Tuesday, 5 September 2017
HEBATnya GURU
Di asahnya anak murid yang begitu ramai memenuhi ruang belakang rumahnya.Anaknya turut sama.Berpeluh berpeluk dalam permaianan seorang guru.Dialah ayah dialah guru.
Bagi seorang guru tua itu.Tiada beza antara anaknya dan anak murid yang diasuh selama ini.Hatinya teguh agar anak anak itu disatu hatinya agar menjadi melayu.
Melayu itu sikapnya..sopan dan gaya hidupnya ada rukunnya.pakaian melayu..bercakap bahasa melayu..dan adab melayu.
Lembutnya budaya melayu bila berkata2 dia berlapik.Mendidik tidak memilih.Anak orang anak kita.
Guru itu akhirnya pergi jua.Tertutup rapat matanya meninggalkan ribuan anak anak.
Tergenang dimata anaknya yang sebilangan.Menahan dia sebak sekian lama.Manakan tidak sejak kecil gelanggang itulah tempat dia menerima benih langkah silat melayu.
Bangga anak anak murid dan anaknya.Namun tuhan ambil jua dia daripada sekelian yang masih memerlukan guru tua itu.Pergilah..rehat dan damailah disana.
Anak dan isteri mana yang rela seorang ayah terlepas begitu sahaja.Perit dan luka itu pasti pedih kembali.Ulanglah detik demi detik..kenangan demi kenangan sejak kau bergelar anak kecil..tiada upaya bagimu bersamanya lagi.
Guru tua itu telah lama pergi.Anak anak masih disini.Berteleku..bertempik..berhibur libur.Adakah sama ingatan anak dan anak murid kepada mu wahai guru.Tentu sekali tidak akan pernah sama.
Namun ingatan dan curahan seorang guru kepada anak murid dan anaknya kamu inginkan hak yang sama.Manakn begitu.
Kasih di talian darah dan anak didik tidak akan pernah sama tarafnya.
Dia telah pergi.
'Kamu belajar silat untuk apa..untuk kamu bergaduh?.
Untuk kamu bertahan agar kamu tidak pernah kalah.Apabila kamu kuat kamu akan mencari musuhmu ..untuk kamu membuktikan bahawa kamu menang.
Sehingga kini aku masih pegang dan beringat ingat dengan kata kata seorang guru itu.
Di akhir kalam untuk menjadi insan tinggi dia mengajarkan.
'Rendahkan diri kamu ..kerana Allah menerima darjat hambanya yang fana kan dirinya sahaj.Apabila kamu menjadi hambanya..ketika itulah kamu mulia dalam pelukan tuhanmu yang esa'.
Oh..begitu.
Fatani itu dari sifat dan perkataan fatanah.CERDIK.
Cerdik tanpa panduan iman dan tunduk pada nafsu akan hanya memenangkan syaitan seteru sebenar kamu.
Ramai yang menadah kitab dari guru tua itu.Namun hikmahnya telah di ambilnya bersama..dibawanya pergi di hari kematiannya dulu.
Tika ini hati hati anak anak itu telah hampir mati Dan akan mati.Kerana sedikit gelaran dan darjat untuk dipakaikan pada hati..segala ajaran guru terbuang sepi.
Benarlah telinga ini menadah kata kata guru tua itu.
'Bila aku mati nanti..** akan pun akan mati'.
Namun apakan daya.Aku hanya insan biasa.
Al fatihah untukmu guru.
Jampi Dan petua tersengkang tulang ikan
..share dan luaskan.
Besarnya nikmat islam dan hikmah dalam Quran.
Ini petua dan jampi dari kalangan orang melayu turun temurun.Ini di ambil dari sebelah nenek saya.Semoga pahala berterusan untuknya.
Ramai dikalangan kita tersengkang tulang ikan ketika makan bersama nasi.Di Pahang daerah Raub di sebut gesak tulang ikan.
Ada yang ke klinik dan hospital untuk tujuan mengeluarkan tulang yang tersangkut dan tersengkang di tekak.
Petua ini amat ampuh dan inshaAllah mujarab.Mudah untuk diamalkan.Amat berkesan.
Caranya.
Isikan air masak@putih ke dalam senduk.Sambil minum air dari dalam senduk tadi hendaklah berselawat dan telan air tersebut.Nescaya tulang yang melekat di tekak akan hilang @ terlepas.
Satu cara lagi dengan minum sesudu madu lebah.Diminum sambil berselawat.Juga amat berkesan.
Saya izinkan di amal dan disebarkan jampi dan oetua ini.
Salam hormat.
Saturday, 19 August 2017
santau
Suatu malam guruku bercerita perihal santau.
Kisahnya ketika anak muridnya membuat demo silat di suatu daerah di Kedah.
Ketika giliran pasukan daripada pasukan lain berada di tengah gelanggang.Empat ahli silat dari pasukan silat itu tiba2 jatuh bergelimpangan.
'Seperti ayam kena sembelih".
Sambung rakan yang bersama kami sambil minum2 pada malam itu.
Menurut sumber yang sahih,santau tersebut ditujukan kepada anak buah daripada persatuan yang diterajui guruku.Namun sebaliknya pula berlaku.
Orang lain jadi mangsa.
Kejadian beberapa tahun sebelum itu juga begitu.Anak kepada guru aku yaga berada di satu upacara perubatan.Bomoh tersebut terganggu dan upacara menurun tidak menjadi.
Siapa yang BERAMAL sila keluar dari kawasan ini!!
Setelah itu barulah segala upacara bomoh tadi menjadi.
Ternyata beberapa amalan org dulu2 menjadi tepat pada waktunya tanpa dipinta.
'Ayat mana yg nak dipakai ...cikgu?"
Soalku pada suatu ketika dulu.
Kalau banyak sangat nak hafal tak terdaya juga.Setiap masalah ada ayatnya..setial musih ada muslihatnya..berguni2 ayat kena baca.
akhirnya baru aku faham maksud ayat tidak memberi bekas.Cuma amalan perlu untuk mentauhid dan beramal.Amal akan datanglah hikmat.Belajar
.berilmu dan beramal.
Itu kata kunci yang sering disebut.Faham juga akhirnya bila beramal.
Teringat aku ketika makan nasi di Tesco Kajang tengahari itu.Hampir segenggam kaca dalam pinggan aku.
Cikgu hanya berkata..tukar nasi lain.
Aku menurut.Dan cawan kaca berisi air minum juga rupanya telah sumbing.
Kedai ini tak perihatin pasal pinggan dan cawan mereka yg dah rosak rupanya.Balasku sambil.minta tukar yang lain.
Tuesday, 25 July 2017
Tak ingin aku Bersuka ria Lagi
Tapi aku juga x ingin menangis selamanya.Dimana harus aku mulakan dan dimana harus aku hentikan.Remuk hati bukan aku kecewa..bukan aku merana.
Aku hanya inginkan TUHANku yang agung.Tiada tali hanya lah DIA.
Namun aku insan lemah dikelilingi manusia durjana dan mulia.Aku harus mengorak langkahku sendiri walaupun longlai walaupun tersadung keletihan.Padanya aku serahkan agar dibawah arus yang lurus.
Adakah aku zalim kpd mereka.Ya Bagi mereka aku memang zalim.Kerana Aku tidak menuruti jalan mereka.Aku punya jalan sendiri walau pahit harus ku gagahi.
Hatiku berkata..bukan aku yang zalim..mereka menzalimi diri mereka sendiri.Aku lemas begini.Namun hidup pasti kuteruskan.Agar DIA bersamaku.
Biarlah dunia ingin kata apa.nilailah sepuas hati kalian.Bawaklah fitnah dan sebarkanlah ia.Aku menanti disana untuk ku tuntutnya kelak.
Ahli ku sendiri jauhkan diri kerana aku tidak tunduk pd mereka.Apakan daya.Aku tidak pernah paksa.Aku bawak mereka sejak hari pertama bersama..sejak hari pertama takdir mereka menjadi ahli keluarga..namun andai kalian tersadung..tersungkur..ketahuilah aku telah lakukan yg terbaik untuk dunia dan akhirat kalian.
Andai aku bersalah aku mohon keampunan.Andai aku memaksa kalian..itu tanda aku sayang kalian.Aku tiada lain..hanya kerana DIA.Kerana itu aku yakin dan terus mara ikut hati dan rasa ini.
Aku catatkan ini bukan utk tatapan kalian atau siapa jua.Aku hanya ingin lepaskan rasa Agar ia jadi saksiku disana kelak.
YA ALLAH AMPUNI AKU
AHLI KU
matlamatku hanya MU.
Sunday, 11 June 2017
Guru yg tawadhuk.Sambungan rahsia ibu gayung.
...
Maaf lewat sambung kisah ibu gayung dan main pulut.
Ramai yg anggap mereka juga bersilat dan berpulut.Padahal pulut itu dimainkan atas sebab musabab yg terancang.Ada sejarahnya.Sejarah yg bermula di Melaka.
'Tergayang2 tangan dan kaki..boleh tendang terajang..tumbuk dan berkuda2..itu dah dikira silat, mana betul tu".
Guru tua itu bersuara bila lihat pandai pandai yg tua muda menggayakan silat.Tari terkinja kinja bergurau senda dikatakan main pulut.
"Pulut ada makna dlm gerak dan guraunya..Adab mainnya berlapik.Dilihat yg arif dan org lama nanti malu.Apatah lagi dimainkan oleh org lama".sambung seorang guru tua.
Kalau dah faham lapis gerak dan makna dlm gerak barulah belajar yg kasar..keras dan ilmu kuat.Silat ni pakai masa muda dan tua.Kalau dah tua nak terbang macamana..nak hambur lompat 2 org pun x lepas...
Dah dapat hadam gerak lembut dlm keras..keras dan laju jadi lembut bila dah faham asal usul gerak.Belajar amal dan perhati dgn hati bersih..dptlah ibunya.
"IBU gayung xda pd barang lain.Ia disimpan dlm pulut.Kalau pulut tiru2..mana ada ibu dlmnya...ibu gayung dlm hal kebatinan duduk dlm kerohanian..bersangkut dengan ketuhanan.Faham..iman..amal dan hikmat bersilang kait".
Dlm bab ini..ibu gayungnya boleh amal..belum tentu dapat dan menjadi.Ia anugerah Allah sahaja.Tapi dlm silat@ bergayung semua org boleh belajar..boleh menjadi..x kira tua muda..islam..kafir..melayu dan bukan.Ia gerak fizikal.Tahu rahsianya..pandai dan celik hati..gerak asal.hadam..usul kejadian gerak di kuasai..tinggilah tahap kefahamannya.Barulah ibu gayung dapat bersarang dlm sesebuah mainan.
Main silat dan pulut gerak tahap tinggi kena berguru..kena turun tangan guru..bukan boleh rakam video dan balik...lepas itu tiru.
Rahsia dan falsafah geraknya mesti di syarahkan.Baru faham.Dah faham buat dan amal.Baru keluar hikmah.Itu hukumnya.
Kami nganga jer dengar dan cuba hadam.Sampai.tamat x hadam2.Begitu rupanya.
Hikmah datang dan pandai datang bila kamu jadi guru.Ajar murid yg baik dgn betul.Silap salah muris mu akan jadi ilmu baru bagimu.Jadi hikmah yg Allah turunkan pada kamu.Guru x dpt turunkan hikmah..ada masanya murid dapat..guru belum bertemu hikmah.Ibu gayung juga begitu.Ia berumah dan duduk pd tempat yg elok...pada org yg elok2 sahaja.
Huh.Betullah...jangan berhenti membiarkan air mengalir..ia akan tersekat dan berbau.Alirkan...hak yg benar akan sampai kpd yg berhak.
Bila kita faham...nak dapat ibu.kena berguru.berGuru pula pd yg faham ...biarpun dia seorang yg dhaif rupa..dhaif harta..dhaif dan hina pd mata manusia..kerana dhaif dunia itu tanda matilah segala rasa ber'ada'.
Kerana selagi rasa diri 'ada'...tiada dipandang dan ditelek hati oleh maha penciptanya.Dhaif dunia ..fanalah segala...timbullah yg hak sahaja dipakai pd diri seorang hamba...setelah jadi hamba...diterima dan diberi kepadanya segala yg sepatutnya ada pada seorang hamba..
Maka fahamlah kita.Segala ibu itu duduk pd yg tahu sahaja.Guru punca tahu itu..harus dicari dan diburu..agar faham dan amal yg tidak merugikan..
Al fatihah utk tuan Guru Cikgu ANUAR WAHAB.
....catatan hamba...kpd guruku..aku yg hina.Aku akan menyusulmu.Semoga guru dipayungi bersama para nabi dan syuhada.Rindu kami pd mu..agar kembali berjiran di jannah.ALLAHUAKHBAR...
Saturday, 10 June 2017
Rezeki ...cara terkini.Berniaga
...sejak sekian lama nak kongsi hal ni.Masa dan mood x dpt lagi.Pagi ni ia datang.sempat tulis mana yg boleh.Jadi laa..
Sejak sekolah lagi aku rasa dan lalui pelbagai zaman.Rasa suka duka dlm susang senang.Bahagia derita dan sihat sakit.
ALLAH bagi utk kita belajar jadi matang.Dewasa.
Cuma terpulang pd kita nak ambil dari sudut mana.Positif dan negatif saling berkawan dan berpasang2.
Aku nak kongsi tips mudah dalam melayari satu dpd segmen hidup yg rencam ni.Jok kita kongsi kisah ekonomi.Al maklumlah ni tahun 2017...sedang gawat sejak 3 tahun lalu.
Sebelum gawat aku dah dpt maklumat pasal ekonomi akan jatuh.3 tahun sebelumnya.Aku ikuti tulisan pakar2 dunia.Robert kiyosaki..manusia yg pelik ni berfikir dan bertindaj terbalik.Korang bacalah buku2 dan tulisannya.
Sejak dewasa aku dh bertemu 3 kali saat genting ekonomi menjunam.Tiap kali tu aku masih selamat.Cuma od tahun 1998 agak terjejas sebab xda experien.
Jom kita kongsi tips ni.
Rasanya masih ramai yg punyai kampung kan?sering balik kg.kenal ramai org kg sendiri..xpun kg kawan2.
Seeloknya kenal rapat dengan diorang.Di kg ada musim2 buah..bekalan sayur segar dan ikan sungai juga laut.Udang ..kambing lembu juga banyak.
Nampak x apa yg aku nampak sekarang?
Aku sejak dulu kenal rapat dan tau hasil mahsul kg yg boleh dipasarkan.Eh xkan nak jual benda2 ni..malu lah..nak kerja lagi..nak jual lagi..nanti org nampak kita mcm xda duit..
Mcm nak minta duit kat org..padahal kita berniaga.Halangan paling besar dlm berjual beli.ialah MALU...dah pulak kalau kita dah banyak duit dan hensem@lawa.
Nak jaga status.Nanti kwn2 jumpa kita niaga kat tepi jalan.Kaki lima..
Ok..baca baik2!!
Masa kita kerja ...tau x siapa kawan dan bos kita? Tau tapi x kenal betul2.sebab dia duk atas..dia bos kita..kita pekerja..taat dan ikut arahan dia jer..dah pulak kalau toke kita tu cina..langsung x kenal banyak.
TOKEY yg bagus akan bezakan tahap bos dan kuli.Kita cukuplah dpt pangkat diberinya..dpt kerja dan gaji.Setahun sekali dpt bonus.
elaun itu ini boleh beli kereta dan rumah.Dah tua pencen jadi jaga..jaga cucu dan yg byk duit melancong.Kita pencen org lain ganti tugas tadi.Dpt gaji lagi.
1 org tokey bayar gaji ramai pekerja.Tokey melayu kuli melayu..tokey cina kuli melayu..jarang2 jumoa tokey melayu kuli cina.
ok...aku nak street cerita bagaimana nak buat duit dan payah nak susah masa ramai org susah.Tapi x boleh cerita semua segi..xdan tulis..lainkali pulak.
Macam ni.Time balik kg sambil balik bandar nak kerja tu tanya2 harga barang kat kg..compare dgn pasar kat taman kita duduk..x beli dan x jual pun.Esok time balik kg tgk2 barang kat hypermarket..buat mcm tu pulak..lama2 idea akan cambah camana nak berjual beli.Sambil balik@ berjalan mkn angin dpt idea..lama2 dpt duit dan dpt untung.Ada beza...sebab berniaga bukan shj nak untung...kalau kita bniaga nak cari rakan..kenal ramai org..kita akan senang suatu hari nanti.Banyak cable dlm poket kita..semua jalan jd mudah..disitu kita akan kebal dpd malu..sebab kita niaga tepi jalan jual durian..dlm masa tu kita dpt duit..dpt experien..dpt kenal tuan DO..kenal yb..kenal pegawai polis..Dr..cikgu..kenal awek..kenal jodoh dan kenal peniaga lain..untung x?
Kalu jadi cikgu ...kenal anak murid dan parent je..lmbat dpt kawan ramai...niaga tepi jln kenal mcm2 ragam manusia..dpt lubang dan kawan.
so..sekarang dah paham macamana nak bina kerangka pemikiran yg sgt2 simpel..?
akhirnya otak separug sedar kita akan fokus kpd seronoknya berniaga..mula dpd zero.
kita ada phd..ijazah..diploma..ramai org pon mcm kita.Lagi pandai kita lagi tinggi gaji..lagi banyak kerja dan tugas diberi kpd kita..tokey kita sekolah abis spm jer..cuba tanya anak kita...siapa pandai.Tokey ke kita?
Kalau kita rasa kita pandai kita kena jadi tokey.Bukan duduk bawah mereka yg gunakan kita.
ok lah.Jangan terasa.Sebab kita ada alasan.Modal..tempat..lesen..barang..sokongan bini dan awek..malu mak marah ..jaga maruah dll..
Caranya...dengan ubah cara dan kerangka pemikiran kita..semua jadi mudah.Nak dpat semua ni kena ada kawan2 peniaga..usahawan dan org yg nak serta sanggup share semua hal@rahsia..baru boleh capai sebagaimana mereka capai...
caranya...
mudah...
cari kawan..
cari ilmu...cari peluang...
semua ni boleh dpt dr org yg baik2 jer...org yg hidup utk mati..yg ada bertuhan...kalau x baik sgt dan alim sgt pon..tapi sekurang yg jaga solat 5 waktu...yg x sayang utk sedekah jariah..dan yg CUBA utk tidak langgar syarak...
carilah org2 ni..insyaAllah dunia dan isinya milik anda.Jangan lihat pd kulit...
kalau kulit..org cina lagi x cantik..seluar pendek..x pndai english(pelat) ..selipar biasa2...tapi lihat aset dan bisnes mereka..
jom fikir3..jom jelajahi corak pemikiran org2 hebat spt Nabi S.a.w.dan para sahabat...
TQ..nt sambung lagi erk..
Monday, 17 April 2017
Petua nak Kaya dan Berjaya..di Jamin 100%
Aki tidak mahu cerita pasal bangsa lain.Aki nak sentuh bangsa Melayu.Dikatakan bangsa ini keturunan @ anak Katurah.Nasab nabi Ibrahim.
Rupanya bangsa Melayu terpilih.Alhamdulillah.Gen yang kukuh sebelah nabi yang hebat.Manusia pilihan Allah.Kerana ituah bangsa melayu payah nak dipesongkan akidahnya.Benda lain tidak menjadi masalah.Jangan kata melayu kafir sudahlah.Mengamuk dia.
MELAYU BAIK.
Ramai yang marah apabila aki posting kat fb pasal hanya 17% orang Malaysia solat penuh 5 waktu sehari semalam.Termasuklah melayu.Dan ulamak dah kira hanya seorang daripada 1000 orang di dunia hari ini yang dapat masuk syurga.Nisbah manusia zaman ini!
Aki nak bicara pasal kebaikan orang melayu.Ramai yang cakap.
'Baiknya anak engkau yer Timah"
Puji jiran Timah.
"Tunang anak awak tu sporting betul yer" puji Pak Akob.
Kerajinan orang melayu dimajlis kenduri kendara juga amat memberansangkan.Kerja dua hari dua malam tanpa henti..tanpa solat walaupun satu waktu.
Solat kadang2 semasa susah.Puasanya penuh.Sedekahnya banyak.Zakat tebal resitnya.Adab dan budayanya lemah lembut.Amat menarik untuk dikaji.Namun tabung dan tiang tiada.
Nabi s.a.w dah nyatakan...
Perkara pertama yang dihisab dan dilihat kelak ialah solatnya.Andai sempurna dan elok solatnya..akan eloklah amalan lainnya.
Maknanya..kalau solat tidak sempurna..tidak solat..solat kadang2 bila suka..bila ada mood baik..
Maknanya tiadalah terpakai lain lain amalan tadi.Puasa ..zakat..sedekah..tolong orang..baca quran..zikir dll tiada nilai.
Malang sungguh.Berapa ramai bangsa melayu begini.Adik beradik anak beranak serumah.Ditegur masam muka.Nak solat pun malu.Duduk dikalangan orang yg tidak solat amat seksa.
Anak solat mak tidak.Ayah solat isteri tidak.Atuk solat mak tidak.cucu solat atuk tidak.
Naik kereta sama2 ..makan sama2..berhenti di RnR solat...boleh kawan2 tgk sahaj ..tak solat.Ini biasa..
Seorang ulamak pernah cakap..apabila mak ayah ..adik beradik..saudara mati kelak..di buat tahlil dan baca quran.Nak bagi pahala kpd si mati di dalam kubur.Tapi bagi orang yang tidak solat...mereka tidak dapat@ tidak sampai pahala itu kepada mereka.Malang sungguh.Habis juga seribu dua buat makan kenduri tahlil..anak cucu riuh rendah makan makan sedap.Majlis bersuka ria..malam pertama tahlil arwah sahaja malam sedih..hari lainnya kenduri pesta makan dan riang ria anak cucu.
Aki nak ajaklah rakan2.Baca dan ulang baca.Bagi paham.Nekad untuk jaga solat sehingga timbul rasa bersalah dan tak sedap badan bila tak solat.Baiki amalan harian.Solat dan doa sungguh2 sampai dapat tumpu 100%.
Inilah rahsia kejayaan.Orang x solat..walau nampak kaya..bahagia dan bergaya.Mereka sebenarnya gelisah..kosong hati dan hidup lintang pukang.Penuh masalah.Kalau bukan masa muda atau remaja...saat susah itu akan sampai ketika tua kelak.
Kes hidup sensara dan sakit pelik2 timbul ketika tua.Hidup merana di akhir usia.
Jom ..mula hari ni..kita buat buat solat..slow slow...yang dah solat penuh baguslah.Tambah amalan lain banyak2.Sedekah setiap pagi petang..baca quran dan banyak zikir..istifar dan doa ..solat malam dan puasa..doa sungguh2..
Allah beri cash ..segera..cepat..kalau x percaya ..kena juga percaya..buat lah..lihat hasilnya..
DOAKAN agar aki dan bangsa aki terus dapat istiqomah dalam iman dan beramal.Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)