendek dan ringan.Jadi mudah lah aku tumpang guna jala dia. Seingat aku masa itu dalam umur 9-10 tahun. Aku tanggah elok2 macamana jalan tok di ikat tinggi di cucur atap. Nanti senang nak pasang semula.Hati aku berkira kira.Aku rasa dah mula cerdik macam orang dewasa ketika itu. Sebelum menjala aku bertenggek di muka pintu.Duduk sambil berjuntai kaki di tangga.Dangau tok agak tinggi.Kayu bulat bendul pintu aku jadikan penghalang agar tidak jatuh ke tanah. Sambil makan kacang.Aku ambil kacang dalam tin sebelah belakang pintu.Separuh isi kacang tanah itu aku makan.Tok tanam sendiri kacang dan sayuran di kebun. Tengahari itu aku berjalan lagak tok ke sungai.Aku terjengkek jengkek ketika menghampiri tebing sungai. Mengintai ikan kena tahu caranya.Arus air mana satu yang ada ikan.Arus mana yang banyak kayu.Arus mana yang sesuai untuk jala saiz 7. 'Prammmm' Aku menebar jala.Pertama dalam hidupku.Menjadi kenangan aku sejak 35 tahun lalu.Masa amat cepat berlalu. Hari itu aku dapat kasil pertama seekor ikan kelah.Kelah merah.Hanya itu yang pertama untuk tengahari itu. Kelibat ikan banyak dalam riak air sungai Kelang.Tapi tiada yang sudi lekat pada mata jala aku.Sana sini ikan berenang lari.Laju laju.Aku kejar setiap ceruk.Aku lempar jala..tarik..dan lempar lagi. Hari itu juga jadi sejarah bagaimana aku mula ketagih menjala.Walaupun ikan kelah se ekor yang aku dapat. Manakan nak dapat ikan.Berpuluh kali aku lempar jala adalah sekali dua yang kembang...lainnya kuncup.Hehehehe.. kenangan itu masih segar.Aku masih boleh lukis gambaran arus sungai kelang dan isinya. 'Hahh...siapa pulak makan kacang ini...kacang untuk buat benih".Aku dengar suara tok dari luar. Tengahari tegak tok akan pulang dari kebun.Masak..mandi..solat dan makan. Petang nanti tok ke kebun lagi.Senja sebelum maghrib kadang kadang tok ke sungai cari ikan buat lauk makan malam.Kalau Pah ada ikut sama ke dangau di kebun tok...pah lah yang akan menanak nasi dan merebus ikan singgang. Ikan..kunyit hidup.Patah kan cili burung, campak asam gelugur dua tiga keping.Angkat bila air mendidih atau bila mata ikan telah nampak keputih putihan. "Anjing yang makan .....agaknya". Aku menikus di balik pintu.Kawal perasaan.Bergelora perut. Hari itu tok tidak bertanya pulak pasal jalanya yang terjelepak atas tanah.Tidak bergantung ditempatnya.Tok jeling bekas tin...bekas biji benih kacang tanah jer. Sejak itu aku perhati rapat rapat cara tok menyidai jala.Menjemur di kayu alang atau birai atap.Aku tidak mahu putuskan lagi tali jala tok. Malam it, lama tok membongkok menyirat jala.Rabak merata sudut.Tali gantung diganti baru. Sampai sekarang aku pantang sungguh kalau anak2 aku kalau orang lain ambil mudah pasal menjemur dan menyimpan jala.Biarlah gantung baik baik.Jangan putus dan rabak merata alam.. bersambung.....

