Saturday, 9 September 2017
Hilang sudah SEGALAnya
Malam tadi
.malam ke 27 mak pergi dan berehat di alam barzakh.
Setiap kerja dan sedekah aku niatkan pahalanya untuk mak.
Tak banyak jasa aku kepada mak yang membesarkan aku.
Malam tadi aku mimpi jumpa mak berlari lari anak di suatu lorong.Dia seorang sahaja.Mak pakai baju merah jambu.Baju berbunga2.Baju tu aku dan isteri beli di Teluk Intan...mak yang mintak 2 tahun lepas.
Aku berlari menghampiri mak..sempat pegang pegang belakang bahu kanan mal.
Aku tanya mak nak kemana..dia tak jawab.Aku ikut berlari lari anak..aku tak terdaya nak ikut mak lari walaupun dia bergerak tidak lah laju sangat..
Aku terhenti...sempat aku lihat iras muka mak, sambil aku jerit perlahan kepada mak.
"Nanti kita jumpa di syurga yer mak..".
Ada sedikit cahaya 'mengharap' pada muka mak ketika aku berkata begitu.
Aku terjaga dari tidur untuk solat subuh.Aku harap agar sering bermimpi lagi.
Semoga kau ampuni dan jaga ibuku dengan rahmat kasih sayangmu ya Allah.Dia telah menjaga aku dengan kasih sayang seorang ibu sejak aku di dalam rahimnya sehingga pagi jumaat 18.08.2017 jam 3 pagi yang dingin.
Sebahagian Jasad aku telah kau bawa pergi
Maafkan aku yg Hina
Ampun Aku dan ahli ku..ya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment