Pages

Thursday, 2 February 2017

GURU...SILAT pulut dan Ibu Gayung

....Hari ni Jumaat.Sebentar lagi saya pulang ke Raub setelah 4 malam temani anak saya diwad HoSAS. ..Sebelum pulang, saya nak kongsi cerita bagaimana suatu ketika di utara tanahair.Berlaku di sempadan negara. "Saya tak buat apa2 pun.Saya baca apa tadi yer...cikgu ***?" Cikgu kembali diam setelah anak muridnya tadi tidak menjawab.Di tenung dan renung dalam2.Moga tidak tergelicir.....tidak juga retak nafsu nya yang sering menyakat. Allahu...Allah.Cikgu tarik nafas dalam2..dilepasnya perlahan beserta percikan peluh sepi.Meremang dan bergetar liang roma. Anak muridnya yang senior itu masih sepi.Sesepi khalayak yang memenuhi rumah kayu lama itu.Malam menjengah pagi. Jam 12.00 cikgu di jemput ke sebuah rumah.Usai urusan silat di sebuah daerah. "Cikgu....minta hadir juga..walaupun sebentar...lama telah kami nantikan kelibat cikgu...bantu mana mana yang cikgu boleh". Melutut simpuh hormat seseorang.Sugul di malam hening itu.Sanggup menunggu mengharap sesuatu. Saya diberitakan. Di sebuah rumah ...seseorang yang telah lama terlantar atas mengkuang.Tdak makan minum malah berganjak tidak..telah sekian lama tubuh sekujur itu berteman lantai.Mata tidak mengenal bumbung.Telinga hanya untuknya...mungkin.Mulut tiada mutiara buat rindu anak waris. Di beritakan telah ramai yang berikhtiar untuk mengubat jasad terbaring lesu itu.Di khabar kan seorang yang paling dikenali dalam perubatan islam tanahair juga turut mencuba ikhtiar.Namun belum berhasil. Puluhan mata menantikan. Cikgu rapat ke sisi tubuh yang terbujur.Kosong dan tiada apa apa dalam benaknya.Tiada ikhtiar untuk aku menolong mu.Engkau tiada upaya ..malah aku juga langsung tiada upaya... Engkau redha dengan nasibmu kerana itu engkau disini.Aku redha atas kekosongan kudrat dan iradatku... Cikgu berbisik.Hatinya bergetar merenung insan itu. Tiba tiba. " dah berapa lama dia ni macam ini?" Soalan yang diada adakan.Menutup getar hati yang lara.Hati yang benar benar kosong. "Dah bertahun tahun dah cikgu...tak makan minum". Warisnya merapati cikgu sambil menghulur segelas air masak mati yang diminta tadi. Sejuk dan sunyi saling membekas.Namun hati dan bayangan masih kosong.Hanya DIA yang nampak dirohani cikgu ketika itu.Memenuhi sekelian alam. "Air ada...air kopi ...kopi 0..tekak aku dahaga sangat sangat rasanya". Dihirupnya perlahan.Hingga tidak berbaki. Didapur waris dan tuan rumah dilumur peluh dingin.Mengukut baki nasi kering dingin.Di kumpul baki sebanyak mana yang dapat. Mana nak cari nasi malam malam begitu. suasana beransur hingar.Cikgu berundur ke kaki yang tadi terlunjur lurus. Memberi laluan waris merenjis air mati tadi.Sambil mengelap muka anak yang baru tersedar dari lena keletihan. Malam itu.Menjengah pagi...ruang sempit rumah kayu itu padat dengan kehadiran yang entah dari mana. Khabar dibawa angin dingin membawa mereka ke situ. Itulah ...kehendak Allah. Anak murid peneman cikgu masih ada di negeri utara..masih disana seorang saksi.Temuilah dia.. ceritanya lagi... Lalu saya bertanya kembali pada cikgu...kata cikgu Entah lah... Selepas anak dia sapukan air pada muka...pada badan sampai ke kaki..tiba tiba dia bangun.Macam orang mengigau...minta air nak minum...lapar..mintak nasi nak makan... habis makan elok berborak.Duduk berlunjur... Subhanallah... cikgu kata..dia tak buat apa2 pun.cuma minta dia boleh bangun..sihat... Hari itu saya mengiyakan hakikat pesan cikgu.. 'Ayat tak memberi bekas...Barang DIA tak berwarna..tak berbau..berumah..tak berwarna". Dalam pelat perak cikgu menyebut warena..(warna) ------------ Hati bersih dan kosong pd segala mahkluk isi pada yang punya makhluk.Hina diri sikap dan sifat makhluk bawah takluknya.Sirnalah Hak DIA.Hancur leburlah segala sifat dan kehendak atas ESA nya. Ikhlas tidak bersyarat.Serah tanpa harap.Sedar tanpa minta.Kerana yang ada telah lama ada.Yang tiada telah sedia tiada.Bulat bulat DIA. Itu katanya. Hari itu saya semakin bodoh dan hina...Kuku yang terpotong lagikan bertasbih.

No comments:

Post a Comment