Pages

Saturday 9 September 2017

Ilmu Mengurus Seorang Guru

Ini kaedahnya.Siapa duduk dengannya amat faham cara ini.Beliau mentadbir ribuan ahli dengan mudah.Lawannya jadi kawan. Sebelum Dia pergi.Kerjanya tertumpu pada kertas dan tulisannya. Beberapa nama di sebut untuk MENTADBIR persatuan.Ada a untuk mengepalai PENGEMBANGAN.Ada nama yang disebut untuk menjadi tempat rujukan dan guru. Beliau merasakan untuk seorang menjadi perfect dalam banyak perkara sepertinya, mustahil untuk dilahirkan pada masa ini.Jika ada pun seratus tahun lagi. Dia mencurahkan ilmu dalam pelbagai gaya.Di agih ikut kesesuaian penerima.Anak murid menyangkankan mereka mendapat semua.Namuj agihan corak telah dilakukan sang guru.Agar ketiadaannya kelak segala corak itu akan ditemucantumkan semula.Untuk melahirkan sebaik ganti peneraju dalam 100 tahun mendatang. Ketepikan sengketa kerana dimata seorang guru tiada seorang pun mampu menggalas tugas setelah pemergiannya kelak.Kini sengketa itu menyakitkan rohnya di alam barzakh sana. Telah khatam tarekat dan tasauf pada tangan guru.Namun inikah balasan padanya dari seorang murid. Barisan senior disebut sebagai pentadbir.Di ikuti kumpulan ke dua sebagai pengembang dan barisan bawah sebagai pejuang untuk mengembangkan lagi persatuan dan ilmu yang diturunkan. Semua punya aturan dan peranan.Tiga nama sebagai pentadbir dan patut dibantu oleh mereka yang seangkatannya. Seorang nama sebagai pengembang peringkat luar dan seorang pada peringkat lokal.Agihlah tugas dan jalankan amanah.Susun kumpulan.Nescaya tiada lagi sengketa dan persahabatan atas bantuan syaitan. Jangan izinkan syaitan kuasai diri dan persatuan. ILMU tinggi untuk panduan bukan untuk perseteruan. Jom.Kita mulakan.

No comments:

Post a Comment