Sunday, 11 June 2017
Guru yg tawadhuk.Sambungan rahsia ibu gayung.
...
Maaf lewat sambung kisah ibu gayung dan main pulut.
Ramai yg anggap mereka juga bersilat dan berpulut.Padahal pulut itu dimainkan atas sebab musabab yg terancang.Ada sejarahnya.Sejarah yg bermula di Melaka.
'Tergayang2 tangan dan kaki..boleh tendang terajang..tumbuk dan berkuda2..itu dah dikira silat, mana betul tu".
Guru tua itu bersuara bila lihat pandai pandai yg tua muda menggayakan silat.Tari terkinja kinja bergurau senda dikatakan main pulut.
"Pulut ada makna dlm gerak dan guraunya..Adab mainnya berlapik.Dilihat yg arif dan org lama nanti malu.Apatah lagi dimainkan oleh org lama".sambung seorang guru tua.
Kalau dah faham lapis gerak dan makna dlm gerak barulah belajar yg kasar..keras dan ilmu kuat.Silat ni pakai masa muda dan tua.Kalau dah tua nak terbang macamana..nak hambur lompat 2 org pun x lepas...
Dah dapat hadam gerak lembut dlm keras..keras dan laju jadi lembut bila dah faham asal usul gerak.Belajar amal dan perhati dgn hati bersih..dptlah ibunya.
"IBU gayung xda pd barang lain.Ia disimpan dlm pulut.Kalau pulut tiru2..mana ada ibu dlmnya...ibu gayung dlm hal kebatinan duduk dlm kerohanian..bersangkut dengan ketuhanan.Faham..iman..amal dan hikmat bersilang kait".
Dlm bab ini..ibu gayungnya boleh amal..belum tentu dapat dan menjadi.Ia anugerah Allah sahaja.Tapi dlm silat@ bergayung semua org boleh belajar..boleh menjadi..x kira tua muda..islam..kafir..melayu dan bukan.Ia gerak fizikal.Tahu rahsianya..pandai dan celik hati..gerak asal.hadam..usul kejadian gerak di kuasai..tinggilah tahap kefahamannya.Barulah ibu gayung dapat bersarang dlm sesebuah mainan.
Main silat dan pulut gerak tahap tinggi kena berguru..kena turun tangan guru..bukan boleh rakam video dan balik...lepas itu tiru.
Rahsia dan falsafah geraknya mesti di syarahkan.Baru faham.Dah faham buat dan amal.Baru keluar hikmah.Itu hukumnya.
Kami nganga jer dengar dan cuba hadam.Sampai.tamat x hadam2.Begitu rupanya.
Hikmah datang dan pandai datang bila kamu jadi guru.Ajar murid yg baik dgn betul.Silap salah muris mu akan jadi ilmu baru bagimu.Jadi hikmah yg Allah turunkan pada kamu.Guru x dpt turunkan hikmah..ada masanya murid dapat..guru belum bertemu hikmah.Ibu gayung juga begitu.Ia berumah dan duduk pd tempat yg elok...pada org yg elok2 sahaja.
Huh.Betullah...jangan berhenti membiarkan air mengalir..ia akan tersekat dan berbau.Alirkan...hak yg benar akan sampai kpd yg berhak.
Bila kita faham...nak dapat ibu.kena berguru.berGuru pula pd yg faham ...biarpun dia seorang yg dhaif rupa..dhaif harta..dhaif dan hina pd mata manusia..kerana dhaif dunia itu tanda matilah segala rasa ber'ada'.
Kerana selagi rasa diri 'ada'...tiada dipandang dan ditelek hati oleh maha penciptanya.Dhaif dunia ..fanalah segala...timbullah yg hak sahaja dipakai pd diri seorang hamba...setelah jadi hamba...diterima dan diberi kepadanya segala yg sepatutnya ada pada seorang hamba..
Maka fahamlah kita.Segala ibu itu duduk pd yg tahu sahaja.Guru punca tahu itu..harus dicari dan diburu..agar faham dan amal yg tidak merugikan..
Al fatihah utk tuan Guru Cikgu ANUAR WAHAB.
....catatan hamba...kpd guruku..aku yg hina.Aku akan menyusulmu.Semoga guru dipayungi bersama para nabi dan syuhada.Rindu kami pd mu..agar kembali berjiran di jannah.ALLAHUAKHBAR...
Saturday, 10 June 2017
Rezeki ...cara terkini.Berniaga
...sejak sekian lama nak kongsi hal ni.Masa dan mood x dpt lagi.Pagi ni ia datang.sempat tulis mana yg boleh.Jadi laa..
Sejak sekolah lagi aku rasa dan lalui pelbagai zaman.Rasa suka duka dlm susang senang.Bahagia derita dan sihat sakit.
ALLAH bagi utk kita belajar jadi matang.Dewasa.
Cuma terpulang pd kita nak ambil dari sudut mana.Positif dan negatif saling berkawan dan berpasang2.
Aku nak kongsi tips mudah dalam melayari satu dpd segmen hidup yg rencam ni.Jok kita kongsi kisah ekonomi.Al maklumlah ni tahun 2017...sedang gawat sejak 3 tahun lalu.
Sebelum gawat aku dah dpt maklumat pasal ekonomi akan jatuh.3 tahun sebelumnya.Aku ikuti tulisan pakar2 dunia.Robert kiyosaki..manusia yg pelik ni berfikir dan bertindaj terbalik.Korang bacalah buku2 dan tulisannya.
Sejak dewasa aku dh bertemu 3 kali saat genting ekonomi menjunam.Tiap kali tu aku masih selamat.Cuma od tahun 1998 agak terjejas sebab xda experien.
Jom kita kongsi tips ni.
Rasanya masih ramai yg punyai kampung kan?sering balik kg.kenal ramai org kg sendiri..xpun kg kawan2.
Seeloknya kenal rapat dengan diorang.Di kg ada musim2 buah..bekalan sayur segar dan ikan sungai juga laut.Udang ..kambing lembu juga banyak.
Nampak x apa yg aku nampak sekarang?
Aku sejak dulu kenal rapat dan tau hasil mahsul kg yg boleh dipasarkan.Eh xkan nak jual benda2 ni..malu lah..nak kerja lagi..nak jual lagi..nanti org nampak kita mcm xda duit..
Mcm nak minta duit kat org..padahal kita berniaga.Halangan paling besar dlm berjual beli.ialah MALU...dah pulak kalau kita dah banyak duit dan hensem@lawa.
Nak jaga status.Nanti kwn2 jumpa kita niaga kat tepi jalan.Kaki lima..
Ok..baca baik2!!
Masa kita kerja ...tau x siapa kawan dan bos kita? Tau tapi x kenal betul2.sebab dia duk atas..dia bos kita..kita pekerja..taat dan ikut arahan dia jer..dah pulak kalau toke kita tu cina..langsung x kenal banyak.
TOKEY yg bagus akan bezakan tahap bos dan kuli.Kita cukuplah dpt pangkat diberinya..dpt kerja dan gaji.Setahun sekali dpt bonus.
elaun itu ini boleh beli kereta dan rumah.Dah tua pencen jadi jaga..jaga cucu dan yg byk duit melancong.Kita pencen org lain ganti tugas tadi.Dpt gaji lagi.
1 org tokey bayar gaji ramai pekerja.Tokey melayu kuli melayu..tokey cina kuli melayu..jarang2 jumoa tokey melayu kuli cina.
ok...aku nak street cerita bagaimana nak buat duit dan payah nak susah masa ramai org susah.Tapi x boleh cerita semua segi..xdan tulis..lainkali pulak.
Macam ni.Time balik kg sambil balik bandar nak kerja tu tanya2 harga barang kat kg..compare dgn pasar kat taman kita duduk..x beli dan x jual pun.Esok time balik kg tgk2 barang kat hypermarket..buat mcm tu pulak..lama2 idea akan cambah camana nak berjual beli.Sambil balik@ berjalan mkn angin dpt idea..lama2 dpt duit dan dpt untung.Ada beza...sebab berniaga bukan shj nak untung...kalau kita bniaga nak cari rakan..kenal ramai org..kita akan senang suatu hari nanti.Banyak cable dlm poket kita..semua jalan jd mudah..disitu kita akan kebal dpd malu..sebab kita niaga tepi jalan jual durian..dlm masa tu kita dpt duit..dpt experien..dpt kenal tuan DO..kenal yb..kenal pegawai polis..Dr..cikgu..kenal awek..kenal jodoh dan kenal peniaga lain..untung x?
Kalu jadi cikgu ...kenal anak murid dan parent je..lmbat dpt kawan ramai...niaga tepi jln kenal mcm2 ragam manusia..dpt lubang dan kawan.
so..sekarang dah paham macamana nak bina kerangka pemikiran yg sgt2 simpel..?
akhirnya otak separug sedar kita akan fokus kpd seronoknya berniaga..mula dpd zero.
kita ada phd..ijazah..diploma..ramai org pon mcm kita.Lagi pandai kita lagi tinggi gaji..lagi banyak kerja dan tugas diberi kpd kita..tokey kita sekolah abis spm jer..cuba tanya anak kita...siapa pandai.Tokey ke kita?
Kalau kita rasa kita pandai kita kena jadi tokey.Bukan duduk bawah mereka yg gunakan kita.
ok lah.Jangan terasa.Sebab kita ada alasan.Modal..tempat..lesen..barang..sokongan bini dan awek..malu mak marah ..jaga maruah dll..
Caranya...dengan ubah cara dan kerangka pemikiran kita..semua jadi mudah.Nak dpat semua ni kena ada kawan2 peniaga..usahawan dan org yg nak serta sanggup share semua hal@rahsia..baru boleh capai sebagaimana mereka capai...
caranya...
mudah...
cari kawan..
cari ilmu...cari peluang...
semua ni boleh dpt dr org yg baik2 jer...org yg hidup utk mati..yg ada bertuhan...kalau x baik sgt dan alim sgt pon..tapi sekurang yg jaga solat 5 waktu...yg x sayang utk sedekah jariah..dan yg CUBA utk tidak langgar syarak...
carilah org2 ni..insyaAllah dunia dan isinya milik anda.Jangan lihat pd kulit...
kalau kulit..org cina lagi x cantik..seluar pendek..x pndai english(pelat) ..selipar biasa2...tapi lihat aset dan bisnes mereka..
jom fikir3..jom jelajahi corak pemikiran org2 hebat spt Nabi S.a.w.dan para sahabat...
TQ..nt sambung lagi erk..
Monday, 17 April 2017
Petua nak Kaya dan Berjaya..di Jamin 100%
Aki tidak mahu cerita pasal bangsa lain.Aki nak sentuh bangsa Melayu.Dikatakan bangsa ini keturunan @ anak Katurah.Nasab nabi Ibrahim.
Rupanya bangsa Melayu terpilih.Alhamdulillah.Gen yang kukuh sebelah nabi yang hebat.Manusia pilihan Allah.Kerana ituah bangsa melayu payah nak dipesongkan akidahnya.Benda lain tidak menjadi masalah.Jangan kata melayu kafir sudahlah.Mengamuk dia.
MELAYU BAIK.
Ramai yang marah apabila aki posting kat fb pasal hanya 17% orang Malaysia solat penuh 5 waktu sehari semalam.Termasuklah melayu.Dan ulamak dah kira hanya seorang daripada 1000 orang di dunia hari ini yang dapat masuk syurga.Nisbah manusia zaman ini!
Aki nak bicara pasal kebaikan orang melayu.Ramai yang cakap.
'Baiknya anak engkau yer Timah"
Puji jiran Timah.
"Tunang anak awak tu sporting betul yer" puji Pak Akob.
Kerajinan orang melayu dimajlis kenduri kendara juga amat memberansangkan.Kerja dua hari dua malam tanpa henti..tanpa solat walaupun satu waktu.
Solat kadang2 semasa susah.Puasanya penuh.Sedekahnya banyak.Zakat tebal resitnya.Adab dan budayanya lemah lembut.Amat menarik untuk dikaji.Namun tabung dan tiang tiada.
Nabi s.a.w dah nyatakan...
Perkara pertama yang dihisab dan dilihat kelak ialah solatnya.Andai sempurna dan elok solatnya..akan eloklah amalan lainnya.
Maknanya..kalau solat tidak sempurna..tidak solat..solat kadang2 bila suka..bila ada mood baik..
Maknanya tiadalah terpakai lain lain amalan tadi.Puasa ..zakat..sedekah..tolong orang..baca quran..zikir dll tiada nilai.
Malang sungguh.Berapa ramai bangsa melayu begini.Adik beradik anak beranak serumah.Ditegur masam muka.Nak solat pun malu.Duduk dikalangan orang yg tidak solat amat seksa.
Anak solat mak tidak.Ayah solat isteri tidak.Atuk solat mak tidak.cucu solat atuk tidak.
Naik kereta sama2 ..makan sama2..berhenti di RnR solat...boleh kawan2 tgk sahaj ..tak solat.Ini biasa..
Seorang ulamak pernah cakap..apabila mak ayah ..adik beradik..saudara mati kelak..di buat tahlil dan baca quran.Nak bagi pahala kpd si mati di dalam kubur.Tapi bagi orang yang tidak solat...mereka tidak dapat@ tidak sampai pahala itu kepada mereka.Malang sungguh.Habis juga seribu dua buat makan kenduri tahlil..anak cucu riuh rendah makan makan sedap.Majlis bersuka ria..malam pertama tahlil arwah sahaja malam sedih..hari lainnya kenduri pesta makan dan riang ria anak cucu.
Aki nak ajaklah rakan2.Baca dan ulang baca.Bagi paham.Nekad untuk jaga solat sehingga timbul rasa bersalah dan tak sedap badan bila tak solat.Baiki amalan harian.Solat dan doa sungguh2 sampai dapat tumpu 100%.
Inilah rahsia kejayaan.Orang x solat..walau nampak kaya..bahagia dan bergaya.Mereka sebenarnya gelisah..kosong hati dan hidup lintang pukang.Penuh masalah.Kalau bukan masa muda atau remaja...saat susah itu akan sampai ketika tua kelak.
Kes hidup sensara dan sakit pelik2 timbul ketika tua.Hidup merana di akhir usia.
Jom ..mula hari ni..kita buat buat solat..slow slow...yang dah solat penuh baguslah.Tambah amalan lain banyak2.Sedekah setiap pagi petang..baca quran dan banyak zikir..istifar dan doa ..solat malam dan puasa..doa sungguh2..
Allah beri cash ..segera..cepat..kalau x percaya ..kena juga percaya..buat lah..lihat hasilnya..
DOAKAN agar aki dan bangsa aki terus dapat istiqomah dalam iman dan beramal.Amin
Tuesday, 14 February 2017
Petua Berhentikan Anak kecil Menyusu Badan Ibu.
Anak @ bayi menyusu sejak lahir.Digalak menyusu badan sehingga umur 2 tahun@ 2 tahun 6 bulan.
Namun menjadi masalah pulak apabila usia bayi menjangkau 3 tahun..4 tahun malah 5 tahun masih menyusu badan lagi.
Ini namanya ketagih menyusu.Bermasalah bagi ibu yang bekerja dan kurang air susu.Juga kurang elok bagi bayi.
Salah satu kaedah mudah diguna orang melayu ialah dengan menyapukan sedikit air@getah dari pokok akar patawali ke puting susu ibu.Biarkan bayi menyusu selepas itu.
NAMUN harus kita ketahui rasa pahit akar kayu itu akan melekat lama pd puting susu dan mulut bayi.Biasanya bayi serik untuk menyusu lagi.
Kesannya dibimbangi bayi akan rasa takut untuk makan makanan lain.
....................................................
kaedah ke 2..selalu saya amalkan.
Ambilkan pucuk daun sungkai.Sejenis pokok yang sering digunakan untuk buat tiang pagar di kg2.Bahagian pucuk yang paling muda berbentuk sikat.
Ketika mengambil pucuk kayu ini hendaklah dengan kaedah ini...
"Asalamualaikum ya nabi ilyas..aku mohon untuk mengambil pucuk ini bagi tujuan ubat anak @putus susu"....perbuatan sambil memetik daun tadi hendaklah sambil memalingkan muka ke belakang...mimik muka seakan sgt benci.Bawa pulang dan tanpa toleh belakang lagi.
oporkan daun tadi di tapak tangan dan sapu pada puting susu ibu.Biarkan bayi tadi terus menyusu...
INSHAALLAH...bayi akan berasa benci untuk menyusu.
Yang menghairankan..kadang2 bayi berpaling seakan2 benci amat sangat kpd puting susu tadi..ini antara pengalaman mereka yg telah saya temui setelah mengamalkan petua ini.
Cuma...kalau dapat seboleh2nya ambil pucuk sungkai daripada pokok yg dijadikan turus pagar.
Selamat mncuba.sy izinkan #share
Sunday, 12 February 2017
Punca Lelaki Dingin..Curang dan Ceraikan isteri
..sering orang tua pesan.
"Jaga makan pakai laki engkau tu..jaga tempat tidurnya"
Cakapnya jangan di bantah.Jaga badan...luar dalam".
Dek kerana ramai yang dah mcm2.Malam ni saya nak cerita dan beri jawapan pd yg tak reti2 ..yang tak paham paham..tanya tanya..ajar ajar..ulang ulang benda yang sama.
Tak apa lah.Lepas ni dah tau..gasak lah engkorang.Tak kuasa nak beritahu dah.
Cuba perati elok elok.Masa engkorang belum kawin dan baru baru kawin.
Ada bini engkorang bangun lewat dan muka serabut?
Ada tidur tak basuh muka tak gosok gigi?tak ada kan???
Masa kenal bercinta nak dia jalan jauh jauh ..siap lambat lambat nak dating?tak de kan...
Masa baru kawin ada dia bangun lewat..dia bangun awal kan?
Nak siapkan sarapan..nak jadi bini misalan.SEDAP ..memang laki akan kata sedap..sebab baru kawin..masak papan dinding rumah pun sedap.Ambik sekeping buat sop papan...huh sedap..laki makan siap tambah.
Masa awal kenal ..bercinta..ada pompuan tanya macam ni..
" nak makan apa..?..sekang jam berapa?..nak pegi mana ni?".
Diorang akan tanya macam ni..
"Awak..nak makan apa?"
"Man...cakap lah..nak makan apa?"
"Yang..nak makan apa?".
SIAP ada panggil na lagi kat depan ayat tanya tu..pandai bahasa melayu..nahu lulus A.
Bila dah jadi bini lepas 6 bulan...erk erk..
"Marilah ...makan.."
" cepatlah...sikit..makan pun lambat..nak sidai baju lagi ni ha.."
"Makanan dah siap..kat bawah saji...nak siap kan anak dulu ni ha..".
Ni.kes lepas as anak..
Dah lah bercakap x panggil nama macam bercinta...macam baru kawin...
Cakap pun sambil pandang dinding...sambil basuh berak anak!!!
Siang malam berkemban..bau bawang belacan budu jangan cakap lah...
Muka macam hantu lepas beranak.Hantu penanggal pun takut..cabut lari kalau datang rumah tu.
Nak kabor lah kat orang pempuan ni...laki korang tak kisah sebenarnya kalau masak tak sedap..pagi pagi tu pantang betul bagi seorang lelaki..
Bila bini BANGUN LEWAT dari dia.
Paham..BANGUN LEWAT....
laki korang bangun awal.!!!
Kalau nak tengok spesis ni ..mudah jer...
Tengok kat kedai2 kopi teh..
Berapa ramai jantan laki orang minum di situ
..
Mamak jadi bini diorang.Lagi sedap.Order siap sampai dalam 2 minit.Kalau di rumah..pagi2 dah lah macam hantu kubur baru bangun...nak jerang air..masuk tandas..masuk bilik mandi..dah pulak x mandi..
Sebenarnya laki laki minum kedai sebab nak tunjuk merajuk dan bantahan...
Nak unjuk rasa menyampah pada bini.Lewat bangun pagi adalah sebagai satu tanda tidak hormat laki.Paham!!!
Makin lama..makin kerap..akhirnya jadi biasa....biasa minum kedai kopi..pagi2 wasap kawan ajak minum...malas nak amik tau hal bini makan ke ..tak makan ke kat rumah.
ITU tanda protes.
AKHIRnya bini meradang...berbunyi lah pulak.
"Awak ni..asyik lebihkan kawan jer..pagi malam makan minum dengan kawan".
Bla bla bla...lastly..laki korang malas nak layan...nak ajak borak pun malas...
Hari cuti...ambik cuti..cari kawan .
bawak pancing...ini 2nd step..Protes yg makin besar!!!
Bukan memancing sangat pun.Yang main golf..main badminton malam2 buta...main futsal.
Bini nganga gelak2 sorang...menangis sorang2 depan tv layan drama.Tak perasan lagi pasal perubahan laki..sebab jahil!!
BILA laki dah ada teman wasap perempuan lain..baru nak salahkan laki.Dah lambat bro...laki kalau dah jumpa simpang lain..dah dapat port...tak payah pujuk lah...
sorry...
Laki slowly akan balik rumah lewat malam.Kurang bercakap.Kalau bercakap dgn bini..nanti banyak gaduh pulak..ini dah fasa bahaya...bahaya!!!
FAHAM?
Lagi satu nak beritahu...pantang laki laki..bila bini TIDUR awal dpd dia...
ALASAN bini...
LETIH
TERTIDUR
TIDURKAN ANAK
TIDUR NANTI HIDUP BALIK
LIPAT BAJU
PITAM..
bla bla
bla
Ini benda yang amat biasa berlaku...susah nak katalah.Engkoranf cuma perlu ingat jer lah..masa mula baru kenal..baru cinta..baru kawin..ada jadi macam ni?
Chating larut malam.
" I tak ngantuk lagi lah"
"Tak apa...kalau u tak boleh tidur.I temankan U".
"Kalau u boring..kol lah I..x kira jam berape pun i layan u".
Pooddahh.
Hahhh...sekali aki berleter..tak ingat dunia ek
Bukan apa.Boringlah asik nak bagi nasihat jer..sorang sorang btau benda sama.Jiwa pun kacau.Banyak lah lagi ...tapi cukup lah..yang lain engkorang tambah lah sendiri...
lepas baca ni...engkorang suruh bini bini..bakal bini dan janda2 korang baca blog ni.Biar jangan ulang lagi.
Benda simple jer.Kalau jaga dua benda ni..
insyaAllah selamat lah..
INI pesan org tua tua dulu...banyak lagi lah..nanti kita cerita cerita lagi ek
..
Wednesday, 8 February 2017
Tanah nak jual
Ekonomi terus down.Kata pakar ini lah masanya untuk menjual aset beku bagi menjana modal pusingan.Walaupun harga rendah tapi terpaksa.Itu dalam kaedah untuk selamatkan bisnes.
Tapi seeloknya jual masa ekonomi baik dan bukan masa terdesak.Harga boleh jual tinggi.Untuk dapat untung dan cash lebih banyak.Keduanya boleh digunakan.
Siapa nak detail wasap jer 0192004008.
Sunday, 5 February 2017
Baca surah al-Qadri bagi menghindari zina
Zaman terkini.Akhir zaman,kata para alim.
Anggaplah ini satu sedekah.Moga diamalkan.Dipanjangkan.
Saya kutip dari tulisan mendidik anak soleh.
Disamping usaha dan ikhtiar pendidikan terdapat juga usaha dan doa.Amalan untuk menjauhi anak2 terjebak dengan zina.
Dalam kitab 'Hasyiah al-Bajuri'.Kata pengarangnya..
"Adalah sunat dibacakan surah inna anzalnahu (surah al qadri) di telinga kanan bayi, kerana sesungguhnya sesiapa melakukan demikian akan Allah pelihara bayi tersebut daripada maksiat zina sepanjang umurnya".
Amalan ini dilakukan selepas azankan anaknya.Ataupun dijadikan wirid bacaan para ibu ketika menyusukan anaknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)