Pages

Tuesday, 14 February 2017

Petua Berhentikan Anak kecil Menyusu Badan Ibu.

Anak @ bayi menyusu sejak lahir.Digalak menyusu badan sehingga umur 2 tahun@ 2 tahun 6 bulan. Namun menjadi masalah pulak apabila usia bayi menjangkau 3 tahun..4 tahun malah 5 tahun masih menyusu badan lagi. Ini namanya ketagih menyusu.Bermasalah bagi ibu yang bekerja dan kurang air susu.Juga kurang elok bagi bayi. Salah satu kaedah mudah diguna orang melayu ialah dengan menyapukan sedikit air@getah dari pokok akar patawali ke puting susu ibu.Biarkan bayi menyusu selepas itu. NAMUN harus kita ketahui rasa pahit akar kayu itu akan melekat lama pd puting susu dan mulut bayi.Biasanya bayi serik untuk menyusu lagi. Kesannya dibimbangi bayi akan rasa takut untuk makan makanan lain. .................................................... kaedah ke 2..selalu saya amalkan. Ambilkan pucuk daun sungkai.Sejenis pokok yang sering digunakan untuk buat tiang pagar di kg2.Bahagian pucuk yang paling muda berbentuk sikat. Ketika mengambil pucuk kayu ini hendaklah dengan kaedah ini... "Asalamualaikum ya nabi ilyas..aku mohon untuk mengambil pucuk ini bagi tujuan ubat anak @putus susu"....perbuatan sambil memetik daun tadi hendaklah sambil memalingkan muka ke belakang...mimik muka seakan sgt benci.Bawa pulang dan tanpa toleh belakang lagi. oporkan daun tadi di tapak tangan dan sapu pada puting susu ibu.Biarkan bayi tadi terus menyusu... INSHAALLAH...bayi akan berasa benci untuk menyusu. Yang menghairankan..kadang2 bayi berpaling seakan2 benci amat sangat kpd puting susu tadi..ini antara pengalaman mereka yg telah saya temui setelah mengamalkan petua ini. Cuma...kalau dapat seboleh2nya ambil pucuk sungkai daripada pokok yg dijadikan turus pagar. Selamat mncuba.sy izinkan #share

No comments:

Post a Comment