Friday 20 January 2017

Cara Nak pilih BISNES

Ramai orang melayu yg nak bisnes.Dah sedar.elok lah tu.Nabi dah lama beritau yang 9/10 rezeki dpd berniaga. Orang cina sudah ribuan tahun berniaga.Dan puas jatuh bangunnya. Orang melayu selalu buka kedai yang senang nk di urus.Yang modal kecik.Kedai runcit paling mudah.Balik kg buka kedai runcit.Kedai makan.Kedai jahit.Jadi ejen kosmetik. Yang ini.modal kecik.Tak perlu kepakaran menjual.Akaun mudah.Beli dan jual.Stok tak kira pun masih boleh jual. Kursus bawah agensi ajar macam2.Akaun..marketing..sales..aset..pinjaman Mcm2 lagi Tapi x maju2 juga.X boleh kaya.cuba pulak bisnes lain.Tiru kawan2.Sampai ke tua x boleh kaya. Orang cina berniaga setahun..dua tahun dah banyak cawangan boleh buka.kenapa yer.Market dan pembeli paling ramai ialah orang melayu. Kawasan yang kurang orang melayu perniagaan mereka lembab.Sebab daya beli orang melayu memang tinggi. Balik kepada cara memilih bisnes, bagi yang nak berniaga.Tapi tak tahu nak pilih.Tiada kemahiran dan pengalaman serta modal. Baik. Sebenarnya mudah. Orang cina tidak akan berniaga kalau tidak untung besar.Ingat!! Untung Besar.Boleh kaya. Kalau untung sikit lebih baik mereka makan gaji. Jadi ..kalau.nak pilih bisnes apa nak buat.Lihat orang cina.Apa bidang@bisnes yang mereka buat..maknanya itulah LUBUK EMAS. Hardware Usedcar .new car Pemaju perumahan Kedai emas Perabut Workshop n kedai tayar Sparepart Transportation Nelayan laut dalam kilang plastik kilang besi alatan pertanian dll.. Org melayu kata..saya tak ada experien.Mati. kerja lah sampai mati. Dah tau xda experien..kerja lah! Jadi kuli mereka.Buat a to z..kerja dgn tekun.simpan duit ..cari ilmu banyak2. 5 tahun kemudian buka kedai.Jangan gaduh2 dgn bekas majikan.Mereka ada customer ramai.Customer yg kita servis masa jadi kuli. 5 tahun kemudian kita dapat 30% customer dia dan 30% customer baru serta 30% customer yg setia. Hal2 lain kenalah belajar.nak tulis panjang sangat. inilah pengalaman saya buka kedai saat org melayu belum kenal kedai usedcar melayu. lenkali cerita lagi..

Thursday 19 January 2017

Madu ..asma..cara yg betul untuk stop asma.

Madu lebah dan kelulut.Mana satu.Ramai yg kata madu kelulut lebih mujarab.sebab tu harga dia mahal. Di #kembara camp eco adventure sy ternak kelulut.Minum sendiri.Kadang2 org order saya jual juga. Sekitar 1994 kawan saya pulang dari Alabama.Study sana.Dia lelah@ asma.Dia cerita pd saya hal madu dan asma ni.Mudahan pahala dia dpt sampai bila2 sebab bagi ilmu ni. Cara sebenar guna madu.Tak kira madu lebah atau kelulut.Ramai yg beli dan minum tapi asma x hilang@ sembuh juga. Sekitar 1994.Saya kawin.Isteri saya penghidap asma yg kuat.Tiap minggu(masa dia bujang) pegi hospital. Lepas kami kawin saya bagi dia madu lebah ori.Sampai sekarang dia xde asma dah.Pernah anak sy yg no 2 kena asma juga masa kecik.Saya guna cara yg sama untuk pulihkannya.Sejak itu dia sihat hingga kini dah umur 19 tahun. ok.sebenarnya cara minum madu utk ubati asma macam ni.Bila saya kaji..kenapa begitu.Rupanya madu bersifat membaiki dari dalam.Ia panas dan asma alah pada sejuk@habuk. jadi. madu perlu di minum sebagai makanan@ sumber terAKHIR yg masuk dlm perut kita pada waktu malam.Sebelum tidur. Pada waktu bangun tidur.Pagi2 tu ...sekali lagi madu diminum sebagai 'benda' pertama yg masuk dlm perut kita.Minum x yah banyak.sesudu kecil sudah cukup.Kalau anak2 kecik lagi sikit diperlukan. Dah ramai saya tunjuk cara ni.Dah ramai yg sihat.Ini pengalaman saya. sebab itu Nabi S.a.w suruh minum madu.Cuma perlu kaedah trtentu utk tujuan trtentu. madu juga amat perlu jika kita terlekat@ sengkang tulang ikan di tekak.Bab ini sy akn cerita kemudian. selamat beramal.Sila share agar jadi amalan jariah dan pahala berterusan.

Saturday 14 January 2017

Kaedah mudah.Allah beri Jaminan.cubalah...

Ini kisah benar. Siapa tidak kenal akan Imam Ahmad.Beliau anak murid Imam Syafie yang antara yang terbaik pernah ada dimuka bumi ini.Malah pada suatu masa gurunya, iaitu Imam Syafie merasakan Imam Ahmad lebih baik dan hebat daripada beliau sendiri. Suatu ketika di Iraq.Di usianya agak tua, Imam Ahmad terasa ingin berjalan2.Namun oleh kerana tiada tujuan tertentu, beliau tidaklah bermusafir bersama teman seperti biasanya. Oleh kerana perjalanannya haritu tiada matlamat tertentu.Berjalanlah beliau ke arah utara menyusur jalan seakan orang kebingungan.Di luar daerah kampungnya, tiada seorang pun yang mengenali beliau.Walaupun ketika itu segala makhluk langit dan bumi menyebut2 namanya.Seorang ulama besar yang tiada taranya. Memanglah begitu.Ketika itu hanya cerita disampaikan berkenaan keilmuannya sahaja.Orang2 di kejauhan tidak pernah bertemu muka dan melihat paras rupa Imam Ahmad. Telah beberapa ketika Imam Ahmad berjalan.Telah beberapa buah masjid disinggahi. Pada malam itu usai solat isyak di sebuah masjid.Imam Ahmad terasa ingin berehat diaitu sebelum meneruskan perjalanannya.Hatinya berkata dan meronta2 untuk terus merayau2 dan melihat2 sekitar kampung tersebut.Namun tubuh tua itu terasa sedikit keletihan. Ketika hampir melelapkan mata di suatu sudut di depan mimbar. "Ayuh..bangun.Kamu tidak dibenarkan untuk tidur disini.Beredar dari situ", Laung penjaga masjid dari luar pintu. Imam Ahmad termanggu2 lalu berubah ke saf belakang sekali di masjid tersebut. Kini untuk kali kedua dia dihalau keluar daripada masjid tersebut.Penjaga masjid itu kelihatan tehas dan agak kasar. Akibat keletihan yang amat sangat.Terlelap juga mata Imam Ahmad di suatu sudut luar masjid.Berhadapan pintu utamanya. Baru sahaja beberapa ketika beliau memejamkan mata."hei..orang tua..bukankah kah disini rumah Allah..bukan rumah kamu.Disini bukan untuk kamu berehat2 dan tidur sesuka hati kamu". Kali ini Imam Ahmad benar2 dihalau keluar jauh dari situ. Baru beberapa langkah Imam Ahmad melangkah, satu suara menyapa di kegelapan malam itu.Muncul seorang tua berbasikal yang penuh dengan barang jualannya.Peniaga roti yang sangat terkenal di hujung kampung tersebut.Orang tua yang lemah lembut dan bersikap warak. "Wahai saudara..ssjak tadi aku lihat kamu disini.Aku lihat kamu diperlakukan begitu". "Aku tinggal di kampung sana.Rumah ku tiada orang lain melainkan aku seorang sahaja, andai tuan tidak keberatan marilah bermalam dirumahku". Imam Ahmad lantas berjalan beriringan menuju kerumah penjual roti.Disana beliau dapat berehat dengan tenang. Suatu ketika sebelum subuh. Si penjual roti telah berada di satu sudut ruang dapur rumahnya.Usai solat malam itu, si penjual roti lansung memulakan sedikit rutinnya.Dia membancuh dan mengadun ramuan untuk dijadikan roti. Imam Ahmad memerhati dengan penuh minat.Sejak tadi di perhati gerak geri tuan rumah tersebut. Akhirnya Imam Ahmad menghampirinya. "Tuan...saya perhatikan tuan sentiasa beristifar..mulut tuan sentiasa menyebut 'istifar'...tuan benar2 seorang yang warak rupanya". "Tuan istifar ketika meratakan air...meletakkan garam istifar...basuh tangan istifar...duduk istifar. Berdiri istifar...". Dengan penuh takjub Imam Ahmad berkata. "Tidak hairanlah kiranya tuan seorang yang disanyangi Allah". "Apakah sebab dan hikmat tuan berbuat bigitu?( beristifar).Soal Imam Syafie lagi. " wahai tetamuku...sejak 30 tahun lalu aku mengamalkan dan melazimkan istifar sebegini.Sejak itu aku rasa lapang..malah segala kepayahan hidup aku berlalu pergi.Segala permintaan ku telah aku capai....". "Cuma satu...doaku yang belum dimakbulkan". " aku teringin sangat untuk bertemu dengan seorang ulama yang sering disebut2 orang sejak sekian lama.Aku beramal dengan ajarannya...". Berkaca jernih di kelopak mata penjual roti sambil meneruskan kata2.Dengan penuh harap... "Aku berharap sangat2 agar sebelum akhir hayatku...untuk bertemu dengan Imam Ahmad". Lantas Imam Ahmad menangis lalu hampir kepada tuan rumah lalu memeluknya erat2.Sambil berkata... "Akulah Imam Ahmad....betapa hebatnya takdir dan aturan Allah...betapa aku sgt teringin dan semangatku meluap untuk datang ke sini..rupanya Allah menyempurnakan takdirnya atas kita berdua pada hari ini".Pelukan dua saudara yang hampir dgn Allah di iringi jernihnya air mata kerana cinta kepada Allah semata. ... ... ... BENARLAH...Nabi Muhamad s.a.w telah sampaikan... "Istifarlah...nescaya akan di adakan jalan keluar bagi kamu.Dosa mu akan terhapus...rezekimu akan datang tanpa disangka-sangkan". Mudah2an ..mari kita mulakan...amin

website@kembaracampecoadventure

http:www.kembaraecocamp.com Email:rosliabhamid72@gmail.com

PETUA buat nasi lemak sedap

jom makan nasi lemak sedap.kalau yg q ramai2 tu maknanya sedaplah tu.Biasanya antara 2 perkara je yg blh tarik org makan. Kat gerai mana2 pun ada org jual nasi lemak.sedap atau tidak. Sy nk kembangkan dan kongsi sikit.Biar pas ni isteri2 blh tambat suami.Org dulu2 guna jampi2 dan sihir utk tundukkan suami.Suami jd sayang.tu berdosa.Org lelaki nk 2 yg utama.. 1..servis isteri yg bagus.(yg ni sy tulis kemudian..macamana nk jaga badan luar dalam.Guna herba..apa campurannya) 2..jaga makanan nya.Kalau sedap mkn..macamana jauh dan gatal suami mesti x boleh lupa isteri. Pendekkan cerita.Jom kongsikan cara buat nasi lemak sedap.Bagi yg berniaga..selain wangi dgn daun pandan..blh guna cara ni pulak. Mudah jer.Masak nasi lemak mcm biasa.Bezanya..masa nasi hampir masak..sebelum air kering .sebelum kecilkan api...org gelar proses 'tanak' ...cuma masukkan sesudu atau beberapa sudu( tgk berapa byk beras@nasi)minyak masak mentah ke dalam nasi tadi dan kacau.dah rata..tutup periuk kemas2 dan biarkn smpai masak. Hasilnya..nasi akan berkilat..tidak melekat@bergumpal.Aromanya yg paling best.Menaikkan selera. Biasanya.selain nasi yg sedap..sambal lagi penting..pasal sambal nnt saya kongsikan.Kenapa sambal org tua2 dulu sedap2.Kenapa blh tahan hingga beberapa hari tidak basi.Nampak simple tapi sgt sedap...kan...ok.sila share dgn kwn2.

