Pages

Thursday, 2 February 2017

GURU-sedikit sejarah Silat pulut.

Cikgu Anuar belajar macam2 silat.Silat Rimau, sendeng dan silat pedang.Waris yang simpan rahsia main kaedah perang guna pedang ada lagi.Di Raub.Hanya mempeturunkan kaedah permainan kpd waris dan org tertentu sahaja. Antara buah yang paling bisa dimainkan cikgu Anuar ialah kaedah tendang jarak dekat.Teknik ini drpd silat Rimau.Serentak dengan tumbuk ala sendeng.Gabungan keduanya. Sangat berkesan dilatih guna punching bag.Kalau berpasangan guna kaedah elak sisi.Luar@ dalam...makan guna kaedah sama amat baik sekali. Cikgu kata. Sudah habis segala kaedah dan kerosakan yang dia lalui dalam bab melayu.Hingga satu masa gurunya panggil mengadap. "Hah...dah habis segala benda dlm dunia ni kau tempuh.Maka hari ini aku nak ajar pula apakah ilmu yang paling tinggi...yang belum kamu jumpa". Tercenganglah cikgu.Guru dia kata masih ada lagi yang belum habis dipelajari. Sejak hari itu cikgu Anuar berulang alik berpuluh kilometer naik motor honda.Malam2 menadah kitab.Ilmu yang sebenar bakal dimasukkan untuk beliau. Disini lah hal yang membezakan beliau dengan murid lainnya.Ada antara muris seperguruannya tadi bergelar guru kepada beliau sendiri.Tapi dek belajar bersama satu gelanggang tidaklah jauh bezanya. GURU yang segelanggang tadi tidak lah dipanggil oleh guru tua yang 4 untuk diperturunkan dgn lebih lanjut lagi. Atas faktor inilah agaknya beliau dapat gerak dan kaedah yang lain dari jalur biasa.Rumah dan asas seakan sama namun bila makin mendalam...terbukti banyak barang yang tiada dalam jalur tadi. Saya rasakan.Atas faktor inilah beliau diangkat menjadi guru Utama pada masa itu.Walhal beliau lebih muda dpd guru2 yang lain. Konflik tetap berlaku.Ada rasa dari pihak lain.Namun beliau pandai dalam hemahnya.Itulah kelebihan sorang guru.Hal ini terdapat pd cara beliau bercakap dan bersosial samada dgn anak murid atau org luar. Teknik dan lenggok bicara beliau seakan ada pakai penunduk...namun bukan itu rahsianya.Pernah beliau kata... "Engkau tak boleh pakai ilmu pembengis .belajar boleh..jangan amal..nanti berniaga tak laku barang". 'Kalau pandai..apa pun tunduk". Antara pesan cikgu. Kalau tak silap saya cikgu Mufti pernah mengajar di luar negara.Cikgu diminta berpasangan untuk main silat disana.Cikgu Mufti ni dah ada gelanggang mengajar mat saleh. 'Nak main macamana ni cikgu...kita belum sempat berlatih main keris ni...?" Balas cikgu. "Engkau masuk sahaja ikit mana suka..tugas engkau tikam sahaja".Balas cikgu Anuar. Antara sebab kawan dan lawan amat menghormati cikgu.Kepakarannya tidak perlukan latihan berpasangan untuk main keris. Ketika itu zaman berpulut sudah tidak dipakai orang.Semua mahu main kombat dan teknik yang hebat.Ramai yang malu untuk main pulut. Hari ini sudah terbalik.Ramai mengaku mereka juga ada mainan pulut.Dah pandai bersamping dan tengkolok.Dulu malu takut di ejek orang.Sebab pulut tu silat lembik. Suatu ketika di Jakarta.Hebatnya permainan orang seberang. Kata cikgu...mereka boleh terbang dari bumbung turun kelantai.Dalam dewan dipenuhi para pendekar seluruh dunia.Tiba2 seseorang muncul dari atas dan melayang ke lantai lalu singgah di atas duri kelubi.Tak masuk dek akal. Tapi itulah tahap mereka.Masa itu ada perhimpunan dewan sesepuh disana.Cikgu hadir dengan beberapa mahaguru silat tanahair. Sebelum turunnya orang terbang tadi.Ada jeritan yang kuat kedengaran. Kata cikgu... "Saya nampak semua orang dalam dewan..termasuk guru2 hebat tadi tertidur.Mereka lena sambil duduk.Hebat permainan org seberang". "Saya lihat beberapa org mahaguru indonesia sahaja yang tidak terlena..yang lain habis!". Apabila telah reda.Tak sorang pun tahu yang mereka sebenarnya telah ditidurkan!! Timbul lagi satu masalah.Apabila.bangkit seorang guru tua...lalu. "Semenjak 40 tahun lampau aku enggak pernah dikecundangkan oleh sesiapa dlm jagat silat.Hari ini aku pinta siapa-siapa yang ingin mencoba nasibnya.Aku buka gelanggang permainan disini". Kata cikgu.Saya tunggu juga kalau kalau 'cikgu.*****' bangun menyahut.Semua senyap.Saya tepuk pahanya. "Hah..bangunlah...orang dah ajak main tu!" Oleh kerana tak siapa yang bangun.Saya ikat bengkung kejap kejap...bingkas bangun.Saya beri hormat pada semua dalam dewan. Sunyi sepi.Andai taik cicak jatuh boleh kedengaran.Mata terpaku.Seakan degup jantung semua yang hadir bernyanyi laju. Sempat cikgu bisik pada cikgu***** disebelahnya. "Engkau tengok hari ini...aku akan jatuhkan pendekar yang paling hebat.Engkau tengok elok elok".Bisik cikgu. Bertitik tolak daripada peristiwa inilah cikgu Anuar Wahab di beri dan diperakui dewan SESEPUH.Pengakuan tertinggi dan pengiktirafan paling tinggi didunia dalam beladiri. "Saya guna satu jari mcm ini lah untuk jatuhkan dia..dia JATUH...tapi saya sambut agar tak jatuh terua tercabut lutut.Betul kata orang kalau tak kiat patah". Cikgu suruh saya bangun untuk tunjukkan bagaimana dia perlakukan tolakan untuk rebahkan seorang panglima. Orang pahang dan perak kata 'Julat'.(cikgu Anuar org Perak).Biasanya kawan kepada julat ialah rebah@ jatuh. Satu mainan dlm pulut yang tiada menggunakan tenaga dgn mudah menjulat jatuh... Ternyata ampuh.Pendekar besar tadi dipapah bangun sebelum orang lain nampak permainan itu telah merebahkannya. Bangun lalu menyambung selangkah dua untuk tutup permainan.Hanya yang di julat sahaja tahu betapa malunya. Namun usai permainan.Pendekar hebat yang juga kepala dewan sesepuh tanah seberang lantas istiharkan beliau sebagai ahli dewan sesepuh.Orang pertama dari luar mendapat akuan. Pesan cikgu. "Kalau kita main dengan orang...kalau mereka tak ada barang..kita dah cuba letak..mereka tak sedar..tak kalih..simpan x buka...buka tak masuk..maknanya mereka tak sampai....jangan sesekali jatuhkan lawan.Malu nanti!". Pesan yang masih segar dicuping telinga.

4 comments:

  1. Nak beritahu...bab silat pulut dan sejarah asal usulnya sy akan tulis pnjng lebar kemudian..

    ReplyDelete
  2. Terbaik cikgu...prmainan pedang hajat x kesampaian dpt air tangan Guru Utama gara2 tiada perisai saat tu

    ReplyDelete
  3. Guru keeampat cerita hal Arwah GU diangkat dlm Dewan Sesepuh. Cuma kslu ini seronok membacanya hingga rasa infin menangis. Asyik membaca...fahamlah saya tersangat banyak hal Arwah GU yang saya belum tahu...belajar dengan muridnya sahaja tak habis2 belajar...bagaimanalah tuan2 guru semua menuntut ilmu dgn beliau...

    ReplyDelete