Pages

Monday, 17 April 2017

Petua nak Kaya dan Berjaya..di Jamin 100%

Aki tidak mahu cerita pasal bangsa lain.Aki nak sentuh bangsa Melayu.Dikatakan bangsa ini keturunan @ anak Katurah.Nasab nabi Ibrahim. Rupanya bangsa Melayu terpilih.Alhamdulillah.Gen yang kukuh sebelah nabi yang hebat.Manusia pilihan Allah.Kerana ituah bangsa melayu payah nak dipesongkan akidahnya.Benda lain tidak menjadi masalah.Jangan kata melayu kafir sudahlah.Mengamuk dia. MELAYU BAIK. Ramai yang marah apabila aki posting kat fb pasal hanya 17% orang Malaysia solat penuh 5 waktu sehari semalam.Termasuklah melayu.Dan ulamak dah kira hanya seorang daripada 1000 orang di dunia hari ini yang dapat masuk syurga.Nisbah manusia zaman ini! Aki nak bicara pasal kebaikan orang melayu.Ramai yang cakap. 'Baiknya anak engkau yer Timah" Puji jiran Timah. "Tunang anak awak tu sporting betul yer" puji Pak Akob. Kerajinan orang melayu dimajlis kenduri kendara juga amat memberansangkan.Kerja dua hari dua malam tanpa henti..tanpa solat walaupun satu waktu. Solat kadang2 semasa susah.Puasanya penuh.Sedekahnya banyak.Zakat tebal resitnya.Adab dan budayanya lemah lembut.Amat menarik untuk dikaji.Namun tabung dan tiang tiada. Nabi s.a.w dah nyatakan... Perkara pertama yang dihisab dan dilihat kelak ialah solatnya.Andai sempurna dan elok solatnya..akan eloklah amalan lainnya. Maknanya..kalau solat tidak sempurna..tidak solat..solat kadang2 bila suka..bila ada mood baik.. Maknanya tiadalah terpakai lain lain amalan tadi.Puasa ..zakat..sedekah..tolong orang..baca quran..zikir dll tiada nilai. Malang sungguh.Berapa ramai bangsa melayu begini.Adik beradik anak beranak serumah.Ditegur masam muka.Nak solat pun malu.Duduk dikalangan orang yg tidak solat amat seksa. Anak solat mak tidak.Ayah solat isteri tidak.Atuk solat mak tidak.cucu solat atuk tidak. Naik kereta sama2 ..makan sama2..berhenti di RnR solat...boleh kawan2 tgk sahaj ..tak solat.Ini biasa.. Seorang ulamak pernah cakap..apabila mak ayah ..adik beradik..saudara mati kelak..di buat tahlil dan baca quran.Nak bagi pahala kpd si mati di dalam kubur.Tapi bagi orang yang tidak solat...mereka tidak dapat@ tidak sampai pahala itu kepada mereka.Malang sungguh.Habis juga seribu dua buat makan kenduri tahlil..anak cucu riuh rendah makan makan sedap.Majlis bersuka ria..malam pertama tahlil arwah sahaja malam sedih..hari lainnya kenduri pesta makan dan riang ria anak cucu. Aki nak ajaklah rakan2.Baca dan ulang baca.Bagi paham.Nekad untuk jaga solat sehingga timbul rasa bersalah dan tak sedap badan bila tak solat.Baiki amalan harian.Solat dan doa sungguh2 sampai dapat tumpu 100%. Inilah rahsia kejayaan.Orang x solat..walau nampak kaya..bahagia dan bergaya.Mereka sebenarnya gelisah..kosong hati dan hidup lintang pukang.Penuh masalah.Kalau bukan masa muda atau remaja...saat susah itu akan sampai ketika tua kelak. Kes hidup sensara dan sakit pelik2 timbul ketika tua.Hidup merana di akhir usia. Jom ..mula hari ni..kita buat buat solat..slow slow...yang dah solat penuh baguslah.Tambah amalan lain banyak2.Sedekah setiap pagi petang..baca quran dan banyak zikir..istifar dan doa ..solat malam dan puasa..doa sungguh2.. Allah beri cash ..segera..cepat..kalau x percaya ..kena juga percaya..buat lah..lihat hasilnya.. DOAKAN agar aki dan bangsa aki terus dapat istiqomah dalam iman dan beramal.Amin

Tuesday, 14 February 2017

Petua Berhentikan Anak kecil Menyusu Badan Ibu.

Anak @ bayi menyusu sejak lahir.Digalak menyusu badan sehingga umur 2 tahun@ 2 tahun 6 bulan. Namun menjadi masalah pulak apabila usia bayi menjangkau 3 tahun..4 tahun malah 5 tahun masih menyusu badan lagi. Ini namanya ketagih menyusu.Bermasalah bagi ibu yang bekerja dan kurang air susu.Juga kurang elok bagi bayi. Salah satu kaedah mudah diguna orang melayu ialah dengan menyapukan sedikit air@getah dari pokok akar patawali ke puting susu ibu.Biarkan bayi menyusu selepas itu. NAMUN harus kita ketahui rasa pahit akar kayu itu akan melekat lama pd puting susu dan mulut bayi.Biasanya bayi serik untuk menyusu lagi. Kesannya dibimbangi bayi akan rasa takut untuk makan makanan lain. .................................................... kaedah ke 2..selalu saya amalkan. Ambilkan pucuk daun sungkai.Sejenis pokok yang sering digunakan untuk buat tiang pagar di kg2.Bahagian pucuk yang paling muda berbentuk sikat. Ketika mengambil pucuk kayu ini hendaklah dengan kaedah ini... "Asalamualaikum ya nabi ilyas..aku mohon untuk mengambil pucuk ini bagi tujuan ubat anak @putus susu"....perbuatan sambil memetik daun tadi hendaklah sambil memalingkan muka ke belakang...mimik muka seakan sgt benci.Bawa pulang dan tanpa toleh belakang lagi. oporkan daun tadi di tapak tangan dan sapu pada puting susu ibu.Biarkan bayi tadi terus menyusu... INSHAALLAH...bayi akan berasa benci untuk menyusu. Yang menghairankan..kadang2 bayi berpaling seakan2 benci amat sangat kpd puting susu tadi..ini antara pengalaman mereka yg telah saya temui setelah mengamalkan petua ini. Cuma...kalau dapat seboleh2nya ambil pucuk sungkai daripada pokok yg dijadikan turus pagar. Selamat mncuba.sy izinkan #share

Sunday, 12 February 2017

Punca Lelaki Dingin..Curang dan Ceraikan isteri

..sering orang tua pesan. "Jaga makan pakai laki engkau tu..jaga tempat tidurnya" Cakapnya jangan di bantah.Jaga badan...luar dalam". Dek kerana ramai yang dah mcm2.Malam ni saya nak cerita dan beri jawapan pd yg tak reti2 ..yang tak paham paham..tanya tanya..ajar ajar..ulang ulang benda yang sama. Tak apa lah.Lepas ni dah tau..gasak lah engkorang.Tak kuasa nak beritahu dah. Cuba perati elok elok.Masa engkorang belum kawin dan baru baru kawin. Ada bini engkorang bangun lewat dan muka serabut? Ada tidur tak basuh muka tak gosok gigi?tak ada kan??? Masa kenal bercinta nak dia jalan jauh jauh ..siap lambat lambat nak dating?tak de kan... Masa baru kawin ada dia bangun lewat..dia bangun awal kan? Nak siapkan sarapan..nak jadi bini misalan.SEDAP ..memang laki akan kata sedap..sebab baru kawin..masak papan dinding rumah pun sedap.Ambik sekeping buat sop papan...huh sedap..laki makan siap tambah. Masa awal kenal ..bercinta..ada pompuan tanya macam ni.. " nak makan apa..?..sekang jam berapa?..nak pegi mana ni?". Diorang akan tanya macam ni.. "Awak..nak makan apa?" "Man...cakap lah..nak makan apa?" "Yang..nak makan apa?". SIAP ada panggil na lagi kat depan ayat tanya tu..pandai bahasa melayu..nahu lulus A. Bila dah jadi bini lepas 6 bulan...erk erk.. "Marilah ...makan.." " cepatlah...sikit..makan pun lambat..nak sidai baju lagi ni ha.." "Makanan dah siap..kat bawah saji...nak siap kan anak dulu ni ha..". Ni.kes lepas as anak.. Dah lah bercakap x panggil nama macam bercinta...macam baru kawin... Cakap pun sambil pandang dinding...sambil basuh berak anak!!! Siang malam berkemban..bau bawang belacan budu jangan cakap lah... Muka macam hantu lepas beranak.Hantu penanggal pun takut..cabut lari kalau datang rumah tu. Nak kabor lah kat orang pempuan ni...laki korang tak kisah sebenarnya kalau masak tak sedap..pagi pagi tu pantang betul bagi seorang lelaki.. Bila bini BANGUN LEWAT dari dia. Paham..BANGUN LEWAT.... laki korang bangun awal.!!! Kalau nak tengok spesis ni ..mudah jer... Tengok kat kedai2 kopi teh.. Berapa ramai jantan laki orang minum di situ .. Mamak jadi bini diorang.Lagi sedap.Order siap sampai dalam 2 minit.Kalau di rumah..pagi2 dah lah macam hantu kubur baru bangun...nak jerang air..masuk tandas..masuk bilik mandi..dah pulak x mandi.. Sebenarnya laki laki minum kedai sebab nak tunjuk merajuk dan bantahan... Nak unjuk rasa menyampah pada bini.Lewat bangun pagi adalah sebagai satu tanda tidak hormat laki.Paham!!! Makin lama..makin kerap..akhirnya jadi biasa....biasa minum kedai kopi..pagi2 wasap kawan ajak minum...malas nak amik tau hal bini makan ke ..tak makan ke kat rumah. ITU tanda protes. AKHIRnya bini meradang...berbunyi lah pulak. "Awak ni..asyik lebihkan kawan jer..pagi malam makan minum dengan kawan". Bla bla bla...lastly..laki korang malas nak layan...nak ajak borak pun malas... Hari cuti...ambik cuti..cari kawan . bawak pancing...ini 2nd step..Protes yg makin besar!!! Bukan memancing sangat pun.Yang main golf..main badminton malam2 buta...main futsal. Bini nganga gelak2 sorang...menangis sorang2 depan tv layan drama.Tak perasan lagi pasal perubahan laki..sebab jahil!! BILA laki dah ada teman wasap perempuan lain..baru nak salahkan laki.Dah lambat bro...laki kalau dah jumpa simpang lain..dah dapat port...tak payah pujuk lah... sorry... Laki slowly akan balik rumah lewat malam.Kurang bercakap.Kalau bercakap dgn bini..nanti banyak gaduh pulak..ini dah fasa bahaya...bahaya!!! FAHAM? Lagi satu nak beritahu...pantang laki laki..bila bini TIDUR awal dpd dia... ALASAN bini... LETIH TERTIDUR TIDURKAN ANAK TIDUR NANTI HIDUP BALIK LIPAT BAJU PITAM.. bla bla bla Ini benda yang amat biasa berlaku...susah nak katalah.Engkoranf cuma perlu ingat jer lah..masa mula baru kenal..baru cinta..baru kawin..ada jadi macam ni? Chating larut malam. " I tak ngantuk lagi lah" "Tak apa...kalau u tak boleh tidur.I temankan U". "Kalau u boring..kol lah I..x kira jam berape pun i layan u". Pooddahh. Hahhh...sekali aki berleter..tak ingat dunia ek Bukan apa.Boringlah asik nak bagi nasihat jer..sorang sorang btau benda sama.Jiwa pun kacau.Banyak lah lagi ...tapi cukup lah..yang lain engkorang tambah lah sendiri... lepas baca ni...engkorang suruh bini bini..bakal bini dan janda2 korang baca blog ni.Biar jangan ulang lagi. Benda simple jer.Kalau jaga dua benda ni.. insyaAllah selamat lah.. INI pesan org tua tua dulu...banyak lagi lah..nanti kita cerita cerita lagi ek ..

Wednesday, 8 February 2017

Tanah nak jual

Ekonomi terus down.Kata pakar ini lah masanya untuk menjual aset beku bagi menjana modal pusingan.Walaupun harga rendah tapi terpaksa.Itu dalam kaedah untuk selamatkan bisnes. Tapi seeloknya jual masa ekonomi baik dan bukan masa terdesak.Harga boleh jual tinggi.Untuk dapat untung dan cash lebih banyak.Keduanya boleh digunakan. Siapa nak detail wasap jer 0192004008.

Sunday, 5 February 2017

Baca surah al-Qadri bagi menghindari zina

Zaman terkini.Akhir zaman,kata para alim. Anggaplah ini satu sedekah.Moga diamalkan.Dipanjangkan. Saya kutip dari tulisan mendidik anak soleh. Disamping usaha dan ikhtiar pendidikan terdapat juga usaha dan doa.Amalan untuk menjauhi anak2 terjebak dengan zina. Dalam kitab 'Hasyiah al-Bajuri'.Kata pengarangnya.. "Adalah sunat dibacakan surah inna anzalnahu (surah al qadri) di telinga kanan bayi, kerana sesungguhnya sesiapa melakukan demikian akan Allah pelihara bayi tersebut daripada maksiat zina sepanjang umurnya". Amalan ini dilakukan selepas azankan anaknya.Ataupun dijadikan wirid bacaan para ibu ketika menyusukan anaknya.

Saturday, 4 February 2017

KERAMBIT

Kebelakangan ni ramai cerita bab main kerambit.Besar besar panjang lawinya. Orang barat dan timur semua dah pandai tunjuk skill.Dulu dulu kerambit jadi senjata yang paling payah kita jumpa dan dipamerkan permainannya.Sekarang dah macam pertandingan seni solo senjata...kerambit. Kalau saya kata semua teknik main dan rukun mainnya itu SALAH!! Pasti ramai yang tak puas hati.Sebab nampak sangat hebat dalam video tu. Sebenarnya seni kerambit yang sebenar BUKAN yang itu. Ia mesti ada sifat lawinya. Ia mesti ada ukurnya. Ia mesti ada tempatnya. Bukan semua gerak berbuah. Bukan semua buah bergerak. Kerambit makan tak bermata Mata buta naluri merasa. ...cerdikpandai melayu yg kata..

Thursday, 2 February 2017

GURU...SILAT pulut dan Ibu Gayung

....Hari ni Jumaat.Sebentar lagi saya pulang ke Raub setelah 4 malam temani anak saya diwad HoSAS. ..Sebelum pulang, saya nak kongsi cerita bagaimana suatu ketika di utara tanahair.Berlaku di sempadan negara. "Saya tak buat apa2 pun.Saya baca apa tadi yer...cikgu ***?" Cikgu kembali diam setelah anak muridnya tadi tidak menjawab.Di tenung dan renung dalam2.Moga tidak tergelicir.....tidak juga retak nafsu nya yang sering menyakat. Allahu...Allah.Cikgu tarik nafas dalam2..dilepasnya perlahan beserta percikan peluh sepi.Meremang dan bergetar liang roma. Anak muridnya yang senior itu masih sepi.Sesepi khalayak yang memenuhi rumah kayu lama itu.Malam menjengah pagi. Jam 12.00 cikgu di jemput ke sebuah rumah.Usai urusan silat di sebuah daerah. "Cikgu....minta hadir juga..walaupun sebentar...lama telah kami nantikan kelibat cikgu...bantu mana mana yang cikgu boleh". Melutut simpuh hormat seseorang.Sugul di malam hening itu.Sanggup menunggu mengharap sesuatu. Saya diberitakan. Di sebuah rumah ...seseorang yang telah lama terlantar atas mengkuang.Tdak makan minum malah berganjak tidak..telah sekian lama tubuh sekujur itu berteman lantai.Mata tidak mengenal bumbung.Telinga hanya untuknya...mungkin.Mulut tiada mutiara buat rindu anak waris. Di beritakan telah ramai yang berikhtiar untuk mengubat jasad terbaring lesu itu.Di khabar kan seorang yang paling dikenali dalam perubatan islam tanahair juga turut mencuba ikhtiar.Namun belum berhasil. Puluhan mata menantikan. Cikgu rapat ke sisi tubuh yang terbujur.Kosong dan tiada apa apa dalam benaknya.Tiada ikhtiar untuk aku menolong mu.Engkau tiada upaya ..malah aku juga langsung tiada upaya... Engkau redha dengan nasibmu kerana itu engkau disini.Aku redha atas kekosongan kudrat dan iradatku... Cikgu berbisik.Hatinya bergetar merenung insan itu. Tiba tiba. " dah berapa lama dia ni macam ini?" Soalan yang diada adakan.Menutup getar hati yang lara.Hati yang benar benar kosong. "Dah bertahun tahun dah cikgu...tak makan minum". Warisnya merapati cikgu sambil menghulur segelas air masak mati yang diminta tadi. Sejuk dan sunyi saling membekas.Namun hati dan bayangan masih kosong.Hanya DIA yang nampak dirohani cikgu ketika itu.Memenuhi sekelian alam. "Air ada...air kopi ...kopi 0..tekak aku dahaga sangat sangat rasanya". Dihirupnya perlahan.Hingga tidak berbaki. Didapur waris dan tuan rumah dilumur peluh dingin.Mengukut baki nasi kering dingin.Di kumpul baki sebanyak mana yang dapat. Mana nak cari nasi malam malam begitu. suasana beransur hingar.Cikgu berundur ke kaki yang tadi terlunjur lurus. Memberi laluan waris merenjis air mati tadi.Sambil mengelap muka anak yang baru tersedar dari lena keletihan. Malam itu.Menjengah pagi...ruang sempit rumah kayu itu padat dengan kehadiran yang entah dari mana. Khabar dibawa angin dingin membawa mereka ke situ. Itulah ...kehendak Allah. Anak murid peneman cikgu masih ada di negeri utara..masih disana seorang saksi.Temuilah dia.. ceritanya lagi... Lalu saya bertanya kembali pada cikgu...kata cikgu Entah lah... Selepas anak dia sapukan air pada muka...pada badan sampai ke kaki..tiba tiba dia bangun.Macam orang mengigau...minta air nak minum...lapar..mintak nasi nak makan... habis makan elok berborak.Duduk berlunjur... Subhanallah... cikgu kata..dia tak buat apa2 pun.cuma minta dia boleh bangun..sihat... Hari itu saya mengiyakan hakikat pesan cikgu.. 'Ayat tak memberi bekas...Barang DIA tak berwarna..tak berbau..berumah..tak berwarna". Dalam pelat perak cikgu menyebut warena..(warna) ------------ Hati bersih dan kosong pd segala mahkluk isi pada yang punya makhluk.Hina diri sikap dan sifat makhluk bawah takluknya.Sirnalah Hak DIA.Hancur leburlah segala sifat dan kehendak atas ESA nya. Ikhlas tidak bersyarat.Serah tanpa harap.Sedar tanpa minta.Kerana yang ada telah lama ada.Yang tiada telah sedia tiada.Bulat bulat DIA. Itu katanya. Hari itu saya semakin bodoh dan hina...Kuku yang terpotong lagikan bertasbih.