Wednesday 11 January 2017

menyanyi ingat Allah

Zikrullah@zikrillah. Sebut lain bunyi.Makna sama. Zikir...sebut Allah@nama Allah. Maksudnya ingat akan Allah. Istifar..tasbih..tahmid dll semuanya zikrillah. Tujuannya utk ingat akan Allah. INGAT ALLAH...maka kenalah jauhi apa yang dilarang dan buat apa yang di suruh@perintah. Maka jika ketika kita menyanyi atau dengar orang menyanyi itu...tiba2 kita teringat@ dalam keadaan ingat padaNYA.. Itu lah zikrillah.. Pintu zikir itu maha luas.Seluas rahmat dan nikmatnya. Maka segalanya benar dan boleh.Hebatnya syiar islam.Kerana mata itu..telinga dan lidah itu berserta denganNYa.. ALLAH MELIPUTI SEKELIAN ALAM.

wanita naik motor HARAM

Asas feqah.mudah.faham pun mudah. AURAT wanita iaitu nampak mana2 bahagian selain bahagian tapak@pergelangan tangan dan muka sahaja di kecualikan. Alhamdulillah tika ini payah nak jumpa wanita tidak bertudung.Macam2 style.Lagi cantik sebenarnya bila mereka bertudung.Macam sebatang pen.Kalau tak ada tudung siapa pun tak nak beli. Pasal solat bukan wanita sahaja yang gagal solat 5 waktu sehari semalam.Lelaki juga sama.Samada lelaki itu bertudung atau tidak.Kajian mendapati hanya 17% sahaja rakyat Malaysia yg mengerjakan solat dgn sempurna, iaitu 5 waktu sehari semalam.Lelaki dan wanita tua dan muda. Saya katakan kenapa wanita naik motor@ bawak motor boleh dapat dosa.Lainlah kalau mereka pakai T shirt lengan pendek.Itu sah2 lah haram sebab nampak aurat.Lengan mereka. Wanita pakai tudung dan baju longgar tidak berdosa kerana menutup anggota badan mereka dgn sempurna.Tidak kira lah tudung labuh atau singkat.Bawal atau kelah. Nabi suruh tutup dgn kain sehingga melepasi dada mereka.Betul.Lelaki bila pandang wanita..yak kiralah dia wanita baik@ solehah atau bertudung tapi tak solat.Mana lah lelaki tahu semua itu. Selepas menikmati pandang pertama pada muka wanita.. Dalam hati..'lawa juga dia ni" Selepas itu mata lelaki meleret ke bawah dan makin ke bawah. Bagi wanita yang bertudung cukup syaray tadi, tidak mendatangkan dosa kerana telah tutup rapi.Yang lelaki tadi pandang2 kenapa.Itu memang hak hakiki seorang lelaki. Lagi lawa wanita itu..laki melekat mata dia.Baik!! Tapi...wanita yang sama tadi..di pandang lelaki yg sama akan berdosa@dapat dosa apabika dia bawak motor@ jadi pembonceng motor.Kenapa ? Sebab bila bawak motor tentu lah angin akan bawak baju dan tudung tadi rapat2 ke belakang ke arah tubuh wanita itu. Tuan nampak apa yg saya nampak.Lelaki mata dia semua keranjang..sebab itu dia nampak semua macam orang telanjang.Dia nampak mcm x-ray nampak. Bila angin tiup...nampaklah semua bentuk badan wanita tadi tu..masa dia berdiri sebelah motor..berhenti isi minyak belum berdosa dia..seminit lepas itu ronda2 naik motor buat dosa. kalau nak banyak dosa..rondalah satu taman perumahan.Tayang2 bentuk badan ditiup angin.Timbul terang bukit bukau.Orang naik motor kat belakang dpt tengok free.Laki bawak motor.Bini bonceng. Budak@ bapak budak dalam kereta pandang dari belakang.Hah...yg itu 38x18x42...yg ini 48x40x48..pandang sikit2 jer. Saper dapat saham.Bini dan laki.Keduanya dapat. Begitu juga yang naik motor..pakai baju kurung.Kaki ..betis selak habis...ooo putih betulll.. Ooo..banyaknya parut...ook..macam bunting padi.. Kerja ulang alik Kajang -KL.Berapa banyak agak2 dosa kita dapat? Habis tu..nak pakai @ naik kereta sokmo2. Tak payah... Pakai jaket tebal.Saiz besar.Ribut tiup nampak mcm balut nangka.Tak ada bentuk.Kan selamat. Pakai baju kurung..dalam pakai seluar panjang.Kasut panjang.Nak bagi org menyampah tengok..pakai kasut phua chu kang.Kaler kuning lagi. Amacam.Pesan2 jer.....

Tuesday 10 January 2017

Tadi mandi2 sungai.Area #kembaracampecoadventure.Selak2 daun kayu, buluh dan batu2 kat sungai.Jumpa udang sungai.Tak sama mcm udang laut.Warna dia macam2.saiz bsr jari kelingking jer.

Kalau belek2 bawah perut udang ni..nasib baik kita akan bertemu dgn telurnya.

Dia bertelur sepanjang masa.
Kali ni saya nak kongsi macamana nak lebatkan rambut dgn cara mudah.
Guna telur udang sungai.

Mudah jer.Ambik telur udang,yang melekat dibawah perut dia.Ambik perlahan2.sebab lepas tu ibu udang tu kenalah di lepaskan semula.bagi dia hidup dan bertelur lagi.
Opor @ gosok telur udang tadi ditapak tangan sampai lumat.

Sapukan jer di kepala.Kalau boleh buat pada waktu malam.Pagi esok bilas rambut tu.
Kalau takut rambut berbau...tapi biasanya telur udang sungai ni x berbau..bila dah kering di rambut nanti.

InshaAllah masalah rambut jarang dan kurang berkilat hitam akan dapat di atasi.

Cubalah.saya dah buat masa sekolah rendah dulu.

Aku & Botol Air

Minggu pertama sekolah ok lagi. Minggu kedua dah macam-macam. Hari ni 11.01.2017. Dua misi pagi ni. Hantar anak ke sekolah.
Jumpa guru kelas anak. Cari tumbler anak. Cicir di sekolah. Ni dah jadi 3 misi.
Lupa nak kabor. Cikgu tu bujang. Lawo gak. Sesajer lah.

"Jumpa tak tumblernya bang?.."
"Takde. Jumpa cikgu Roha jer.."

Padahal aku tak jumpa sesiapa pun. Balik rumah kena sakat. Balas lah dengan sakat. Jangan hantu sakat dah lah.

"Takkan kena beli bekas air tiap bulan. asyik hilang jer"

Tokey balak pun K.O. Ayat biasa.

"Budak-budak, memanglah macan tu bang. Main-main dalam kelas. Bunyi loceng terus lari keluar"

Aik. Ada tukang bela pulak

"Abang dulu kecik juga tapi tak lah macam tu." Sengih. Pandang jauh-jauh
"Abang tu bukan orang biasa." Ayat dia lah tu. Paham sangat dah. Nak kena ni.

" Yer lah abang dulu bukan apa. Tiap hari pun bawak bekas air, cuma lain lain"

"Tukar tiap hari, tukar tiap minggu" Bini aku nak sambung, aku lagi cepat sambung

"Sebab abang bukan orang biasa lah. Abang kutip mana-mana bekas air budak-budak, kawan-kawan yang tinggal dalam kelas tu. Tiap hari banyak yang tertinggal.."

Erk..Erk..





Hehe..cerita ni rekaan jer. Nak kabor. Janganlah begitu begini. Jangan macam-macam