Pages

Tuesday 5 September 2017

HEBATnya GURU

Di asahnya anak murid yang begitu ramai memenuhi ruang belakang rumahnya.Anaknya turut sama.Berpeluh berpeluk dalam permaianan seorang guru.Dialah ayah dialah guru. Bagi seorang guru tua itu.Tiada beza antara anaknya dan anak murid yang diasuh selama ini.Hatinya teguh agar anak anak itu disatu hatinya agar menjadi melayu. Melayu itu sikapnya..sopan dan gaya hidupnya ada rukunnya.pakaian melayu..bercakap bahasa melayu..dan adab melayu. Lembutnya budaya melayu bila berkata2 dia berlapik.Mendidik tidak memilih.Anak orang anak kita. Guru itu akhirnya pergi jua.Tertutup rapat matanya meninggalkan ribuan anak anak. Tergenang dimata anaknya yang sebilangan.Menahan dia sebak sekian lama.Manakan tidak sejak kecil gelanggang itulah tempat dia menerima benih langkah silat melayu. Bangga anak anak murid dan anaknya.Namun tuhan ambil jua dia daripada sekelian yang masih memerlukan guru tua itu.Pergilah..rehat dan damailah disana. Anak dan isteri mana yang rela seorang ayah terlepas begitu sahaja.Perit dan luka itu pasti pedih kembali.Ulanglah detik demi detik..kenangan demi kenangan sejak kau bergelar anak kecil..tiada upaya bagimu bersamanya lagi. Guru tua itu telah lama pergi.Anak anak masih disini.Berteleku..bertempik..berhibur libur.Adakah sama ingatan anak dan anak murid kepada mu wahai guru.Tentu sekali tidak akan pernah sama. Namun ingatan dan curahan seorang guru kepada anak murid dan anaknya kamu inginkan hak yang sama.Manakn begitu. Kasih di talian darah dan anak didik tidak akan pernah sama tarafnya. Dia telah pergi. 'Kamu belajar silat untuk apa..untuk kamu bergaduh?. Untuk kamu bertahan agar kamu tidak pernah kalah.Apabila kamu kuat kamu akan mencari musuhmu ..untuk kamu membuktikan bahawa kamu menang. Sehingga kini aku masih pegang dan beringat ingat dengan kata kata seorang guru itu. Di akhir kalam untuk menjadi insan tinggi dia mengajarkan. 'Rendahkan diri kamu ..kerana Allah menerima darjat hambanya yang fana kan dirinya sahaj.Apabila kamu menjadi hambanya..ketika itulah kamu mulia dalam pelukan tuhanmu yang esa'. Oh..begitu. Fatani itu dari sifat dan perkataan fatanah.CERDIK. Cerdik tanpa panduan iman dan tunduk pada nafsu akan hanya memenangkan syaitan seteru sebenar kamu. Ramai yang menadah kitab dari guru tua itu.Namun hikmahnya telah di ambilnya bersama..dibawanya pergi di hari kematiannya dulu. Tika ini hati hati anak anak itu telah hampir mati Dan akan mati.Kerana sedikit gelaran dan darjat untuk dipakaikan pada hati..segala ajaran guru terbuang sepi. Benarlah telinga ini menadah kata kata guru tua itu. 'Bila aku mati nanti..** akan pun akan mati'. Namun apakan daya.Aku hanya insan biasa. Al fatihah untukmu guru.

1 comment:

  1. Emperor Casino | Shootercasino
    In this 제왕 카지노 casino, you'll enjoy our unique casino game and our unique experience with every kind of slot and progressive 바카라 jackpot! With every spin and free spins, you can get หาเงินออนไลน์

    ReplyDelete