Saturday, 14 January 2017
Kaedah mudah.Allah beri Jaminan.cubalah...
Ini kisah benar.
Siapa tidak kenal akan Imam Ahmad.Beliau anak murid Imam Syafie yang antara yang terbaik pernah ada dimuka bumi ini.Malah pada suatu masa gurunya, iaitu Imam Syafie merasakan Imam Ahmad lebih baik dan hebat daripada beliau sendiri.
Suatu ketika di Iraq.Di usianya agak tua, Imam Ahmad terasa ingin berjalan2.Namun oleh kerana tiada tujuan tertentu, beliau tidaklah bermusafir bersama teman seperti biasanya.
Oleh kerana perjalanannya haritu tiada matlamat tertentu.Berjalanlah beliau ke arah utara menyusur jalan seakan orang kebingungan.Di luar daerah kampungnya, tiada seorang pun yang mengenali beliau.Walaupun ketika itu segala makhluk langit dan bumi menyebut2 namanya.Seorang ulama besar yang tiada taranya.
Memanglah begitu.Ketika itu hanya cerita disampaikan berkenaan keilmuannya sahaja.Orang2 di kejauhan tidak pernah bertemu muka dan melihat paras rupa Imam Ahmad.
Telah beberapa ketika Imam Ahmad berjalan.Telah beberapa buah masjid disinggahi.
Pada malam itu usai solat isyak di sebuah masjid.Imam Ahmad terasa ingin berehat diaitu sebelum meneruskan perjalanannya.Hatinya berkata dan meronta2 untuk terus merayau2 dan melihat2 sekitar kampung tersebut.Namun tubuh tua itu terasa sedikit keletihan.
Ketika hampir melelapkan mata di suatu sudut di depan mimbar.
"Ayuh..bangun.Kamu tidak dibenarkan untuk tidur disini.Beredar dari situ", Laung penjaga masjid dari luar pintu.
Imam Ahmad termanggu2 lalu berubah ke saf belakang sekali di masjid tersebut.
Kini untuk kali kedua dia dihalau keluar daripada masjid tersebut.Penjaga masjid itu kelihatan tehas dan agak kasar.
Akibat keletihan yang amat sangat.Terlelap juga mata Imam Ahmad di suatu sudut luar masjid.Berhadapan pintu utamanya.
Baru sahaja beberapa ketika beliau memejamkan mata."hei..orang tua..bukankah kah disini rumah Allah..bukan rumah kamu.Disini bukan untuk kamu berehat2 dan tidur sesuka hati kamu".
Kali ini Imam Ahmad benar2 dihalau keluar jauh dari situ.
Baru beberapa langkah Imam Ahmad melangkah, satu suara menyapa di kegelapan malam itu.Muncul seorang tua berbasikal yang penuh dengan barang jualannya.Peniaga roti yang sangat terkenal di hujung kampung tersebut.Orang tua yang lemah lembut dan bersikap warak.
"Wahai saudara..ssjak tadi aku lihat kamu disini.Aku lihat kamu diperlakukan begitu".
"Aku tinggal di kampung sana.Rumah ku tiada orang lain melainkan aku seorang sahaja, andai tuan tidak keberatan marilah bermalam dirumahku".
Imam Ahmad lantas berjalan beriringan menuju kerumah penjual roti.Disana beliau dapat berehat dengan tenang.
Suatu ketika sebelum subuh.
Si penjual roti telah berada di satu sudut ruang dapur rumahnya.Usai solat malam itu, si penjual roti lansung memulakan sedikit rutinnya.Dia membancuh dan mengadun ramuan untuk dijadikan roti.
Imam Ahmad memerhati dengan penuh minat.Sejak tadi di perhati gerak geri tuan rumah tersebut.
Akhirnya Imam Ahmad menghampirinya.
"Tuan...saya perhatikan tuan sentiasa beristifar..mulut tuan sentiasa menyebut 'istifar'...tuan benar2 seorang yang warak rupanya".
"Tuan istifar ketika meratakan air...meletakkan garam istifar...basuh tangan istifar...duduk istifar. Berdiri istifar...".
Dengan penuh takjub Imam Ahmad berkata.
"Tidak hairanlah kiranya tuan seorang yang disanyangi Allah".
"Apakah sebab dan hikmat tuan berbuat bigitu?( beristifar).Soal Imam Syafie lagi.
" wahai tetamuku...sejak 30 tahun lalu aku mengamalkan dan melazimkan istifar sebegini.Sejak itu aku rasa lapang..malah segala kepayahan hidup aku berlalu pergi.Segala permintaan ku telah aku capai....".
"Cuma satu...doaku yang belum dimakbulkan".
" aku teringin sangat untuk bertemu dengan seorang ulama yang sering disebut2 orang sejak sekian lama.Aku beramal dengan ajarannya...".
Berkaca jernih di kelopak mata penjual roti sambil meneruskan kata2.Dengan penuh harap...
"Aku berharap sangat2 agar sebelum akhir hayatku...untuk bertemu dengan Imam Ahmad".
Lantas Imam Ahmad menangis lalu hampir kepada tuan rumah lalu memeluknya erat2.Sambil berkata...
"Akulah Imam Ahmad....betapa hebatnya takdir dan aturan Allah...betapa aku sgt teringin dan semangatku meluap untuk datang ke sini..rupanya Allah menyempurnakan takdirnya atas kita berdua pada hari ini".Pelukan dua saudara yang hampir dgn Allah di iringi jernihnya air mata kerana cinta kepada Allah semata.
...
...
...
BENARLAH...Nabi Muhamad s.a.w telah sampaikan...
"Istifarlah...nescaya akan di adakan jalan keluar bagi kamu.Dosa mu akan terhapus...rezekimu akan datang tanpa disangka-sangkan".
Mudah2an ..mari kita mulakan...amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment