Pages

Wednesday, 1 February 2017

GURU-lawan Aikido

"Saya potong teknik tu mcm ni". Petang itu cikgu suruh saya berdiri...untuk tunjukkan bagaimana dia patahkan teknik paling mahal mahaguru itu. Teknik yang amat mudah dan saya beri jaminan bukan ada pada semua orang. Cikgu boleh ukur segala gerak silatnya guna anatomi tubuh.Guna sains...memang realistik.Ilmu yg jarang2 dikuasi orang silat dan beladiri.Allah beri ilmu dan ilham kepada beliau. Ada orang kata.Hasil guru2 yang terdahulu.Betul tu.Cuma nak tambah.Cikgu tak kata ayat ini untul dia.Tapi dia sebut sebab terhasil dpd ilham dan pengkajiannya. Guru hebat akan melahirkan ilmu dan murid yg lebih hebat.Memang terbukti. Sejarah asal cikgu mula belajar.Empat guru tua yang ajar silat yang sama tapi teknik dan rumah serta asas yang berlainan. Pelik kan? Hakikatnya...selepas cikgu mahir.Dia kumpul dan satukan semua gerak 4 guru tadi menjadi beberapa pecahan lagi.Tapi tunjang pada gerak asas yang satu sahaja.Terbalik dpd guru2 empat tadi. cikgu kata. Kadang2 hikmat turun kpd murid sahaja.Tidak kpd guru.Maknanya guru dan murid ada Allah beri kelebihan.Cuma dalam islam taraf guru diangkat darjatnya.Ada adab murid dan guru. Kes murid lawan guru.Murid lagi hebat dpd guru? Itu lain hal. "Saya ambil dan susun setiap teknik dan gerak 4 guru2 tua...untuk jaga hati dan meraikan mereka". Balas cikgu Anuar suatu ketika dahulu. Hal ini saya terpaksa tulis.Bukti bertulis agar terjawab dan terbela.Saya berani 'claim' hasil tangan cikgu lain dpd lain.Maksud saya dlm ribuan muridnya hanya yang bersusur galur dibawah jalur beliau mempunyai teknik yg baik. Ini berlaku sekitar pertengahan 90an sehingga awal tahun 2003.Setelah semua kajian dibaiki.Ditulis dan diguna uji.Terbukti ampuh. Jangan terkejut jika ramai yang hanya sekadar melayang seperti helang bermain angin namun geraknya kosong tiada makna. Malah ada yang tidak tahu kaedah 7 dalam 7 yang diguna pakai.Kenapa beliau gunakan angka 7.Apa kaitan dengan insan dan islam dalam hal 7 ini. Cikgu Anuar amat selected dalam menurunkan ilmunya.Asas semua orang boleh dapat.Namun hal tertentu di rahsiakannya. Ketika beliau mengajar, hadir orang luar@ orang yang tidak 'diingininya'...alamat berborak kosong sahajalah.Beliau amat pandai memainkan 'pulut'palsu untuk mengaburi mata orang lain.Diletakkan virus agar org angkat kaki. Video rakaman boleh ambil semua teknik ketika beliau mengajar silat.Namun jika tidak turun tangan dan berguru...alamatnya tiada hasil. Malah jika pelajar yang menuntut pun..jika ada bawa unsur langgar syarak.Langkah asas pun tak dapat lakukan.Contohnya...pelajar yang mengamal khurafat@pakai hantu...tentu tak dpt belajar @ tak tamat.Murid lari sendiri...berhenti belajar sebab hantu dalam perut tak sanggup. ...sambung lagi...

No comments:

Post a Comment