Tuesday, 31 January 2017
GURU ..tolak pun jatuh
..air tangan dan buah tangan lain rasanya.Maknanya tak pernah sama.Sesiapa dapat merasai berguru dan rasa buah tangan cikgu terasa diri bertuah.Itu juga respon dari orang ramai.
Kalau tengok orangnya, tolak pun jatuh.Begitulah biasanya gerak laku seorang melayu yg berisi.Zaman dulu..bukan zaman lampau sangat pun.Zaman org silat berperang sama sendiri.Lain aliran dan gelanggang.
Masuk lagi satu grup..geng bomoh..pawang dan gulang gulang.Masing2 nak tunjuk dan nak test power.
"Haa..malam ni cikgu Anuar nak turun".
Ada sesiapa nak sambut turun lah.Antara dialog biasa sebuah kawasan daerah utara.Suatu masa dulu dulu.Biasanya malam itu sepi..tak ada siapa nak hadap kelibatnya.
Kalau cikgu tiup serunai silat..main lah lagu apa pun.Dikhabarkan anak dara pun ramai yg tak boleh lelap mata.Kalau nak dengar ada jugalah warisannya pada anak2 murid cikgu.Kalau tak sama pun ..jadilah.Ada hampirnya.Carilah cikgu Ramli.Lepas juga rindu.
Di Rumah.Di Kajang cikgu melepaskan angin menyanyi dalam rumah.Cikgu main biola, isteri menyanyi.Kak Lah pandai nyanyi..Kak Mah juga pandai nyanyi.
Kak Mah pandai main gendang.Siap mengajar budak2 bersilat lagi.Kak Lah pandai amat bab jahit menjahit.Mata lekat diTv..tangan menjahit pakaian.Banyaklah lagi kepakaran Kak Lah dan Kak Mah.Lambang orang melayu.
Ini kena ada.list nak jadi melayu yang baik dan berkualiti.Orang dulu dulu begitu.Rupa2nya org sekarang pun kena begitu juga.
Orang Melayu kena ada beberapa kepakaran.Kepandaian dlm keilmuan lain.Bab kemahiran lain.Ini yang cikgu gariskan.
Nak hidup senang.Boleh berdikari dan boleh hidup kena pandai mengaji.Membaca dan tahu bab ugama.Kalau melayu tak tau ini...jangan jadi melayu.
Kedua kena pandai mengajar mengaji.Hatta ajar alif ba ta pun jadi.
Lepas tu kena pandai bertukang.Kemahiran lhidup.Pandai berkebun lagi baik.Pandai pegang parang dan cangkul.
Al kisahnya orang melayu itu mesti berbahasa melayu dan berbudaya melayu.Beragama islam.Budaya berkait rapat dengan pakaian dan amalan@ budaya bangsa.
Kata cikgu.
Orang silat dulu dulu dipakai orang.Di hormati dan disanjung tinggi.Tapi orang yang macamana?
Apabila dia berjalan, merantau ke suatu daerah.Berkenal kenalan dgn tuan rumah.Singgah di surau.Makan hidangan sebagai tetamu.Org berbudi kita berbahasa.
Dari kenalan ke kenalan.Di surau ditanya orang.Suara merdu diangkat sebagai imam.Waktu senggang sebelum isyak diminta ajarkan kanak2 agar hilang hingar bingar.
Siang yg terluang dijemput gotong royong naikkan tiang rumah org kampung.Menanam dan berkebun mengambil upah.
sehari jadi seminggu dan sebulan.Di majlis keraian diminta bermain pencak.Terbuka lah rahsia tari yang molek.Berkira pula yang nak jadi murid.Dipinang untuk 3 bulan 10 hari.
Anak dara kampung elok belaka.Dipilihkan dan disudikan kpd si musafir.Masakan tidak.Segala isi hati ibu ingin bermenantukan lelaki sejati.Buat jaga anaknya yg diserah menjadi isteri.Bukan saja bersilat bertari.
Berbulan2 akhirnya tanah diteroka dan rumah disiapkan.Buat anak sulung yg bakal tiba.Sesekali rindunya pada isteri yg ditinggal jauh sebelum kemari datang kembali.
Oh.Dia telah beristeri sebelum musafir ke sini.Tiba masa dia akan pulang menjenguk ibu dan keluarga yg pasti rindu padanya.Disana menanti.
Kata cikgu lagi.
sebab itu lah orang dulu banyak isteri.Org berbudi nak jadikan kita menantu.Tak patut di tolak.Nak balik meredah hutan denai jauh.Hasrat nak beritahu isteri dan keluarga.
Setahun dua.Anak dah besar.Pulang juga untuk ceritakan pada pihak sana.Namun terikat pula pada hal keluarga tanpa diduga.
Anak tadi telah dewasa.Tidak kenal bapanya lagi.Isteri pula di larikan jantan kerana jampi...
kisah sebegini sering berlaku pd suatu ketika dulu.Waris dan anak beranak bertalian belaka...
Saya baru faham kini..kenapa sejarah bangsa perlu dijaga.Cerdik pandai berkata..untuk membunuh sebuah bangsa..lenyapkan budaya dan sejarahnya.Runtuhkan bahasanya.....
..
..
sambung lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment