Monday, 30 January 2017
Guru...dia digelar pendita silat.Kenapa yer?
Tahniah kpd GURU.
Tak kiralah apa yg dibawa..dia tetap guru.Mengajarkan...
CIKGU Anuar Wahab.A.M.N
Di beri gelaran pendita dalam dunia persilatan.Ahli dewa SESEPUH.Pendiri PESAKA dan penggubal hal ehwal tanding silat semua peringkat.
Tubuh sederhana.Lenggoknya lemah lembut.Sedap mata memandang.Suaranya sederhana.Bicaranya sentiasa dinanti.Pakar seni lukis dan muzik.Penyanyi Baggio, antara hasilnya.
Antara 3 yg terpilih dlm kelas seni lukis bersama Walt Disney suatu ketika dahulu.
Tulisan ini tiada rangka.Dari sudut pandang berbeza.Ribuan anak didik beliau kini 'menjadi'.
Namun dia pergi agak awal.Saat segala jiwa perlukan curahkasih ilmu darinya.Pemergian yg mengejutkan...anak ayam kehilangan bapaknya...bigitu jua dgn anak anak silat khasnya.
Beliau dikenali ramai VIP negara.Disegani seluruh dunia dlm pelbagai bidang ilmu.Namun tiada pernah ambil peluang atas cable kroni utk kepentingan diri.Malah harta..tenaga dan wang ringgitnya lebur tanpa berkira.Demi bangsa dan Agamanya.
Bersara sebagai guru sekolah.Kelulusan MA pengajian islam...ASWARA antara tempat beliau menabur ilmu.Beberapa buah buku dihasilkan.
Pertama kali dalam sejarah DUNIA.Ilmu persilatan dibukukan dan mempunyai silibus bertulis yang lengkap.Tahan uji dan terbukti benar.
"Dalam tulisan tak boleh ikut suka kita...kena ada prove(bukti) dan boleh diuji...boleh jawab.Tulisan ni bila dah tulis akan kekal sampai bila2, yang membaca ada kepakaran juga.Buka kita sahaja".
Dek kerana itu...beliau turunkan disiplin ilmu dalam catatan penuh prinsip kebenaran.Bukan sekadar cakap mulut.Nilainya benar2 tinggi.
Banyak mutiara kata darinya.Ilmunya melangit dalam pelbagai sudut.Cikgu berani berkata benar.Tanya sahaja akan diberi jawapan.
Dalam majalah PENDEKAR dan SILAT sbg contoh..beliau diburu utk artikel.Antara cerita yang dinanti ramai berkaitan ibu gayung.
'Gayung Fatani Masih Menyimpan Rahsia Ibu Gayung".
Banyak pihak claim mereka juga tahu dan ada ibu gayung.Benarkah?
Boleh tahan uji dan boleh beri jawapankah?boleh buktikankah?
Macam kereta juga.TOYOTA hilux dan Pajero ada 4x4..tahap tinggi prestasinya.Perodua Kembara juga 4x4...namun tahap rendah.Naik bukit lwbih tinggi dpd biasa gear box ko...lepas mendaki.
Masing2 claim ada..padahal memang setengahnya ada.cuma grednya berbeza.Kalau x percaya..sila uji.
Cikgu Anuar tahan uji.dari segi zahir dan batin.Banyak yang tidak diketahui umum.Nanti saya ceritakan.
Pernah satu ketika master beladiri jepun try cikgu Anuar.Beliau patahkan teknik jepun dgn satu kaedah yg sangat basic sahaja.Padahal teknik itu amat hebat.Teknik yg boleh menghumban seseorang dgn senang dan boleh mengakibatkan kecederaan teruk.
Master jepun tu org yg sudah tua.Banyak pengalamannya.Namun hari itu utk kali pertama dlm sejarah hidupnya dimatikan langkahnya oleh silat pulut.
Silat pulut pun ada yg sekadar main main.Yak ada barang dan melayang tari seperti helang terbang melayang layang.
Sebab itu ahlinya sahaja yg kenal gerak itu ada makna dan falsafahnya atau tidak.Malah ramai yang tak tahu asal usul silat pulut.
Jom kita share kat komen...sape tahu asal usul main pulut.Pd tahun bila dan dimana bermula permainan pulut ini.Kenapa ia diadakan?
Bukan sy tak nak tulis...cuma biar ramai join.Baru neriah....boleh?
Bukan tujuan apa...sesajer nak tgk pandangan org melayu..betul ke tahu asal usul berpulut.Nak version yg betul...jom..nanti saya sambung...lagi dan lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mohon izin utk copy paste n share utk pengetahuan anak2 gelanggang kfj
ReplyDeleteKfj ni di mana?
DeleteAlfatihah buat guru.
ReplyDeleteAlfatihah. Terbaik cikgu. Utk tatapam generasi skrg.
ReplyDeleteInshaAllah.dlm buku nanti baru sy tulis proper..kaedah..amalan dan rhsia silat yg jarang ditemui.
DeleteT kasih.nt sy kluar buku utk amalan dlm silat..petua dan rahsia yg jarang diajar dlm GF.
DeleteBenar...pertama kali berborak dengan arwah, mati2 ingat arwah bekas pegawai tentera laut...mana tidak...subjek naval warfarw 3 jam kredit selama 2 semester...arwah ulangkajikan saya 5 minit je...macam tak percaya hingga telefon guru sata sahkan pekerjaan asal arwah...
ReplyDelete