Saturday, 28 January 2017
Kisah budak sesat di bukit-Broga
Hari ni Sabtu 28.01.2017.
Hari ke 7 bdk ni sesat dihutan berbukit.Broga.
Saya mengikuti rapat berita dia ni melalui grup Hiking & camping around Malaysia.Saya ada kongsi tips masuk hutan dan cara cari org hilang @ sesat dalam hutan beberapa hari lepas.
SYUKUR pd Allah.Segalanya selamat dan mudah baginya.Kuasanya meliputi sekelian Alam.
Semalam saya hubungi rakan di MPAJ dan beritahu yg hati saya berat@ teringin sgt untuk sertai misi mencari budak hilang ni.Tapi pada waktu yg sama anak kecik saya demam ruam dan panas yg amat sangat.
Tiga hari berturut2 hati saya meronta2 untuk ke Broga.Akhirnya...hanya doa dan sedikit ikhtiar hati dan perasaan yg pergi ke sana.Saya tidak dapat serta.Sedih dan terkilan pun ada.
Pagi ini.Saya buka fb.Mencari berita pasal budak ini.Dah jumpa...tulis mereka.Saya bangga dengan ketabahan dan kerja kuat pasukan sukarelawan yg berjuang untuk adik ini.Tahniah.
"Engkau nak guna radar...nak cari budak tu ke Lee?.
Sambut sahabat tadi.
" kau rasa dia masih hidup ke?" Soalnya di hujung talian.
" hati aku rasa dia masih ada di sana...cuma aku rasa budak ni dah letih dan hampir meracau.Cuma aku harap dia kuat...sebab aku dengar dia ni budak tahfiz".
Terbayang muka anak2 tahfiz yang seringa saya ziarahi.Saiz budak hilang ni juga sebaya anak saya yg sedang belajar di sebuah tahfiz di Pahang.
Posting saya kpd grup Hiking & camping Around Malaysia cuma untuk kongsi sedikit kaedah andai berlaku perkara sebegini.
Bagi yang percaya sahaja.Saya hanya ingin kongsi apa yg saya dengar dpd org tua2 terdahulu.Yang kecam tu saya x marah pun.
Semalam.27.01.2017 sy lihat kumpulan pencari telah mula menggunakan kaedah kerohanian.Mereka azan beramai2 di sekitar tempat pencarian.Hati saya berbunga bunga.
KINI segalanya telah berakhir.syukur.
Hari ni saya rasa elok saya kongsi sikit bab hutan ni.Ini antara kaedah dan petua sahaja.Nak ikut boleh..x percaya pun tak mengapa.Tidak rugi apa apa.
Pertama.
Apabila tiba di sempadan hutan yg ingin kita takluk dan masuki itu...pandan dgn mata hati ke seluruh kawasan sambil...beri salam.
'ASALAMUALAIKUM'
Makhlul.Allah ada yg ghaib dan jelas.Moga segala yg menghuni kawasan itu akan bersangka baik pd kita.Terutama para malaikat akan menjawab salam itu.
Pokok2 dan segalanya berzikir memuji Allah akan dengar salam tadi.....bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hebat....hebat...teruskan menulis dan berkongsi ilmu berguna tuan
ReplyDeleteSya pun pndg ngn matahati dn bg salam tiap kali nk start msuk hutan...
ReplyDeleteIlmu yg baik
ReplyDelete