Sunday, 11 June 2017
Guru yg tawadhuk.Sambungan rahsia ibu gayung.
...
Maaf lewat sambung kisah ibu gayung dan main pulut.
Ramai yg anggap mereka juga bersilat dan berpulut.Padahal pulut itu dimainkan atas sebab musabab yg terancang.Ada sejarahnya.Sejarah yg bermula di Melaka.
'Tergayang2 tangan dan kaki..boleh tendang terajang..tumbuk dan berkuda2..itu dah dikira silat, mana betul tu".
Guru tua itu bersuara bila lihat pandai pandai yg tua muda menggayakan silat.Tari terkinja kinja bergurau senda dikatakan main pulut.
"Pulut ada makna dlm gerak dan guraunya..Adab mainnya berlapik.Dilihat yg arif dan org lama nanti malu.Apatah lagi dimainkan oleh org lama".sambung seorang guru tua.
Kalau dah faham lapis gerak dan makna dlm gerak barulah belajar yg kasar..keras dan ilmu kuat.Silat ni pakai masa muda dan tua.Kalau dah tua nak terbang macamana..nak hambur lompat 2 org pun x lepas...
Dah dapat hadam gerak lembut dlm keras..keras dan laju jadi lembut bila dah faham asal usul gerak.Belajar amal dan perhati dgn hati bersih..dptlah ibunya.
"IBU gayung xda pd barang lain.Ia disimpan dlm pulut.Kalau pulut tiru2..mana ada ibu dlmnya...ibu gayung dlm hal kebatinan duduk dlm kerohanian..bersangkut dengan ketuhanan.Faham..iman..amal dan hikmat bersilang kait".
Dlm bab ini..ibu gayungnya boleh amal..belum tentu dapat dan menjadi.Ia anugerah Allah sahaja.Tapi dlm silat@ bergayung semua org boleh belajar..boleh menjadi..x kira tua muda..islam..kafir..melayu dan bukan.Ia gerak fizikal.Tahu rahsianya..pandai dan celik hati..gerak asal.hadam..usul kejadian gerak di kuasai..tinggilah tahap kefahamannya.Barulah ibu gayung dapat bersarang dlm sesebuah mainan.
Main silat dan pulut gerak tahap tinggi kena berguru..kena turun tangan guru..bukan boleh rakam video dan balik...lepas itu tiru.
Rahsia dan falsafah geraknya mesti di syarahkan.Baru faham.Dah faham buat dan amal.Baru keluar hikmah.Itu hukumnya.
Kami nganga jer dengar dan cuba hadam.Sampai.tamat x hadam2.Begitu rupanya.
Hikmah datang dan pandai datang bila kamu jadi guru.Ajar murid yg baik dgn betul.Silap salah muris mu akan jadi ilmu baru bagimu.Jadi hikmah yg Allah turunkan pada kamu.Guru x dpt turunkan hikmah..ada masanya murid dapat..guru belum bertemu hikmah.Ibu gayung juga begitu.Ia berumah dan duduk pd tempat yg elok...pada org yg elok2 sahaja.
Huh.Betullah...jangan berhenti membiarkan air mengalir..ia akan tersekat dan berbau.Alirkan...hak yg benar akan sampai kpd yg berhak.
Bila kita faham...nak dapat ibu.kena berguru.berGuru pula pd yg faham ...biarpun dia seorang yg dhaif rupa..dhaif harta..dhaif dan hina pd mata manusia..kerana dhaif dunia itu tanda matilah segala rasa ber'ada'.
Kerana selagi rasa diri 'ada'...tiada dipandang dan ditelek hati oleh maha penciptanya.Dhaif dunia ..fanalah segala...timbullah yg hak sahaja dipakai pd diri seorang hamba...setelah jadi hamba...diterima dan diberi kepadanya segala yg sepatutnya ada pada seorang hamba..
Maka fahamlah kita.Segala ibu itu duduk pd yg tahu sahaja.Guru punca tahu itu..harus dicari dan diburu..agar faham dan amal yg tidak merugikan..
Al fatihah utk tuan Guru Cikgu ANUAR WAHAB.
....catatan hamba...kpd guruku..aku yg hina.Aku akan menyusulmu.Semoga guru dipayungi bersama para nabi dan syuhada.Rindu kami pd mu..agar kembali berjiran di jannah.ALLAHUAKHBAR...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment